Monday, June 02, 2008

odissi, dan aku yang mahu menari

saya sedang di rumah pada jam 10.30 pm, sudah mula ditempias demam dan hidung sedang mencair.amat tidak selesa - adoihlaa...



hari ini, sudah direncana sejak jumaat lepas - mau jenguk apa ada dengan Stirring Odissi di Galeri Petronas. tambah pula, sudah sejak dulu mendamba ingin melihat sendiri sosok figur ramli ibrahim yang tersohor dengan lenggok tari klasikal Indianya.

jangan dipersoal, aku bukan memuja ideologinya. tapi passionnya, dan seni tari itu sendiri.

asyik, dan mengujakan.

di ruang depan dan mendaftar masuk, khalayak pengagum yang turut sama ramai datang berdasi kemas, dan wanita-wanitanya anggun bergaya elit. sedang aku dan naqiuddin selekeh santai dengan jeans dan tshirt, sama converse lusuh kegemaran.


tak bijak ke majlis rupanya aku ini. heh.


sedikit ralat kerana ramli cuma berkomentar sama jatin das, dan sesekali dilantun suaranya mengiring langkah tari si protege. tapi melihat isi penyampaiannya, memang wajar sekali dihargai seantero benua.

kata jatin das, "ramli is not only a good practitioner, but also an excellent teacher".

aku setuju, sebab ramai yang jadi cikgu kerana ikut-ikutan dan menyangka kerjanya semudah mengarah menyalin nota dan kerja di papan putih.

ah, nanti-nanti saja ku bebel hal ini.

tapi, ramli ibrahim ini, serba maklum dan tahu. menjadi master of the curriculum. dan obviously a good teacher, sebab dia mau berkongsi setepat-tepat setiap fakta asal-usul dan pensejarahan. lengkap lakaran peta India dan peristilahan segala.

dulu semasa di uitm machang, pensyarah textile methodology aku - en.zainol juga pemuja seni tari klasikal India. masih ingat lagi senja Ramadhan sekali itu, kami ramai-ramai berbuka di rumahnya dan dipertonton dengan rakaman tarian ini. sambil mulutnya sibuk menerangkan mengenai karakter-karekter dan metafora setiap pergerakan, jeling mata, lentik jari dan hentak kaki - setiapnya bermaksud. malah ada petang diadakan kelas tarian klasikal India, yang jadi sedikit taboo pada masa itu (uitm machang masa itu masih tidak liberal hehe), malah aku juga tak berpeluang turut serta.

oh ya, dalam etika berteman lelaki, bersosial begitu bisa menimbulkan cemburu. jadi,aku dilarang jauhkan diri dari berlatih sama. haha.

selalu jadi konflik bagiku,bila banyak hobi-hobi atau kebiasaan tiba-tiba jadi larangan oleh orang-orang yang cuba overpower aku.

aku kan budak degil. huh.

dari bangku sekolah, aku tak asing jadi penyorak rumah sukan (dulu ,tahun 90an, cheerleading cuma aktiviti sempena hari sukan, belum jadi agenda kebangsaan macam sekarang yang lebih ekstrim dan overacting juga, oops!) jadi menari itu sudah kebiasaan. di sekolah rendah juga, walau aku bukan gimnas sekolah tapi selalu sibuk-sibuk mengendeng miss petrina low (yang sampai sekarang pun tersohor melatih gimnas kebangsaan).

ini berlarut dengan kegilaan rakan-rakan sekelas yang rajin merancang persembahan untuk hari-hari sambutan di sekolah. dari tarian moden ke asli, rasanya belum canggung langkah menari.

kalaupun tak terpilih untuk persembahan, aku sibuk-sibuk pula berlatih gamelan. ini,yang paling asyik. terngiang-ngiang gema antawada, timang burung dan lagu perang.

manis zaman persekolahan. :)

dan di maktab tahun 2005, sempat juga berlatih zapin.

2007, anak-anak sekolah terpilih untuk persembahan hari kebangsaan ke-50. aku pun pandai-pandai angkat tangan mau jadi cikgu pengiring.

seronok. tahun 1992 masa tun mahathir melaung wawasan 2020 aku sudah pernah di situ. hiruk-pikuk dan letihnya bukan kepalang. tapi bukan senang dapat peluang jadi sebahagian dari sejarah Malaysia. ingat semua orang mudah-mudah boleh berdiri di hadapan sekalian pembesar negara pada hari yang datang seumur hidup sekali - apatah lagi kemerdekaan malaysia ke-50? 50 tahun lagi belum tentu masih wujud, masakan boleh berdiri terpacak apatah lagi menari!



tapi dah tentu, walaupun aku cuma menyelia dan membantu melatih anak-anak yang terlibat menjayakan malam itu, pedih telinga juga disesah tohmah keji "mereka yang lebih maksum".

masih aku ingat lagi muka merah shofi yang sama berang. haha.

tahun ini, belum tahu lagi. dengar-dengarnya nanti di putrajaya. khabar di angin sudah jelas, tapi hitam putihnya belum ada.

padang lapang cochrane yang jadi tempat mainan jelang hari kebangsaan saban tahun kian menggamit.

tahun ini? ;)

No comments: