Wednesday, September 24, 2008

aku rasa nak hantuk kepala ke dinding - bahagian 2

hari ini.

peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia - kertas Pendidikan Seni Visual - kod 2611/1 & 2611/2.

100 calon berdaftar, tak sampai separuh yang hadir. okelah, dah dia tak minat. daripada memekak dan mengganggu kawan-kawan lain, kemudian hantar kertas kosong yang cuma diisi di ruangan nama - itu lebih membuatkan aku geram (sebab pembaziran kertas lukisan).

ada juga yang hadir itu, terpaksa datang kerana tak dibenarkan ponteng atau tak hadir sekolah tanpa sebab atau kedaruratan yang lain. ini termasuk segelintir yang cuma datang untuk letak kepala dan lena di meja sepanjang masa peperiksaan.

aku sudah maklum. fenomena umum di sekolah ini.

tapi menarik, dengan masa yang terluang itu, aku menerima surat cinta ini dari 'A. Samad Said'.



Di sini aku belajar bahawa
Yang terbaik adalah yang pandai mengampu.

X-m adalah untuk orang-orang
Yang terpilih dan bukan untuk semua
pelajar.

Yuran tahunan xm yang aku bayar
Sekadar untuk cukupkan syarat. dan
bukan untuk mengambil peperiksaan.

Di sini aku belajar untuk belajar,
menjadi seorang pelajar, dan diajar.

Walau bagaimanapun,
aku hanya seorang pelajar.
tiada hak untuk bersuara;
dan tiada kuasa untuk
melawan.

Terima kasih
cikgu.
* x-m / xm = exam.
berkali-kali aku membacanya.
kan lebih mudah jika tidak bersikap baling batu sembunyi tangan?
=<

4 comments:

ayobkelubi said...

hehehehe

harus aku tergelak baca puisi dia,harap2 dia akan jadi seorang penulis yang bagus. bakat dah ada,tinggal untuk diasah sahaja.

y u z said...

itulah.

cuma disalah gunakan, masa yang patut mengarang tak pulak nak mengarang.

NULEYA said...

serious? ada yg berbuat sedemikian?
wahhhhh tak pernah kujumpaaa.
hahahah sabar aje lah.
tapi ok la tu. atleast dia jujur.
hahahah

y u z said...

ahahaa.
sbb budak sekolah ini ramainya hero kampung.sungguh tidak gentlemen begitu bukan?

sekurangnya,kamu mengomen juga di sini.itulaa penggunaan internet yg cerdik!

=)