Monday, April 27, 2009

paranoid. ouh ya, dan rasa sebal yang menggila.

"You can look, but you can't touch,
I don't think I like you much.
Heaven knows what a girl can do,
Heaven knows what you've got to prove.

I think I'm paranoid;
And complicated.
I think I'm paranoid;
Manipulated."




photo credit to http://www.abc.net.au/rage/guest/2001/sfk.htm

itu lagu Paranoid, oleh Garbage. shirley manson aka the frontlady akan selamanya jadi ikon 'emo' yang sebenar ok. biasalah aku kan the 80's baby. bersekolah menengah circa 93-97 yang meronta-ronta sambil layan Oasis, Smashing Pumpkins, Blur (damon albarn masa ni lebih kewl dari masa dia tubuhkan Gorillaz -- kata akulah haha). apa lagi, oh ye Wallflowers juga, Duncan Sheik, the Verve, Offspring juga. bila da pandai merayap sikit masa form 4-5 duduk ramai-ramai di McDonald's ampang park. dulu ada juke box kat situ, gila dengar Nirvana. dan teringat lagi teman yang berangan ala-ala gwen stefani masa No Doubt mula keluar dengan lagu Don't Speak nya.

aku masa tu nak jadi Alanis Morissette. ekeke.

whatever ---

lama tak menulis. kadang-kadang macam terdengar-dengar ayat-ayat dalam kepala ni menderu laju, kalau bisa dicucuk USB kabel di kepala ini dan terus tercetak, harus terkejar-kejar aku membeli stok kertas A4 selang seminggu.

haha.

bagi mereka yang belum tahu, hampir sebulan aku mengundur diri dari jawatan kehormat sebagai Che'gu.

dan berbakul-bakul seranah aku terima sejak aku isytiharkannya, hatta dari ayahbonda sendiri. sayangnya perang ini belum habis, kerana berjangkit pada adik-adik yang merasa bengang kak yong mereka boleh buat sesuka hati tanpa ditujah persalah orang tua.

sebenarnya, mak abah pun dah tak kuasa. oh ya, sila maklum aku sudah dilabel 'anak tak guna'.

hmm.

perkaranya -- aku sudah terlalu lama menipu diri. mencipta bahagia dalam dunia sekolah itu. membohong hancur diriku sendiri.

hal yang di rumah, tak bisa dibicara di sekolah.
hal yang di sekolah, mau mati hendak diceritakan di rumah?

jadi bila akhirnya kedua-dua hal sudah gagal ditoleransi, nah -- kembali kepada diri sendiri sudahnya. dan mencari rasa siuman tiap lima waktu berbicara denganNYA.

aku tidak mahu nanti ditemui orang menghabis masa di kaki-kaki lima sambil berkaki ayam dan baju carik, tudung serebeh sambil mulut berbicara sendiri. atau tiba-tiba 'mengajar' khalayak di hentian bas sambil menggaya dinding bus stop itu papan putih dan batu jalan itu marker whiteboard.

tak mahu. jauhkan. Allahuakbar!

pil-pil penenang yang dibekal doktor jarang sangat aku sentuh. jangan digantung diriku dengan dadah-dadah memabukkan seperti itu. bukan itu yang aku perlu.

tapi jangan paksa aku kembali ke dunia aku yang dulu.

dunia yang terlalu sasar dari idealisme aku.

betapa aku rindu salam sapa anak-anak murid saban hari. teringat lagi wajah-wajah yang gemar menyorok di balik pintu 'pejabat'ku sambil tersengih-sengih suka bila aku menyergah nakal mereka.

oh ya, manakan dapat aku buang jauh kenangan pada adik-adik yang suka mengisi sunyi aku sambil bergasak ala taekwondo dalam ruang sempit yang dihuni.

*bergenang air mata*

sayang sekali adik-adik, cikgu ini telah kalah dalam perjuangannya.

benar, aku tidak sampai hati menayang muka murung sedih dan masam mencuka di hadapan mereka. aku rimas bila disoal -- "cikgu ada masalah ke"?

kalaupun cikgu ada masalah, masalah itu bukan kerana sekalian kamu, sayang. cikgu percaya kamu semua lebih mengerti. nakal-nakal kamu di mata orang lain, kamu masih manusia di mata ini. bukan beruk, bukan monyet.

mungkin kambing, haha. sebab kambing itu istilah aku bagi 'comel'. =P

tapi kadang-kadang ada juga yang mencecah tahap beruk dan monyet. cuma jangan terasa hina, beruk dan monyet itu kalau dilatih dan dibela elok, ia sangat-sangat membantu manusia dalam pekerjaannya.

it's just a matter of how we tackle the issue, kan? kalau sudah katanya beruk dan monyet, apa kejadahnya diberi bunga. ajak dia ke ladang kelapa misalnya, iya tentunya berjerih sedikit melembutkan hatinya, yakin nanti kau akan tepuk kepalanya dan kata "bagus kamu ni, ada gunanya."

haih, metafora yang melangit!

maksudnya begini, aku contohkan dalam isu aku yang dulunya mengajar pendidikan seni -- untuk apa memaksa orang yang tidak ada seluruh jiwanya untuk subjek itu. harus diingat, seni bukan sekadar apa yang ditrampil, ia melibatkan penghayatan dan minat. kalau sudah dianya tidak suka lagi bebal, kau bekal pensel, kertas, warna, berus segala pun belum tentu mencapai apa yang dicita. kemudian kau maki bila segala yang diberi tadi bersepah di lantai begitu saja, merungut-rungut sambil mengutip dan menyimpannya semula.

tapi cuba sekali itu kau biarkan dia leka sendiri, jangan sua kertas lukisan dan warna. sebaliknya bualkan ehwal dirinya. apa aktiviti petangnya, apa kerja ibu ayahnya. provokkan dengan gelagat-gelagat nakalnya terhendap-hendap di belakang surau sekolah mencari peluang meloloskan diri di celah pagar, atau bau asap yang terlekat di seragam putihnya.

atau kalau di sekolah itu dulunya, anak-anak Cina ini walau malas tahap siamang pun di sekolah, kerapnya aku puji mengatakan dia rajin dan budak baik. bukan bodek pun. kalau dia itu memang malas dan tak berguna, masakan boleh di sebelah petangnya dia bergegas-gegas ke tempat kerja demi gaji yang tidaklah seberapa.

kalau sudah penat bekerja, haruslah dia keletihan malas di sekolah. kenapa dicucuk harimau yang sedang lapar, mengaum mengamuk lah dia!

nyata sekali menjadi cikgu dalam era kini tidak semudah dulu.

dulu aku ada pn. wahida, pn. noor zarani, pn. rosidah, pn. azizah, mrs. dorai (sekadar menyebut beberapa nama). sebenarnya, pendekatan aku pada anak-anak murid ini sama seperti yang pernah aku terima dari cikgu-cikguku dulu. menilai insannya dia, bukan lahiriahnya.

sudah namanya manusia, toleransi dan menjadi pendengar terbaik untuknya jadi kunci. membina harga diri seseorang lebih penting dari mendesak dia menjadi yang sempurna pada penilaian atas kertas kamu.

tapi itulah, mudah kata -- i f**ked the education system.

jadi, baik aku segera pergi sebelum gajiku tidak dihalalkan kerana 'terpaksa' mengajar. dan mungkin jadi pengunjung setia wad psikiatri pula. haih.

apapun jangan risau adik-adik. cikgu lebih tenang sekarang. tak percaya tanya asrol, haha.

hidup tetap terus. dugaan itu adat. tetapi tidaklah lagi aku terhenti di pertengahan solat sambil tertanya-tanya, "rakaat keberapa dah ni?" jujurnya, aku pergi bukan kerana benci, aku cuma perlu diriku sendiri. dan mama abahku tetap itu juga. adik-adik tetap yang sama. biar sehingga menutup mata aku masih kak yong yang sihat dan waras, InsyaAllah.

sekurangnya, rasa sebal yang tadi sudah reda.


Alhamdulillah.

9 comments:

coratcoretsenyuman said...

ops ASROL?
hahahaha
thnks kos link bergitu..eh eh tabah jer la dlm kiter mngharungu liku dan selok belok kehiduppan ok.asrol percaye cikgu mampu lg.
ops sbgai umat yg sentiase taat disisi maha esa.hanye pd DIA la kiter berdoa ok.

alak's_mj said...
This comment has been removed by the author.
ayobkelubi said...

jadi skang nie ko buat apa beb?.

aduh,aduh..

tapi dunia pendidikan sudah kehilangan seorang pejuang haluan kirinya..

*sigh*

alak's_mj said...

Oasis, No Doubt antara fav band saya....

mcm x percaya saya baca artikel ni cekgu..baru beberapa bulan lepas kita bercakap pasal folio projek seni d myspace..

btw..gud luck 2 cekgu...saya tau tu adlh keputusan terakhir cekgu dan kita mmg tak bleh menipu diri kita kalau dah x bleh teruskan....

cabaran menanti stiap hari...apa yg pasti kita haruslah lawan, lawan dan terus lawan cabaran itu..


art for all
alakmj dot com

Peng_Jawab said...

trima ksih.....

msYuz said...

asrol :
alaa adik, cukuplaa kamu da komen kat blog myspace pun kan. apapun terima kasih. =)

the ayobkelubi :
hahah, berani sangat nak menjadi pejuang haluan kiri kan, akhirnya makan diri sendiri. aku sedang mula menyibukkan diri serba-sedikit, InsyaAllah akan ada perkhabarannya nanti.

mubarak aka alak's mj :
terima kasih untuk kata-kata semangat. saya ok, Alhamdulillah. esok juga saya harap semuanya baik-baik saja.tidak ada keputusan yang paling baik, cuma suka atau tidak masalah mesti ditangani setiap masa. InsyaAllah roda hidup saya akan naik semula.

peng_jawab :
sama-sama, tapi untuk apa?

syah.li.zan said...

maaf kerana tidak mengetahuinya lebih awal.

i'm sorry, my friend.

(entah kenapa, saya rasa terlalu malu. dan jijik. kerana sebagai seorang rakan, saya tak mampu untuk mendengar luahan kamu tempohari.)

*aku dengar sebenarnya, tapi respon aku agak cam sial, kan?*jadi, aku mintak maaf sangat. sangat.

nanti aku belanja minum ice mocha decaf di kedai kopi mahal tu ye.

msYuz said...

atukSan :
saya tak pandai minta dikasihani, terutama dari teman yang sudah tentu lebih sibuk mendengar luahan hati orang di sisi.

;)

Kehidupan Kita Berbeza said...

salam..

panjang betul..satu hari jugak saya nak membacanya.. :) but what you have gone through is what i am facing today. almost the same! especially bila sembahyang tak ingat berapa rakaat, but hey, it is our life isn'it? tak guna bekerja bila passion sudah menghilang! but don't give up okay! percayalah ,adalah rezeki dimana mana. yang menentukan rezeki bukan tempat kerja kita, tapi Allah S.W.T.. WE JUST NOT NEED TO GIVE UP. Cheer up okay, fairuz? we always be here with you. that is what friends for.. :) -effuan-