Tuesday, February 10, 2009

merapu.

















aku ada... tak ke mana pun.

cuma sedikit bosan, dan kurang minat menyapa di talian.

walaupun sebenarnya masih singgah menjenguk rakan-rakan yang setia menulis kisah seharian mereka, sayangnya aku tidak segigih itu.

untuk seorang manusia sunyi seperti aku, manusia-manusia ini aku semat namanya sebagai teman terbaik.

terbaik dalam erti kata - mereka pejuang hidup yang sejati.

dan hidup senang bukan pilihan yang terhidang semudah kamu memilih minum sirap sejuk atau soda di terik hari.

mungkin sebab itu aku jadi bosan bila setiap hari dimomok dengan sikap "tidak tahu-tidak boleh-tidak dapat" bila usaha yang sebenar belumpun dimulakan.

tidak mahu mulakan, sebenarnya.

teringin melihat aku menyinga membebel sampai berlarut dua masa kelas dibazir.

penatlah.

bila aku berlembut - dikekeh suka.
bila aku bertegas - dicemuh hina.
bila aku diam - "cikgu ni touching, dowh."

bullsh*t.

dem.

*apa kau nak, yuz? budak-budak ni bukan malaikat semuanya?

"tapi kenapa diorang tak endah cakap aku? salahkah bila aku berlembut, bertoleransi? mengajar mereka guna akal sebagai lelaki bukan menujah tuding kepada cikgunya kembali, mempersalah seolah setiap yang diarah tidak bersebab dan tidak berkenaan."

"inilah hidup."

"kalau kau nak, kau cari."

"kalau kau taknak - pergi mati."

aku bukan gah cikgu sains dan matematik yang kamu puja-puji, aku cikgu pendidikan seni. subjek ini tidak merumus 1+1 = 2.

tidak ada formula yang boleh aku tawarkan adik-adik, kecuali buka mata hati sendiri.

tapi inilah realiti yang paling aku benci - dunia sekolah sekarang yang cuma mahu nganga dan disuap sumbat sampai terbelahak tak tertelan.

aku benci.

zaman sekolah yang aku harungi, indahnya mengejar kelebihan di mata cikgu-cikgu dengan menjadi yang lebih hebat dari orang lain.

zaman sekolah yang kini, mengejar cikgu semata mahu menumpang kereta.

aku lempang karang - kau duduk kg. baru pun nak mintak tumpang balik? berapa ramai lagi kawan-kawan setempat kau yang elok saja pandai berjalan pulang?

tak apalah, ada rezeki cikgu bawak bas rapidKL pergi sekolah. woi meh ramai-ramai cikgu hantar balik.

..........

huhuhu.

dem lagi.

ah. layan movie lagi bagus. Reign Over Me di hbo.

tengok lagi sampai lebam.

2 comments:

ayobkelubi said...

itulah masalah anak-anak zaman sekarang..tidak indepedent malah menganggap bahawa sekolah adalah tempat yg kena pergi supaya tak kenal bebel ngan mak dan ayah.

:(

y u z said...

sampai hari ini saya bertanya semula kepada diri sendiri - mengapa saya menjadi cikgu jika di hujung setiap hari saya akan mengeluh begini?