Friday, July 27, 2007

i lost my best friend... :''''<

masa : 8.45 pm / umah
situasi : huuuu sedihnya......
iTunes : hadapi dengan senyuman, hidup ini indah, d list goes on, anything from Dewa 19


yup, my best friend...

my camera;

yang selama ini merakam detik yang termanis, yang nyata menceritakan seribu kisah...

hari ini kamera itu hilang, dan hak aku sebagai seorang GURU telah dicabul.

kenapa?

ia DICURI OLEH PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH aku sendiri.

dan paling menarik, dompet aku dibuka, dan duit RM80 yang ada di dalamnya turut dicuri.

desperation makes people do whatever it takes to survive?
atau tabiat menjadikan mereka BANGANG dan hilang akal ?

dan ingat kisah 'ANJING' yang menyalak bukit? ya, hari ini dia menyalak lagi tak henti-henti. mungkin dia tumpang gembira jika mengetahui aku kecurian harta benda hari ini.

kisahnya - aku sibuk menyelia pelajar-pelajar berlatih untuk persembahan kemerdekaan. dan memang aku cuai, terlalu ambil mudah bila meletak barang-barang tersebut di dalam beg dan keadaan studio yang tak lagi terkawal, pelajar bebas keluar masuk dan buat macam rumah sendiri...aku tidak di sana, cikgu hadi sibuk menguruskan pelajar tingkatan lima yang belum siap projek folio pendidikan seni.

sebaik aku kembali menjenguk semasa rehat, aku dapati kawasan aku telah diceroboh...ada barang yang telah berubah kedudukan, gerak hati mencari kamera - TIADA. tapi cuba diabai perasaan, mungkin tercicir di rumah. tapi sebaik disemak isi dompet, nyata!

..........

maaf, cikgu tak punya kata-kata yang lebih baik.

YANG HILANG AKAN BERGANTI
WANG RINGGIT BISA DICARI
MENGANIAYA GURU JANGAN SEKALI
MASA DEPAN KAMU YANG DIPERJUDI

soal-siasat di bilik disiplin - siapalah yang nak mengaku. kata akhir aku;

KAMU KENA INGAT KAMU NAK SPM, KAMU KE SANA-SINI NAIK MOTOR...JADI HATI-HATILAH. KALAU BERLAKU APA-APA, JANGAN CARI SAYA...FIKIR SENDIRI. SEMOGA KAMU SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

aku tak mampu tunggu lama. sebab aku terlalu kecewa. aku tak marahkan diorang, tapi aku sedih.

apa nak jadi dengan generasi muda sekarang?

kelompok yang disyaki bukan asing dalam kes-kes kecurian di sekolah, malah beberapa orang dari mereka telah diarah pindah sekolah awal tahun ini kerana MEROMPAK salah seorang guru lain. modus operandi mereka hebat. handbag guru itu ditemui di tepi tong sampah, dompetnya dicampak ke siling, dan handphone ditemui di tandas. duit? habis begitu saja.

dan kali ini berlaku lagi...

setakat tadi, kompas dari meja aku ditemui di tepi tong sampah.

fountain pen dari meja aku ditemui tercampak ke lantai, penutupnya hilang.

dan jelas ada barang-barang yang telah digunakan tanpa izin aku.

sedihlah.

oh, secara jahatnya MINTAK-MINTAK KORANG EKSIDEN, TAPI JANGAN MATI, BIAR LUMPUH ATAU PATAH RIUK TANG MANA-MANA, ATAU KELUARGA KORANG KENA ROMPAK PULAK...

heh, tak bagus jadi evil ni. tak baik.

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

masih relevankah pernyataan ini?

SEMOGA KAMU SEMUA [TERMASUK ANJING YANG AKAN TERUS MENYALAK DAN ENTAHLAH, KAMU PUN ADA POTENSI NAK JADI PENCURI ULUNG MACAM SENIOR FORM 5 KAMU TAHUN INI] -

SEMOGA KAMU SEMUA DALAM RAHMAT DAN CINTA ALLAH SWT. yang buruk cikgu terima, tapi Allah SWT itu Maha Mengasihani dan DOA ORANG YANG TERANIAYA ITU MAKBUL.

bayangkan, yang terekod dua guru jadi mangsa kamu. dan entah berapa ramai pulak yang di luar sana ( nota : diketahui antara mereka ada yang berdaftar di balai polis dengan kes-kes tertentu ) jadi, jangan risau, kami mendoakan kamu. :)

oh ya, terima kasih untuk pelajar - pelajar, adik - adik yang sama memberi kata semangat untuk cikgu. kamu semua YANG TERBAIK dan TERINDAH. :)

p/s : maaflah, aku memang emosi hari ni. kecewa sangat-sangat. nak kena beli kamera lagi! huuuuu..........

Tuesday, July 24, 2007

"more than meets the eye"

kata Pengarang : anda rakyat Malaysia yang prihatin, jenguk di SINI

OK, i must admit - aku gile tengok wayang. especially bila poket tengah penuh. paling ngok might be 'cicakman' - maaf aku sempat lena dan kuar beli jajan n merayau p toilet sesuka hati!

kegilaan ini sama naik gak ngan hobi mengumpul dvd [pirate2 ni 2nd choice lah] especially d ones worth buying.

latest on d list was "the prestige" lakonan christian bale, hugh jackman, scarlett johannson, micheal caine wif david bowie ngan andy serkis a.k.a encik Gollum from lord of the rings trilogy (my precioussssssss.....).

also ada "a scanner darkly" - keanu reeves,winona ryder, robert downey jr., woody harrelson ngan rory cochrane. citer ni banned kat wayang tapi original dvd da kuar.

yang menarik about citer nie ialah teknik human-mapping yang diorang guna, n keanu reeves yang seperti biasa desperately cool but beautiful [ i dig his ego - drool!! ]. worth-watching. best.

"In the near future, America has lost the war on drugs. Undercover Orange County cop Bob Arctor (Keanu Reeves) is assigned to spy on several of his addict buddies using his unique identity-masking skills. But when he ingests too much of the drug Substance D, his personality splits in two, compromising his investigation and his relationship with his friends."

p/s : website dia lambat gile nak download, u have been warned!

dan baz luhrmann's Romeo + Juliet, vcd dah hilang so da nampak dvd tu angkat jelah. old time favourite, n satu cara untuk buang masa secara bijak sebab jenuh nak faham shakespeare nye wacky ole' english, dan sambil layan citer aku menelaah teks bukunya. twist yang menarik, skrip lama dalam gaya moden, dan john leguizamo si tybalt 'prince of cats' yang sinikal - villain yang penuh stylo!


"More than Prince of Cats. Oh he's the courageous Captain of Compliments. He fights as you sing prick-song -- keeps time, distance and proportion. He rests his minim rests -- one, two and the third in your bosom. The very butcher of a silk button, a duelist, a duelist! a gentleman of the very first house, of the first and second cause.... The pox of such antic, lisping, affecting fantasticoes."

aku tengah cari "city of angels" by meg ryan ngan nicholas cage. tapi duk jumpa yang pirate. tak best. nak yang ori. masih lum jumpa. banyak kedai takde stok. atau mungkin langkah aku belum cukup panjang huhu..

ada yang nak tolong ke?

hehe :p

so dalam kebosanan aku merayau ke KLCC aritu. jenguk TGV tak ramai orang. biasanya aku orang yang benci beratur panjang. tapi rezeki tengah minggu dan sebab kepala aku bingit so terus masuk Q.

...haha mintak maaf encik tuan punya kaki...
...da dapat tiket - 2nd round aku tengok citer nie, belasah je...
...iklan...iklan...iklan...
...iklan wayang [tak hingat tajuk apa tapi ada jaycee chan
anak incik jackie chan],
btw-iklan visa gold nie lawak tak hengat...
...no vacancy...
...bourne ultimatum...
...iklan wajib before start wayang...
...optimus prime!!
"kami berada di sini. kami sedang menunggu." huhu...
elok kuar panggung, ada graffiti transformers yang memang best. tabik! aku tak pasti benda tu legal ke tak tapi underground activities camni memang patut diberi peluang. give it a break lah, it's a form of art too, anyway. kadang2 terpaksa gak setuju yang 'rules are meant to be broken' dan menjadi rebel itu sangat koOl [aku pun selalu macam tu - haih!]
...jom balik...
"dan di langit para teknokrat berkata :
bahwa bangsa kita adalah malas
bahwa bangsa mesti dibangun
mesti di up-grade
disesuaikan dengan teknologi yang diimpor
gunung-gunung menjulang
langit pesta warna di dalam senjakala
dan aku melihat
protes - protes yang terpendam
terhimpit di bawah tilam"
backdated post : Al-Fatihah untuk sang Nuri mesti baca!

Monday, July 23, 2007

counting the days...n SPM folio is in progress...

masa : 1.30am / umah
situasi : buhSannn...
iTunes :
taufik batisah (so what?)

sekitar studio PSV masih sibuk dan hingar dengan urusan melengkapkan keja folio, last minute thingy.

AMARAN : 4E, 4H, 4I dan 4K 2007 - kerja2 yang tertangguh adalah masalah anda. sila jangan contohi tabiat pelajar tingkatan lima tahun ini.

duh!


antara subject matter pilihan :-


1. trofi



2. batik korporat

...syafiq on trial-n-error mode...


3. kereta kebal ooopss...kereta berhias :P

...rahmat dan kereta kebalnya yang ntah tahun bila nak siap
(sian cikgu tengok kamu nih)...

...pintal jangan tak pintal, bila da desperate semua benda boleh buat kan?...

...khairul pun nak tunjuk skill...


4. but mostly ramai yang buat ukiran arca akar kayu sebab senang nak buat trick ;)

cikgu hadi sibuk menguruskan pelajar-pelajar yang TAK BUAT APA-APA lagi, so jalan senang untuk mengelakkan kantoi ialah CIKGU HADI YANG KENA BUAT DAN PELAJAR CUMA TENGOK SAHAJA yaaaaa...




...ok, sapa yang nak amik SPM nie? tengok tu, tangan sapa yang lebih kotor - tangan CIKGU atau tangan PELAJAR?





...ok, A1 untuk CIKGU HADI [tahun depan aku plak dapat A1 lagi sekali, kalu ada 120 student ~ so 120 A1 lah???


sapa kata jadi cikgu tu senang... tipu eh?


...and for the VERY FEW who did a wonderful job completing ur tasks - WELL DONE.


apa jadi kt dalam studio?

SAMPAH!!


ok, dis is not funny people.




baik korang sapu before...before........



...hahaaaa sib baik da sapu.

camtulaaaaa..... :)


...hah balik copek den x dayo memandang ehhh...



cikgu fitri : tie, ko nampak tak kunci aku?
aku : kunci hape?
cikgu fitri : kunci bengkel, kat sini takde ke? kot jatuh masa aku baring arituh?
aku : takdek plak? aku da sapu kat situ.
cikgu fitri : hmm takpelah (dan berlalu dengan muka masam kelat)


good luck fitri, aku tau ko salah letak je tu bukan hilang pun...

busy kan tempat aku? macam-macam adaaaaaa....