Tuesday, May 27, 2008

saiko. kata missfynn.

di mana saya? : kat umah je. dah kul baper ni napelaa tak ngantuk...
kenapa di sini? : sekarang kul 2.30 pagi dan kalau aku jawab aku ada di tempat lain selain rumah ku sendiri - bagaimanakah?

oh ye, jika anda-anda-anda (macam ramai sangat) belum perasan, ada beberapa bloglink baru yang aku da update kat bawah nun... so jenguk-jenguklah mereka. dijamin, sama ada akan jadi addicted atau tiap-tiap hari mesti nak baca. eh, bukan ke serupa je tu?? huhuhu...

saiko?

psycho?

psychology?

psychologist?

psyched?


kata msYuz ini - rasanya, aku sedang di'psyched'kan dek ke'saiko'an orang sekeliling. lantas, aku perlukan 'psychologist' kah?




ahah. rupanya aku sedang menipu kantuk yg memberat di mata. jadi, langsung saja merapu ke alam mimpi.

ayuh.

...........................................

p/s : nanti-nanti jelah aku ulas terminologi kat atas tu. hihi.

Monday, May 26, 2008

hohohoh banyaknye sawang!!

di mana saya? : starbucks IOI mall, puchong.
kenapa di sini? : tunggu naqiuddin wat facial, bertuah!! :P

berabuk amat blog ni, dari awal tahun macam-macam yang jadi, tapi tak boleh nak menumpu untuk dicoretkan di blog ni. fotopages pun - took me AGES to update sudahnya tak kuasa dah...senang kata, jadi net ignorant untuk lebih separuh tahun - YMing, myspacing, blogging malah hotmailing pun dah tak lalu.

tertekan sikit sebab tahun ni pegang form 5 - batch yang paling gue sayang (walaupun nyata sekali diorang tak sayang pun kat cikgu nehh...) sebab dah jaga dari form 3, plus ramai yang macam adik-beradik sendiri pegi sana-sini ngan diorang - bowling, futsal, wayang etc... pernah menangis sakan tersedu-sedu bila ada yang last year kena pindah sekolah bila nak masuk form 4 kat sekolah teknik / vokasional... inikan tahun depan da abis SPM then masuk universiti... ntah ingat ke tidak, tawakal jelah. maklum je dah keluar lagi jauh dari KL... tu pun ada yang dah tak macam dulu, sedih juga sebab rasa peranan sebagai guru / mentor / kakak tu dah tak berjaya... apakan daya, anak orang... kalau anak sendiri harus boleh kena lasing...!!! eheh...

anyhow, sebab diorang dah form 5 jadi rasa tension sebab selain dari jadi guru subjek juga sebagai guru kelas. kecewa tengok majoriti anak-anak melayu yang semakin layu tak bersemangat, tak tahu kenapa dia ke sekolah selain nak jumpa kawan dan bergosip pasal cikgu juga memonteng tak kira masa hatta waktu periksa...

tengoklah, ni dah cuti pertengahan tahun. kalau ada masa-masa boring cuba-cuba jugaklah update blog ni dan fotopage juga.

daaa!!!