Sunday, October 12, 2008

akan rindu kamu, kamu, kamu, kamu dan kamuuuu...

malam ini akan bertolak ke kota bharu, kelantan.
sepatutnya bertolak awal pagi tadi, but silly me -

aku salah pandang.
waktu check-in hotel 2pm, waktu bertolak di kaki surat aku lepas pandangkan.

jadi pada waktu sepatutnya 8am bertolak dari JPWP di jalan duta, aku masih terguling lena.
dengan mindset yang aku akan bertolak pada jam 2pm.

silly, silly me.

tapi oke juga, seharian ini aku merayau sekitar KL, bayar hutang dan bil di outlet-outlet ATM sana-sini. jadi sekurangnya aku pergi tanpa rasa kalut dan tak perlu memesan-mesan pada abah atau yana untuk selesaikan apa-apa yang masih tertunggak.

cuma kereta yang perlu dibega serba-sedikit, itu, abah lebih mafhum. jadi tinggalkan duit dan sementara aku bepergian ini sekurangnya tak ralat kereta di bengkel.

jadi.

tinggallah naqi, rahman, hairul, affa, zainuddin, ilham, aziz, huzaifi, hazam dan iqbal.

(wohhh kalau boleh satu sekolah aku mau tulis!)

untuk yang akan mula berPMR esok - didoa yang terbaik untuk kamu semua, selalu.

dan naufal.
dan yana.
dan abah.
dan mama.

mau kirim budu? kepok gote' anyone?

=D



* kepok gote' - keropok lekor

Sunday, October 05, 2008

ouh yeah, raya kan sebulan... ngeeee

[sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas]




p/s : abis dah cuti?? esok dah sekolah?? adoyaiiii... =(