Tuesday, June 10, 2008

habis cuti sekolah ... dan rasa sakit.

sudah lewat 1 pagi, dan esok ada ujian untuk lesen P.
berita 'baik'nya - cermin mata aku hilang.

dem.

asal esok jangan disilau matahari sudah. harus mataku terpejam. huuu.

yah, cuti sekolah pun habis akhirnya.

sekejap aja selesai dua minggu. tau-tau sudah terpaksa menyiapkan segala kerja sekolah (walaupun aku si cikgu tapi kerjanya sama menimbun!). aku yang senang hati berselekeh berseluar trek dan t- shirt paling liat mahu menyeterika baju kurung.

haha... dasar berat tulang!

usai cuti baru ini, Alhamdulillah md. nor dah selesaikan urusan folio pendidikan seni visualnya. daripada 90 orang yang terlibat untuk SPM tahun ini, seorang saja yang dah habis seksa dan menurut kata.



hmmmm...

jadi pagi tadi, langsung siap-siap aku pesankan - akan termaktublah dalam sejarah calon SPM sekolah ini yang akan dipaksa bermalam di sekolah demi bertungkus-lumus menyudahkan folio dan kerja artifaknya a.k.a amali sekaligus!

you asked for it, people. jangan dicabar cikgu ini.

itu, atau kamu semua mampu berjanji, tanggal 1 Julai 2008 nanti semuanya sudah lengkap.

bolehkah??

naik benci meluat melihat wajah-wajah yang tidak berterima kasih. aku ini sudah dijadikan Tuhan bukan pemarah mana. aku juga faham anak-anak, mana mungkin kamu gemar cikgu yang perengus dan memaki-hamun tidak tentu pasal. apatah lagi untuk menghukum kamu rotan. sudah besar panjang begitu, teringin dirotan jugakah?

sudah aku bilang, jangan buat aku sakit.


jangan buat aku benci.



jangan buat aku menangis, dalam hati.


...

1 comment:

Len Bkn Nama Sebenar said...

salam beb..
apa crita baru?
dpt dh lesen? ;)