Wednesday, January 07, 2009

luncai dalam sekolah. bersepah-sepah.

semalam encik kaunselor -- tergeleng-geleng melihatkan telatah anak-anak tingkatan empat yang terkinja-kinja tak ketahuan. serebeh selekeh dengan rambut paip rosaknya, ada juga berceracak semacam lalang di tepi paya.

jangan diambil pusing pula tertib susilanya. hmm.

mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah petang tadi agak sensasi. isu-isu berbangkit mengenai kemeruduman mendadak pencapaian PMR 2008. langsung dikupas satu-persatu punca dan sebab musabab. dan semua orang ditempias sama.

pedih, oke.

mesyuarat usai jam 5.30. sambil semua guru terlibat sudah mula terpisat-pisat menilik jam dan menggenyeh mata.

gurau kasarnya encik kaunselor -- "dah tahap wali-wali cikgu-cikgu sekolah ni. sabar bukan lagi separuh dari iman. tapi sudah mencabar seluruh iman. "

apa rasanya --

bila helaian borang pemilihan subjek tingkatan empat yang dikategorikan sebagai dokumen rasmi, serta edaran galakan sesi kaunseling akhirnya dicarik-carik dibaling-baling mengusik teman, kemudian berkejaran bergelak-gelak, sedangkan --

hey, cikgu sedang ada di hadapan kamu.

mana hormatnya?
mana adabnya?
mana tertibnya?

apa sudah jadi dengan iklim pembesaran anak-anak kita?

aku usulkan pada encik kaunselor sebagai perbandingan --
"zaman kita bersekolah di kuala lumpur dahulu, di tingkatan 2 atau 3 - menghisap rokok itu sudah satu gejala yang cukup parah dan mengundang petaka. tapi, zaman mereka kini di tingkatan 2 dan 3 - mereka sudah kenal shisha. sambil menggaya kepul asap dan gambar diletak ditayang bangga sebagai default pic."



myspace? mende?





















1997 sudah amat lama rupanya.

rokok atau shisha, i have nothing against them. tapi bila kamu belum bekerja, pelajaran porak-peranda, ayah bunda cuma jadi mesin cop duit maka itu adalah masalah. yang penting sekali, sekalian masih di bangku sekolah. jantung dan paru-paru yang sihat dibinasa asap pada usia yang sangat muda. jangan hairan jika lelaki semakin pupus kerana menginjak 25 sudah mula disekeh batuk dan radang paru-paru.

aku tidak ingin mengulas mengenai realiti anak-anak di bangku sekolah sekarang yang nyata sedang mengalami pendewasaan yang terpesong dan merosakkan. mereka berlibur tanpa diberi arah pandu, malah jika dihulur tangan untuk memimpin sekalipun nescaya dicemuh dan diboikot dengan kata -- menyibuk.

terjunlah si luncai dengan labu-labunya. i rest my case.

nota di kaki : gambar ehsan www.travelblog.org dibantu perayau google.

2 comments:

oshie||aus mahmud said...

saya setuju amat dengan kes ini cekgu !

Anonymous said...

Sekadar berkongsi.
Doa

Ertinya:
"Ya Allah, wahai yang Maha Kaya, wahai yang Maha Terpuji, wahai yang mula-mula Menjadikan makhluk, wahai yang Mengakhirkan, wahai yang Maha Penyayang, wahai yang Maha Lembut, kayakanlah kami dengan harta benda yang halal serta jauhi daripada yang haram dengan mentaati-Mu dan menjauhi maksiat; dan dengan kurnia-Mu sahaja, tidak dari yang lain."
View Profile: Rantong