Friday, September 19, 2008

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding. bahagian 1.

elok aku balik dari Giant, ada sms di P1 ku.

"akom cikgu peperiksaan seni bila" - S****e S****l.

bangkai betul.

dahlah bagi salam tak semenggah - pantang sungguh, kalau abis nak pendek kan kata pun tulislah Salam. akom tu hapa? ko tau tak maksudnya??

mengapa sukar benar mencoret sapaan beriring doa - Assalamualaikum.

Salam sejahtera ke atas kamu. benar sungguh Tuhan menjadikan setiap sesuatu itu bersebab dan bermaksud yang tidak lain dari kebaikan semata. tapi yang jelik itu juga kita puja. Wallahu'alam.

kenapa, kerana ia tidak moden? bak sinis anak murid yang pernah tertangkap di telinga - "zaman dah berubah cikgu..." sambil bibir hitamnya menjuih.

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

lepas tu, si bangkai ini boleh tanya aku - peperiksaan seni bila?? atau yang sepatutnya aku faham ialah dia bertanya bila kertas 2 pendidikan seni visual untuk peperiksaan percubaan SPM nya akan berlangsung.

mangkuk.

dah dua minggu ko mengharung peperiksaan, langsung tak ambil tahu peperiksaan apa pada hari apa?

aku dah sampai di tahap - malas hendak ambil tahu.

malas hendak beria-ia menyuap, sedangkan yang tersuap selama ini pun diluah semula, atau dipaksa-paksa telan kerana aku menjegil mata.

dan di belakang menyeranah aku kerana "cikgu fairuz poyo. bajet cun pulak tu."

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

aku ada 100 orang calon yang didaftar untuk kertas pendidikan seni visual SPM. 3 komponen penilaian - Kertas 1 (50 soalan objektif - 25 markah), Kertas 2 (menggambar / gubahan fikiran - 25 markah), Kertas 3 (folio dan produk - 50 markah).

dari Tingkatan 4 2007 sudah aku maklum dan perihalkan kewajipan menyelesaikan ketiga-tiga komponen. paling utama Kertas 3 yang proses kerjanya dinilai bermula Februari hingga Julai 2008. benar, aku terima hakikatnya tidak semua faham mengapa mereka didaftar untuk menjawab subjek ini. benar juga, aku terima hakikatnya kerana konon kata subjek ini paling mudah jadi "anak-anak istimewa" yang sedikit tergelincir semasa PMRnya akan jadi tikus putih aku.

sama ada dia akan rela, menerima, mungkin juga sedar diri.

atau membantah dan menjaja sana-sini yang "saya dipaksa mendaftar subjek ini. tanpa pilihan. tanpa kompromi."

anak-anak, ini rezeki terbentang depan mata. benar, kamu mungkin tertakdir tidak cerdik. jadi mengapa sempitkan lagi pintu kurnia yang Tuhan telah buka luas ini?

cuma kamu terlalu sayangkan kudrat tulang empat kerat itu. juga ceteknya memikir dan mencipta sebuah cita-cita.

aku kerap tanyakan mereka - "siapa kamu 10 tahun akan datang? cuba sebutkan. impian? cita-cita?"

dan mereka cuma tersipu. terkesima.

"lambat lagi laa cikgu."

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

lambat ya. aku dulu pernah duduk di bangku sekolah juga. 10 tahun dulu juga, sedang di Tingkatan 6 Rendah, sibuk bergaduh dengan mama kerana aku berkeras hendak ke UiTM untuk jurusan Seni Reka, sambil dihasut guru kelas yang telah sama di Tingkatan 5 dan menggeleng kepala melihat aku di Tingkatan 6 sambil berkata - "ini bukan tempat kamu, Fairuz."

kerana baik budi dan luhur bimbingan Pn. Wahida Abdul Wahid itulah, aku cuba juga tegak berdiri di hadapan kamu hari ini, walau sudah berkali-kali tempang disinggung kamu yang memang tak ingin mengerti.

beban menanggung budi Pn. Wahida Abdul Wahid itu, aku rasa cuma akan terbalas bila aku akan seupayanya membimbing kamu, sehabis jerih akan aku cuba.

tapi,

diminta menyalin nota - buku tak disedia. tak sempat disalin.

ok, aku cuba pula memujuk sekolah supaya boleh difotokopi latihan dan nota (pendidikan seni tidak menggunakan buku teks khas seperti subjek lain). sampai diperli-perli pembantu am di pejabat - "makan kertas ke?"

siap fotokopi, bersengkang mata mengepil tiap helai bersama. ada 20 helai, 20 helai aku susun dan kepil kemas. 20 kertas A4 x 100 set = 2,000 helai, 100 kali menekan picu stapler (belum masuk kira yang ditanggal semula kerana tidak kemas dan segala masalah lainnya).

kemudian dari kelas ke kelas aku pastikan semua dapat edaran. minta ditampal dalam buku.

tengahari itu, aku jumpa helaian set 20 keping A4 di dalam laci meja, atau paling hina - sudah tersepuk di lantai dengan cop mohor tapak kasut si setan gondol.

esoknya aku tanya kembali - "mana nota yang saya beri semalam?", "hilang aaah cikgu...!!". "ini, ada yang saya jumpa di lantai semalam?".

dan tak siapa yang mengaku. peperiksaan dijawab tembak sesedap rasa. siap ada corak bunga atau selirat macam aturan DNA itu.

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

aku kira aku sedang di tahap paling kejam sekarang ini. lebih 50 orang tidak menyelesaikan Kertas 3 untuk SPM mereka.

aku pula diugut Unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya memastikan mereka selesai kerana komponen itu wajib siap. wajib lengkap.

bagaimana? bila semuanya mentah-mentah menjawab di muka Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - "saya tak mau subjek ni. kenapa saya kena buat. kan sistem sijil terbuka."
atau anak Melayu, lintas tepi aku buat sombong tuli. silat, konon.

separuh gila aku, Fadhil, Md. Nor dan Naqiuddin kerjakan juga. sambil ditolong serba sedikit dek Affa, Farizal,Faizal, Azri dan Zulfikar. dan pakat tutup mulut, lantak apa nak jadi sambil terima kasih sudah tolong selamatkan aku, sekurang-kurangnya.

mujur juga Ketua Pentaksir Kawasan sangat bertimbang rasa. setidaknya ada juga yang memudahkan perjalanan hidup seharian.

selesai itu, dan aku pun mensibukkan diri ke padang Pusat Kokurikulum JPWP, Jalan Cochrane. mengabdi diri di bawah terik matahari demi negara kisahnya. sebulan lebih menghadap 3,000 pelajar untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-51.

sebenarnya, alasan supaya aku lupa masalah yang terlambak di sekolah.

habis semua sibuk-sibuk itu, Ramadhan menjelma, dan anak-anak Tingkatan 5 memulakan peperiksaan percubaan SPM. awal-awal aku saring nama-nama yang telah hancur ranapkan hati aku, yang tak peduli ada sahabat hingga ke senja masih di sekolah kerana nak menyelamatkan bukan saja aku, tapi juga pengetua, dan sudah tentu sekolah.

kerana nanti - sekolah dipersalahkan, pengetua disoal jawab, dan aku ditujah, dijuih.

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

dan bila soalan Kertas 2 diedar seminggu sebelum peperiksaan, ada yang konon terpinga - "kenapa saya tak dapat, cikgu?".

"kamu kan tak buat Kertas 3, buat apa nak ambil Kertas 2 & 1?"

pagi tadi, aku bahagikan pula panduan melakar supaya calon-calon yang lulus saringan aku boleh mula latihan serba-sedikit di hujung minggu ini.

"yang lain tu, dapat cuti tambahan. tak payah datang hari rabu masa kertas PS (Pendidikan Seni)".

ada mereka peduli? tidak, kecuali khairil fitri. dan han ding yau.

oklah, aku benarkan mereka cuba. sambil diingatkan juga walau lulus, mungkin, mereka tidak akan menerima sijil untuk folio.

rugi, bukan? dan khairil fitri tertelan-telan air liur menerima kekalahan. sayang, kerana dia antara yang berbakat semulajadi, antara yang berpotensi.

pendidikan seni, mudah. tetapi, jangan ambil mudah.

cikgu fairuz memang cuma akan diam, pandang saja bila kamu bersantai-santai buat-buat tak nampak yang kerja bertimbun berlambak. tapi, semuanya sedang dinilai. proses kerja, sahsiah.

menilai juga, tahap kemanusiaan dan ihsan kamu.

lagi aku tenung, lagi tinggi julang kaki ke sandar kerusi hadapan. makin nyaring gurau tawa. rehat sepanjang masa. itu subjek aku. subjek lain, teras atau elektif pun kamu pukul rata. entah apa sebab ke sekolah pun tidak dapat pula dipastikan. sebab cuma mau rehat sepanjang masa.

mau rehat ya. rehatlah, aku sudah bagi cuti tak perlu bangun pagi sibuk-sibuk jawab kertas subjek aku lagi.

haih.

12 comments:

Anonymous said...

mm..jgn dihantuk kan kepala itu ckgu fairuz,nnti hilang cun nya.
"cikgu fairuz poyo. bajet cun pulak tu."-heh sngguh provokasi ayat student kamu ya

y u z said...

hantuk kepala ke dinding itu,setakat ini cuma satu metafora.

...aku cuma mempunyai masalah self-esteem yang terlalu tinggi.hahaha.

ayobkelubi said...

perghh!,tabik utk ko yg masih leh tahan.

aku?,dah naik giler buatnya!

y u z said...

tabik en.ayob!

bertahan kerana ini punca periuk nasi, dan setiap sen yg diterima itu amanah.

kalau cuma mau makan gaji buta, habis loceng sekolah terus balik tanpa peduli apa yang diajar td hadam atau tidak dlm akal budak2.

mari renungkan.......

Anonymous said...

bersabar ya cikgu..

sy rasa sy pun mcm 2 gak tahun lepas.. hehe..

last minute baru nak buat semua..

not seni lah.. tp amali for bio phy and chem.. hehe..

y u z said...

sebenarnya, bukan marah.

tapi berbaur sedih dan kasihan. apapun cuma ingin mereka faham yang semuanya kerana kasih dan harapan semoga mereka matang sebagai Insan.

all the best utk kamu juga ya. =)

Len Bkn Nama Sebenar said...

aku pun hangin kalau kertas nota/latihan yang aku buat from scratch, print, fotostet n staple.. last2 tinggal gitu je bawah meja..
subjek aku ada modul pembelajaran.. tapi setiap kali latihan/exam kena reka soalan baru.. sangat sakit hati la kalau tak dihargai.. uhux..

Anonymous said...

erkkk...budak² zaman skrg. sungguh berani meng'sound cikgu mcm tu...

y u z said...

lenn :

bengang oke, subjek xde buku teks camni, bagi nota xnak salin jap g komplen cikgu cepat sgt nak padam. bagi nota xerox, main buang2 aje. nak suh beli buku rujukan? mahal katanya!!

anak2 kita esok, tah apa lak pesennya ya???

=<

farah :

begitulah. itu yang dilabel 'X generation' - KL kini.

saya pun lahir, besar dan sekolah di KL juga. sudah sangat tua dan ketinggalan zaman mungkin.

NULEYA said...

hehehehee
sabar ajelah.
mmg susah nak handle!!

y u z said...

cheeky miss leeya,
mimpi apa kamu jengah blog cikgu ini??

kalau kamu yg jd student sy,macamanalah nakalnya ya?

=)

paiseh said...

hantuk cikgu.. jgn tak hantuk..!!