Wednesday, July 18, 2007

menulis tanpa tajuk - kerana hati aku SAKIT

masa : 1.45am / umah
situasi : ngantuklaa sikit
iTunes : jalan ke surga by element feat. emilia contessa

pagi2 hari aku halau 4K dari studio.

motif : pelajar engkar arahan
(motif tersirat :
dahlah tak sihat, pedih hati tengok orang tak wat keja lahh)

akibat : pelajar bengang
(akibat tersirat :
cikgu pun bengang, sedih...apsal korang buli cikgu ah :''''<)

stop it, ko yang layan bengang sangat. oh, maybe aku jadi naik angin bila dis particular group yg agak akrab dengan aku tetiba jadi rebel dan tak buat keja. 40 minit aku tunggu, ada yang tido dan paling toya ada yang baca paper. nape aku nak meradang pun aku tak tau, tapi yang pasti aku rasa integriti aku sebagai guru tercabar dan disepak-sepak.

what a mess. n stupid.

aku da kata aku tak suka marah orang. aku memang tak reti nak marah.

sebab dalam hati aku kecewa. dan sedih.

sedih sebab korang taknak dengar kata. sedih sebab korang memilih untuk membuang masa. sedih sebab korang semua anak Melayu (tak kira asal-usul, yang pasti semuanya Melayu) yang mensia-siakan kelebihan yang korang boleh dapat melalui subjek nie.

salah siapa? kenapa Pendidikan Seni Visual selalu jadi subjek 'anak tiri'?

[mungkin aku kena tanya YAB Menteri Pelajaran]

oh hingar-bingar kat luar studio, aku makin pening. folio SPM belum selesai (typical last minute punye keja), budak bebas keluar masuk, bukan masalah tempat tu aku punya...itu tempat KITA tapi bila kelas aku terganggu mulalaa aku sakit kepala. keluar masuk ambik fail, simpan keja...sabar jelah, nama pun tempat awam bukan rumah aku kan?

keluar pagar sekolah, sekali lagi kesabaran aku diuji. ada 'anjing' menyalak. jahat mulut aku ni kan?

yes, aku label PELAJAR ini sebagai 'anjing yang menyalak bukit'. atas sebab2 yang tak pernah jelas aku dicaci maki di khalayak umum tanpa dia rasa segan. tanpa dia rasa hormat yang orang di hadapannya itu ialah seorang Guru, atau mudah kata seorang dewasa yang dah hidup sedekad awal dari dia dan dah merasa peritnya untuk menjadi Manusia.

kenapa 'anjing yang menyalak bukit'? kerana dia menjerit2 macam tak siuman dan ketawa atas kebodohannya sendiri sedang aku cuma diam...tekak dia sakit, kejap lagi cari air tapi aku tak apa2...hati aku terguris, tapi tak apa, KAMU belum mengerti sakitnya menjadi Manusia. sedang aku sendiri pun masih belajar untuk menjadi hampir Sempurna. tapi aku dah berdiri tegak, sedang KAMU baru pandai merangkak...PMR pun belum selesai dan entah SPM meletakkan kamu di mana. cikgu cuma bimbang nanti KAMU cuma jadi samseng, perompak, pencuri, pembunuh...sebab KAMU lupa di mana bumi yang kamu pijak, KAMU belum tahu hakikat hidup.

semoga KAMU selamat dalam kehidupan, dan selamat menjawab PMR.


nota di kaki : ini citer backdated, tapi aku nak gak wat posting ni - hati sakittt...

3 comments:

Anonymous said...

saya tersenyum.

dan kenangan 18 tahun dulu kembali. dan saya pernah menunjukkan etika setengah masak kepada guru bahasa saya. akibat idea saya ditolak. dan saya rasa dimalukan. lalu jari tengah di naikkan sebagai tanda tidak puas hati. (salahkan telinga saya kerana mendengar The Cure).

"that's when you're become immortal" ujarnya. guru boleh buat apa saja. dan F words saya terus menerobos telinganya. 3 rotan ditangan. berpuluh puluh penampar diterima.

tapi rotan dan penampar itu tidak cukup. saya mengharap yang lebih. mungkin kalau dapat tumbukan di rusuk, saya sudah jadi angkasawan.

tapi itu skeptikal. dan tidak boleh jadi contoh berguna. :-). hahaha.

dan untuk anjing muda tu, silalah tengok diri anda...

"kalau anda boleh menyalak, anda menyalaklah, tapi menyalaklah pada orang yang bersalah, bukan kepada orang yang menghulurkan anda ilmu dan kebaikan...itu kurang ajar namanya..."

-cheers!-

Unknown said...

sabar ye cikgu...itu dugaan sebagai seorang cikgu namanya. kalau x, x mencabar la kan? =P hang in there~

y u z said...

dia pernah dihukum kerana ponteng sekolah, dan sejak itu dendamnya xpernah padam...

saya cuma menjalankan tugas, itu saja.

mungkin raSionalnya belum wujud, dan hakikat bahawa saya berhak untuk menegur kerana tanggungjawab saya diusir mentah2.

'mengalah' tidak wujud dalam kamus hidup saya!