Tuesday, November 18, 2008

terima kasih, putera.

bantai ajelah.

aku agak lama menjauhkan diri dari memblog.

sebab-sebabnya (tanpa aturan tertentu yah) :-

1. terlalu indulged sama buku merah bersimbol hati kreasi fynn jamal yang manis.
2. urusan-urusan menutup rekod menjelang hujung tahun.
3. ouh ya, itu hari sibuk memasak untuk jamuan raya, bersambung dengan jamuan kelas. sangat jengkel bunyinya, tapi letihnya bersambung-sambung kerana bertunda-tunda dengan kerja dan arahan lain.
4. kebetulan juga, masa ini bil TMnet sudah dikerat-kerat mati hahaha.
5. dan kerana itu, untuk bertalian cuma ada pilihan sama ada bercagarkan segelas starbucks atau seperti hari ini - di kafe berhampiran rumah yang juga perlu bercagar segelas jus oren+lobak sejuk.
6. sekarang musim SPM, dan aku dikerah menjaga SPM sama.
7. aku sudah mula rasa kehilangan adik-adik yang manis dan manja.

boohoohoo. gila aku ini.

anak orang manakan sama kasihnya umpama saudara sendiri.

tapi mungkin kerana aku ini manusia sunyi. dan nakal-nakal mereka, masih ada yang menghiris sayu di hati.

hari ini, di kebetulan yang singkat ini, ada yang sempat menyapa. tipikalnya aku akan bertanya - "gimana SPMnya setakat ini?".

begitu, begini, alkisahnya segala.

dan diakhiri dengan sebaris dua ini :

"slame nie saye banyak menyusahkan cikgu walaupown kerje cikgu sye x penah nk wat...sowie ye cikgu....tenx so much."

*senyum*

sudah lari berbatu-batu, terguling dan gagah juga bangun terhincut. dahaga lagi. tiba-tiba dapat air sirap. walaweiii.

murah, ringkas. tapi sedap. maju lagi mau sampai garis penamat.

sebegitu rasanya dapat mesej sebaris dua.

terima kasih, farhan.

=)

4 comments:

IY.LEEYA said...

hello msyuz :))
sorry ya blog private, lantaran sakit hati sama
anonymous yang sangat pengecut tapi berani,
kerana rasanya blogku terlalu peribadi. heheh

tak boleh reply msg kat msp,
friends baru boleh reply. :)

spm oke, alhamdulillah. boleh jawab lah. eheh
pagi tadi seni, buat soalan layang-layang.
rasanya tak ok sgt, hhahahaa

msYuz said...

ahaha cik iyleeya yg manis~
biasalah,mereka kan lagi mendabik dada mengaku semulia-mulia Manusia.

betul kah itu?

;)

IY.LEEYA said...

hahah betul betul.
malas nak layan mereka dengan
lidah/pemikiran hebat mereka,
private sajalah. hehe
mcmmana kerja2 yg harus disetelkan akhir tahun?

msYuz said...

kerja banyak.
dan bila cuti mula bosan.

wuwuwuwu~~