Tuesday, March 24, 2009

bagaimana kau meluah cinta?

bukan.

bukan cinta sang uda dan dara. bukan.


ini cinta yang tidak berakhir dengan rajuk dan benci. ini cinta yang tidak tergadai dengan belanja harta. ini cinta yang bukan tertanding dengan lemah kalah dek pujuk mesra dan jeling manja.


ini, cinta dari seorang anak kepada ibunya.


ini cinta yang sudah bertahun-tahun tidak terlampias dengan kata sayang atau peluk kasih, cuma diam di dalam hati.


ini cinta yang melangit ke syurga, tak putus walau kapas dan kapan membalut tubuh di jauh liang lahat.


aku merasa bagai orang yang rugi kerana tidak berjaya memenangi cinta seorang bonda.


lebih luka kerana dia selalu di depan mata, sesekali makan semeja, tidur cuma selang sepintu bilik -- tapi sukar benar melihat dia tersenyum, sekurangnya memperlihat rasa senangnya mempunyai aku sebagai anakanda.


kenapa mama?


yong tahu, mama sayang yong kan?

yong tahu, mama masih doakan yang terbaik untuk yong kan?


mama tidak benci yong kan? walaupun dalam banyak ketika kita cuma berselisih bahu di dapur tanpa suara.


tanpa senyum.


...............

selamat hari lahir, mama.

:~<

2 comments:

Anonymous said...

salam,saya pngunjung yg tidak tetap..skejap ada skejap xde,mcm chipsmore lah plak hahahahaha!!!!

ehmmm..hati saya tersentak dan pilu apabila membaca cerita ini...haihhhhh hidup seorang wanita ini sangat sedih skali,perjalananmu berliku-liku..seperti tiada pnghujungnya

saya hanya mampu berkata sabar dan bertenang,insyaallah satu hari nanti hatinya akn terbuka dan sedar bahawa anak sulungnya begitu mghargainya dn menyayanginya.

assalamualaikum.. =)

ayol said...

bawk bawak la bersabr k sebgai ank kiter perlu lakukan yg terbaik tok si dia,..tpi itu jer yg termampi?

bersabr k.
adr hikmah disebalik smua cerita ni.