Sunday, May 17, 2009

bukan waktuku.

apa rasanya bila setiap bangun pagi kamu cuma memandang sunyi ruang rumah?

buka tv menonton lahap maria tunku sabri di jalan-jalan cari makan bersambung dengan soalan-soalan cari isu di melodi. like hello, apasal korang mesti tanya yuna soalan-soalan yang kau harap jawapan menimbul polemik gossip.

oh ya, ada juga nota kecil kisah noh hujan bershopping dengan nora danish. tipikalnya wartawan itu yang cuba menggoncang pokok bila diakhiri dengan --- ada apa-apa ke?

apa benda laa semua ni.

kenapa kita hidup dalam masyarakat yang suka mencipta sensasi.

AG dengan stacy? AG dengan liyana jasmay?

hahahah.

......................................

ok, ini sebenarnya sangat salah untuk aku ulas panjang-lebar. ia bisa merosakkan kemanisan percaya dari seorang teman kecil yang sangat kool. =)

tapi itulah, bila terperuk seorang begini aku jadi terlalu fragile. semuanya nampak jelik. semuanya jadi pelik dan membodohkan.

tidak ada hidup yang begitu ideal.

dan entah kenapa Tuhan uji aku begitu hebat kali ini.

yang benarnya -- aku terlalu seorang diri. mama, abah, adik-adik juga gagal mengupas apa yang sedang meribut di dalam hati.

kawan-kawan, jauhlah sekali.

telefon di tangan seolah tidak ada sebab untuk wujud. bisu sepanjang hari. satu-dua mesej masuk, dibalas. satu-dua lagi dan diam terus.

ubat dari hospital makin besar dosnya. makin bertambah jenisnya. tapi aku tahu ia tak bisa menyembuh apa-apa.

sesi kaunseling cuma akan dimulakan pada hujung julai. aku sendiri tak pasti adakah ia relevan lagi bila waktunya tiba. sebab dalam sunyi hujan petang semalam, tombak syaitan sudah menujah aku dengan hasut -- untuk apa lagi hidup ini?

untuk apa lagi hidup ini bila tiada lagi yang peduli.

untuk apa lagi?

Tuhan, beri aku kekuatan!

5 comments:

bulan darling said...

anda sakit apa?

fafarafa said...

ko mengalami depression kah??

guess u might need to see physiciatrist. my friend ada jumpa sorg ni kat sblh hosp mata tun hussein onn, bangsar. and he said the doctor is good.

at least for him, the doctor is good

aku harap jiwa kau kembali sihat.
chaiyok girl ~wink~wink~

msYuz said...

bulan darling & fafarafa :
yup, ia didiagnosis sebagai "kemurungan".

dan fafarafa, saya sudah pun mulakan rawatan dengan pakar psikiatri di HKL. tapi itulah, hospital gomen jadi banyak tangguhlah urusannya.

tapi serius ramai orang dah booking tarikh untuk kaunseling. tu yang lambat nak sampai giliran tu.

apapun, terima kasih untuk perhatian dan semangat. ubat yang lebih berkesan dari dimabuk preskripsi doktor!

fafarafa said...

itu laa masalahnya dgn hosp gomen kan. my fren tu dicover oleh insurans yg dibayar oleh company. makanya dia bole laa pegi private hosp.

nway, my fren ckp...his doctor xde kasik ubat pon. and 1 thing yg good bout this doctor, he never said "semua orang ada masalah. so u kena overcome ur prob". sebab tu my fren mcm ok dgn doktor tu. (owh. ini doktor ke-3 utk kwn aku)

so, cik yusz...kuatkan hati ye. cuba carik jalan untuk lepaskan tekanan dlm hati tuh.

(^_~)

msYuz said...

awesome doctor, then.

biasanya orang akan letak kesalahan pada kita balik instead of cuba leraikan kusut kita. last-last ayat dia "semua orang ada masalah".

haiyaa.

anyhow, terima kasih. =)