Friday, July 27, 2007

i lost my best friend... :''''<

masa : 8.45 pm / umah
situasi : huuuu sedihnya......
iTunes : hadapi dengan senyuman, hidup ini indah, d list goes on, anything from Dewa 19


yup, my best friend...

my camera;

yang selama ini merakam detik yang termanis, yang nyata menceritakan seribu kisah...

hari ini kamera itu hilang, dan hak aku sebagai seorang GURU telah dicabul.

kenapa?

ia DICURI OLEH PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH aku sendiri.

dan paling menarik, dompet aku dibuka, dan duit RM80 yang ada di dalamnya turut dicuri.

desperation makes people do whatever it takes to survive?
atau tabiat menjadikan mereka BANGANG dan hilang akal ?

dan ingat kisah 'ANJING' yang menyalak bukit? ya, hari ini dia menyalak lagi tak henti-henti. mungkin dia tumpang gembira jika mengetahui aku kecurian harta benda hari ini.

kisahnya - aku sibuk menyelia pelajar-pelajar berlatih untuk persembahan kemerdekaan. dan memang aku cuai, terlalu ambil mudah bila meletak barang-barang tersebut di dalam beg dan keadaan studio yang tak lagi terkawal, pelajar bebas keluar masuk dan buat macam rumah sendiri...aku tidak di sana, cikgu hadi sibuk menguruskan pelajar tingkatan lima yang belum siap projek folio pendidikan seni.

sebaik aku kembali menjenguk semasa rehat, aku dapati kawasan aku telah diceroboh...ada barang yang telah berubah kedudukan, gerak hati mencari kamera - TIADA. tapi cuba diabai perasaan, mungkin tercicir di rumah. tapi sebaik disemak isi dompet, nyata!

..........

maaf, cikgu tak punya kata-kata yang lebih baik.

YANG HILANG AKAN BERGANTI
WANG RINGGIT BISA DICARI
MENGANIAYA GURU JANGAN SEKALI
MASA DEPAN KAMU YANG DIPERJUDI

soal-siasat di bilik disiplin - siapalah yang nak mengaku. kata akhir aku;

KAMU KENA INGAT KAMU NAK SPM, KAMU KE SANA-SINI NAIK MOTOR...JADI HATI-HATILAH. KALAU BERLAKU APA-APA, JANGAN CARI SAYA...FIKIR SENDIRI. SEMOGA KAMU SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

aku tak mampu tunggu lama. sebab aku terlalu kecewa. aku tak marahkan diorang, tapi aku sedih.

apa nak jadi dengan generasi muda sekarang?

kelompok yang disyaki bukan asing dalam kes-kes kecurian di sekolah, malah beberapa orang dari mereka telah diarah pindah sekolah awal tahun ini kerana MEROMPAK salah seorang guru lain. modus operandi mereka hebat. handbag guru itu ditemui di tepi tong sampah, dompetnya dicampak ke siling, dan handphone ditemui di tandas. duit? habis begitu saja.

dan kali ini berlaku lagi...

setakat tadi, kompas dari meja aku ditemui di tepi tong sampah.

fountain pen dari meja aku ditemui tercampak ke lantai, penutupnya hilang.

dan jelas ada barang-barang yang telah digunakan tanpa izin aku.

sedihlah.

oh, secara jahatnya MINTAK-MINTAK KORANG EKSIDEN, TAPI JANGAN MATI, BIAR LUMPUH ATAU PATAH RIUK TANG MANA-MANA, ATAU KELUARGA KORANG KENA ROMPAK PULAK...

heh, tak bagus jadi evil ni. tak baik.

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

masih relevankah pernyataan ini?

SEMOGA KAMU SEMUA [TERMASUK ANJING YANG AKAN TERUS MENYALAK DAN ENTAHLAH, KAMU PUN ADA POTENSI NAK JADI PENCURI ULUNG MACAM SENIOR FORM 5 KAMU TAHUN INI] -

SEMOGA KAMU SEMUA DALAM RAHMAT DAN CINTA ALLAH SWT. yang buruk cikgu terima, tapi Allah SWT itu Maha Mengasihani dan DOA ORANG YANG TERANIAYA ITU MAKBUL.

bayangkan, yang terekod dua guru jadi mangsa kamu. dan entah berapa ramai pulak yang di luar sana ( nota : diketahui antara mereka ada yang berdaftar di balai polis dengan kes-kes tertentu ) jadi, jangan risau, kami mendoakan kamu. :)

oh ya, terima kasih untuk pelajar - pelajar, adik - adik yang sama memberi kata semangat untuk cikgu. kamu semua YANG TERBAIK dan TERINDAH. :)

p/s : maaflah, aku memang emosi hari ni. kecewa sangat-sangat. nak kena beli kamera lagi! huuuuu..........

No comments: