Sunday, May 03, 2009

dedikasi tanpa segan-silu untuk Noh dan Hujan. iya yang kamu tengok di AIM itulah.

AMARAN : ini entri bergambar yang sangat panjang. penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul dari kelekaan anda membaca entri ini. harap maklum.

tiba-tiba adik aku sibuk suruh cari lagu ni -- Pagi Yang Gelap.
"layan dowh. ko mesti suka kak yong."

lepas tu bila ada iklan kat channel V, sibuk dia memanggil -- "yang ni ah, cepat kak yong, best!"

aiseymen, pakai myspace laa diorang ni. tak pasal-pasal aku pun akhirnya terjebak bermyspace juga, dek kerana nak tahu -- apa bunyi Hujan ni? tapi bunyi gitar dah best. aha.

lepas tu tiap hari playlist Hujan jadi siaran pilihan. ada Pagi Yang Gelap, Mospeada, Aku Skandal, Empayarmu, Gundah, etc. tapi aku paling layan Di Kala Bulan Bermain Biola >> jika minat nak mencuba dengar sila ke http://www.myspace.com/pemberontak_irama. masing-masing dengan citarasa sendiri kan? mungkin sebab aku sangat gile dengan bunyi gitar yang 'sebiji-biji' jadi lagu ni cepat jadi my cup of coffee.

lepas tu buat ulangkaji di youtube, jumpa pulak klip ni >> Pagi Yang Gelap di little havana. yang menangkap telinga aku ialah lagu Mencintaimu (Kris Dayanti) versi Hujan yang ada rencah jazz selepas itu. masa tu dalam kepala aku -- ini memang 'sesuatu'. EP 1,2,3 GO (masa itu) cuma dijual di gig-gig dan persembahan mereka.

akhirnya pada 07.07.07 di Suria fm Green Concert aku tiba dengan misi nak beli EP. terpandanglah kelibat-kelibat yang agak karib di myspace Hujan (yang akhirnya aku kenali sebagai fynn jamal, iyleeya dan kareem. oh ye masa tu ainul aisyah pun ada). kawasan bukit jalil LENGANG. tak lama aku nampak Noh dengan tya, rambut pun serupa. selamba je tak ada sapa yang nak kerumun pun! kemudian ada ojoe, AG, ambobzeela. kemudian nampak 4 orang dengan rambut stail dan seluar sendat -- ohoo lepas tu baru aku tau diorang tu the Changcuters.

the performance.

noh berambut baru masa ni, aku sebenarnya teruja nak tengok dia dengan rambut panjang macam yang terpampang di myspacenya sebab hairan rambut dia lebat cantik seyh!

habis itu, sekalian mereka turun pentas. adalaa dua-tiga kerat yang menyapa noh nak beli EP. aku pun tumpang sibuklah. haha.

ahaha. aku la tu. sebelah tu the other half of Noh Salleh. =)

masa ni selamba je noh berjalan-jalan, pusing-pusing sambil jual t-shirt ngan EP. yang pergi dekat ketaranya kenalan-kenalannya sendiri.

tidak ada gadis-gadis bawah umur terkinja-kinja terjerit-jerit menayang uja. tidak ada hero-hero wannabe dengan seluar skinny dan lilit mafla ala pejuang gaza.

tshirt Hujan yang asli cuma bisa dibeli dari tangan mereka sendiri. bukan yang dicetak banyak dan dijual lambak merata-rata.

oh ya, dslr nikon-canon-sony-segala masa ini belum jadi fesyen yang tergantung di leher semata untuk jadi 'terkini' sambil jalan-jalan di pavillion atau klcc. aku yang kali akhir membidik FM2 di uitm jadi tercabar untuk segera memiliki sebuah dslr.

aku mula mengisytihar diri aku sebagai "Hujaness" atau kata lainnya "Raingers". menyokong semangat mereka. setiap hari mengutip khabar terkini di myspace. memuja aksi-aksi yang terakam panah lensa kareem dan fad. perlahan-lahan ada anak-anak murid yang mula kenal suara Hujan.

aku terserempak noh di klcc suatu petang itu. aku saja yang beria menegur, kiri-kanan orang tak endah sosok manusia yang berdiri di hadapan aku masa itu -- noh dengan beg gitarnya tersandang.


msYuz to noh.salleh on 8 Aug 2007 at 19:01 >> hey~ho! terima kasih, kamu baik hati sudi berhenti di tengah-tengah sibuk klcc untuk fans yang menerpa tiba-tiba walaupun dalam rush nak mintak dibelanja abang eh? ye noh, saya berkarier guru, sekarang da ramai students saya hujan-addicted. nanti ramai-ramai kami turun ke titiwangsa yah? :)

sekali lagi dalam suram petang di titiwangsa tak lama selepas itu, dengan nikon D40 yang baru berusia seminggu aku beranikan diri mencelah di atas pentas merakam Hujan beraksi.

penangan Pagi Yang Gelap dan Empayarmu mula nampak sedikit hasilnya. pengikut-pengikut di myspace mula melata menyorak nama Hujan pada setiap sebutan. aku nampak affa, jabar, faris dan hakimi dalam ramai-ramai.

ya, kali pertama dan rasanya terakhir selama-lamanya untuk aku mendapat kesempatan berdiri di atas pentas merakam mereka. (masa itu AG paling dekat tau, leeya!)




msYuz to noh.salleh on 11 Nov 2007 at 19:42 >>

u Rock, n we luv Hujan~~!!

Hujan makin lebat pengaruhnya selepas itu. aku mendapat kenalan di Click-a-Child yang mana Hujan menjadi antara penyokong kuat program mereka. sambil itu berjinak-jinak dengan jiwa muzik dan fotografi indie melalui RANtai. aku ralit meneroka kehebatan 84cube, sue anna joe, udey, bangkit clothing dan nvrmnd. bertukar salam dengan elyanniz, musam, zharifzakaria, ully dan kareem. jatuh cinta dengan nurani fynn jamal dan menghayati lagu gitar otam dan ajan (?).

pada tahap ini, kemunculan Hujan cuma dapat aku hayati dari tingkap atas banglo merah di belakang restoran pelita sepelaung dari klcc itu. ramainya manusia tak hirau selut becak di kaki seluar.

Hujan sudah jadi fenomena.

masakan tidak, habis itu banglo merah tinggal lengang dengan kesan tapak kasut berpijak-pijak di hadapan pentas.

noh.salleh to msYuz on 19 Dec 2007 at 21:46 >> cikgu !!


msYuz to noh.salleh on 19 Dec 2007 at 21:48 >> hey! aaaa kalau tak kerana Click a Child da tentulaa noh tak comment hihi~~

noh.salleh to msYuz on 19 Dec 2007 at 21:55 >> tau takpa... saya agak lost. sibbaek noh usha page Click a Child. ada jugak yang mengenali diri ini.

msYuz to noh.salleh on 19 Dec 2007 at 22:03 >> aih sapa yang tak kenal noh sekarang ni, hero Malaya... tak sangka 1st time tengok Hujan kat suria fm green concert tulaa yang last dpt berdiri dekat-dekat, lagi sekali tengok kat titiwangsa da mula ada crowd... tapi kat RANtAi - pukul abis. walaupun tak menonton sama tapi bila tengok orang ramai yang kuar dari pagar tu da tau dah, Hujan da abis wat show. betapa dasyatnya penangan noh dan Hujan sebab lepas tu RANtAi site clear je.... noh tak ingat dan tak kenal cikgu ni pun takpe, always support u for the love of music. =)

tapi begitulah hidup. bila dah di atas mulalah ada yang berdengki dan menyimpan hasad. tak semena-mena muncul gerakan f**k Hujan. semata kerana menuduh mereka mula bongkak dan jadi kaduk naik junjung. media utama juga jadi dalang. paling hebat jadi bahan sensasi tak lain tak bukan -- noh sendiri.

walaupun aku tidaklah akrab pada tahap berjumpa seminggu sekali atau makan semeja, tidak pernah sekali aku melihat noh dan teman-temannya sebagai superstar. mereka juga insan biasa. cuma kerjanya artis / penyanyi / penghibur. terkenal dan mahsyur di zahirnya.

ramai suka melanggar prinsip peribadi mereka atas lesen 'tanpa media siapalah artis'. lebih ramai tak hirau mereka juga ada waktu lelah dan tak minat mencampur hal-hal yang tidak selari dengan perjuangan muzik mereka. bagi gadis-gadis misalnya, bila usik nakal berbau gatal tak diendah, cepat melatah mengungkit Hujan sombong.

entah kenapa dalam haru-biru orang mengata aku berani mengusul pandangan yang tidak sama.

msYuz to Hujan on 19 Jan 2008 at 21:31 >> Noh dan Hujan memang ajaib, tak payah nak berilmu hitam bagai. media ni, especially yang gile mengejar gosip murahan dan takde modal memang laa tak wat homework. bagi saya, Hujan sebelum diminati di mainstream sememangnya dah disokong dengan kawan-kawan yang sama-sama join setiap aspek menjenamakan Hujan macam Fad, Kareem, Ecah... dan ramai lagi yang dah kenal dan sayang Hujan sebelum Hujan jengah ke pasaran komersial pun. kimianya mudah, Noh dan Hujan melalui myspace berjaya membentuk komuniti yang mencintai Hujan sebagai manusia biasa, gelandangan yang berjuang demi prinsip. saya fikir rata-rata yang di belakang Hujan memang jenis yang dah muak dengan kisah picisan so-called majalah hiburan Malaysia. ingat senang-senang nak suruh Hujan berlenggeng berendam dalam kolam dan pose sengih untuk bergambar? cehhhh cukup-cukuplah, bukanlah beria nak menangkan Hujan sangat pun tapi jangan sesuka hati nak melabel orang kekwat segala... typical narrow-minded people lah, baca artikel yg kat HAI tu pun rasa jelak je. selama ni duk kutuk artis tak buat homework, sekarang ni wartawan buat homework ke tak? atau seperti biasa jadi pelaris jual majalah.

kata Noh - "belasah saja, yakin boleh, luka mana yang tak pedih" kan? jadi harung jelah. kalau tak pegi mainstream bila pulak nak banyakkan duit nak kumpul harta. esok-esok nak meminang anak dara orang pulak. dua-dua ada pro N con, selamanya indie pun ada baik buruknya, bila ke mainstream inilah pulak ranjau berdurinya. best of luck Hujan. kami cinta anda seadanya~! ;)

[ini respon aku,setelah letih membaca bermacam telahan dan kritik di sanasini. apa-apa jelah,tetap sokong anda SEMUA]

noh.salleh to msYuz on 20 Jan 2008 at 12:09 >> huishh.. susah wo.. tapi Alhamdulillah ada jugak yg faham. especially raingers. cam kau! terima kasih sangat-sangat. komen ko ni betol-betol beri semangat kat aku n bebudak hujan jugak ..

msYuz to noh.salleh on 20 Jan 2008 at 13:19 >> diorang kata - "cikgu pun minat Hujan ah" kata aku - "cikgu bukan minat Hujan, tapi cikgu sokong Hujan."

Minat cuma terletak pada nilai komersial, orang yang gila-gila berebut nak tengok Hujan secara berdepan ada pelbagai sebab - sang Hero yang kiut, gitaris yang hebat etc., atau lagu single yang catchy dan top di carta-carta radio. juga boleh eksen dengan kawan-kawan bila berTshirt Hujan yang rare. likewise, Sokong lebih bermakna, macam Tya comel yang jenuh menjaja EP Hujan, madam Ecah yang mengurus show dan promo, kawan-kawan fotoshooters yang bersungguh nak cari angle paling best lepas tu bersengkang mata untuk editing segala... dan the very few Raingers yang da add Hujan sebelum Pagi yg Gelap masuk radio. mereka-mereka ni yang akan sokong ANDA tanpa ragu-ragu. aku berani cakap sebab first time jengah Hujan live di Suria Green Concert betapa rileksnya Noh boleh merayau-rayau takde sapa nak serbu sambil usung tshirt Hujan dengan Tya gendong kotak 1st EP yang segan-segan nak luak. mintak amik pix pun takde berebut-rebut bertolak-tolak dengan sapa.

tapi tak lama lepas tu crowd makin ramai, aku pun da malas nak berasak. tengok jelaa masa RANtAi, abis Hujan perform langsung lapang banglo MIA. so, cukuplah jadi backbencher saja. umur pun da lebih suku abad tak sesuai juga nak beria. yang pasti sokongan tetap ada. InsyaAllah Noh, kalau tersua muka pun mungkin masa event-event Click a Child.

thanx sebab sudi luang masa baca dan reply komen. itu lah Magik yang membuatkan anda dan Hujan disayangi - keep it up! =)

betul.

Magik yang disebar dari pengaruh Hujan sebenarnya bertitik-tolak pada rasa hormat sesama manusia. cuba letak diri kamu dalam situasi mereka saban hari. tidak mudah dan tidaklah gah mana menjadi hipokrit demi tahap super yang diagung orang lain.

noh.salleh to msYuz on 22 Jan 2008 at 03:49 >> saya tak tau nak describe macam mana, tapi awak buat saya terharu sangat-sangat. terima kasih cikgu. saya tak tau orang akan tengok semua benda macam yang cikgu cakap tadi pasal noh dan tya jual tshirt cam orang gila, and now dah jadi trend band time gig depa jerit-jerit jual cd berdiri atas kerusi. HUJAN just datang for the love of music. ini dakwah kami jugak. memang khayal main musik. tapi kami memang cuba sedaya upaya nak tunjuk jalan yang benar dengan musik. kami tak kisah orang cakap poyo or whatever, sebab itu memang kami. sekarang makin banyak dugaan.. tapi saya tahu Allah saja nak try hamba Dia yang lemah ni. but i will try my best to keep on moving. terima kasih sesangat cikgu. saya hargai sokongan cikgu. semua ni rezeki ALLAH kasi kat kami.

msYuz to noh.salleh on 08 Feb 2008 at 07:35 >> noh, sudah baca ini? quoted from : bharian.com.my

Jentik Sikit: Naik Menyampah Dengan Kerenah Band Indie oleh Serimah Mohd Sallehuddin (serima@bharian.com.my)

BARU-baru ini kita menonton sebuah program di televisyen. Iyalah sebelum ke pejabat, sempat juga kita buka tv untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang menarik. Maklumlah kerja sibuk, sampai tak ada masa langsung nak bersantai depan TV. Hanya waktu pagi sajalah kadang kala masanya untuk kita tengok tv.

Itu pun bukannya selalu, jarang-jarang. Kebetulan satu pagi itu ditakdirkan kita terbuka TV, pengacara program itu pula sedang menemuramah sebuah kumpulan yang ‘kononnya’ sudah semakin popular. Ketika sedang ditemuramah, kita tengok artis itu bukan main tidak duduk diam. Sekejap-sekejap dia memusing kerusinya ke kiri dan ke kanan. Macam budak-budak betul perangai vokalis sebuah kumpulan yang menamakan kumpulan mereka dengan nama cuaca tu.

Kalau budak-budak boleh dimaafkan, maklumlah kerusi yang boleh goyang-goyang tentulah mereka seronok. Tapi apabila orang tua yang buat, memang buruk betul rupanya. Cuba dia fikir sikit, dia sedang ditemuramah secara langsung di kaca televisyen. Kalau ditemuramah wartawan media cetak macam kita tak apalah, buatlah apa pun. Nak terbaring, terlentang, berguling pun tak siapa nak marah.

Paling kita menyampah, masa pengacara tu bertanya padanya berapa buah lagu yang dia nak nyanyikan dia boleh jawap 16,000. Cuba kalau dia jawab macam tu pada wartawan senior, memang nak kena makilah. Kita tengok muka pengacara itu pun macam tak berapa selesa tapi disebabkan profesionalisme, dia kawal juga perasaannya. Lagipun takkan nak mengamuk depan kamera pula, hancur reputasinya sebagai pengacara profesional.

Tak tahulah kita dengan sikap vokalis tu. Ada yang kata, band seperti mereka ni memang tak suka liputan yang meluas. Mereka lebih suka kegiatan ‘bawah tanah’. Kalau tahu tak suka publisiti, kenapa apabila diundang dia bersetuju saja. Kalau dari mula sudah tak suka, cakap saja. Kan senang?

Mentang-mentanglah mereka ada pengikut fanatik yang tersendiri dan ramai, suka-suka hati mereka saja nak buat apa. Iyalah dia tahu dia dalam zon selamat, buat apa pun peminat akan tetap menyokong.

Kononnya seorang artis pun ada mendakwa yang kumpulannya ini seakan-akan memandang rendah kepadanya. Siap ditenungnya artis itu atas bawah, atas bawah. Akhirnya dia terus menjeling pada artis lelaki ini. Wah, apa puncanya kita tak tahu. Tapi yang penting perangai mereka cukup kebudak-budakan. Dengar ceritanya, kumpulan seperti mereka ini beranggapan mereka bijak dan hebat mengenai ilmu berkaitan muzik dan orang seperti kita ni ibarat di tapak kaki mereka saja.

Paling yang kita tidak boleh terima, kononnya seorang pengarah sebuah syarikat rakaman kononnya hendak melamar mereka supaya bernaung di bawah syarikatnya. Tetapi, punyalah kekwat kumpulan ini, dia suruh pengarah itu yang berlutut kepadanya. Mungkin betullah, siapa yang nak undang, dialah yang harus datang pada mereka. Tapi gaya mereka bercakap ada nada-nada angkuh.

Ada juga kita terdengar beberapa lagi orang kuat industri yang tak berapa gemar dengan kumpulan ini. Memanglah mereka popular, tapi nak diikutkan vokal dan lagu mereka tidaklah seberapa. Pada kumpulan itu, janganlah kekwat sangat. Tak ada faedahnya, tengah-tengah laris macam goreng pisang panas ini bolehlah berlagak. Dunia ini ibarat roda, berpusing. Ada kala kita di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Kalau buat baik, tidak ada ruginya. Sebaliknya lebih ramai lagi orang yang suka pada kita, jadi renung-renungkan...

serima@bharian.com.my

my two cents : susah bila kita cuma mau menjadi diri kita sendiri, dilabel orang sebagai 'berlagak, poyo, macam bagus' dan segala yang tak enak. tak apalah, kami di myspace ni InsyaAllah kenal noh dan kawan-kawan, itu cuma duri sikit saja... banyak lagi yang akan datang.

stay strong bro! =)

cikguFairuz

akhirnya dalam sisa-sisa masa luangnya, noh masih membalas.

noh.salleh to msYuz on 09 Feb 2008 at 00:43 >> ya saya sudah baca. hahaahhah agak menarik kerana cemuhan si penulis adalah berlandaskan fitnah. gila tak malu minah ni. tapi kami cool je.. thanks cikgu. depa still tak paham, and tak akan faham, selain tu depa tak puas hati sebab still dapat cover HUJAN sebab kami tak layan diorang macam artis lain buat. well dah lumrah jadi musician kat malaysia dipagari media mainstream yang penuh dengan politik. lain pula dengan yang homoseksual, memacam je trick depa. saya agak frust dengan keadaan scene yang noh lalui skang ni macam tercemar gila b**i. lain nya dengan bebudak indie yang racist dengan band local, memacam lagi. so skang ni noh dah clear kenapa local musician takleh naik, and kenapa indo punya musician asyik masuk. skang noh benar-benar faham. anyway buat yang sokong Noh dan Hujan kami memang menghargainya sebab sokongan korang yang buat kami terus tempur!

ini cerita lebih setahun dulu. aku tak lagi mampu menyertai rempuhan adrenalin mereka. terlalu ramai. terlalu tidak 'Real'. tapi doa aku terus sebagai penyokong. lebih halus sebagai sahabat yang pernah juga jadi antara telinga yang sedia mendengar.

itu cerita dulu.

malam tadi mereka menutup Anugerah Industri Muzik ke-16 dengan sorak-sorai dan gegak-gempita bersama Meet Uncle Hussein.

meraih Lagu Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik pada acara berprestij seperti itu menjadi tanda aras di mana mereka sekarang.

tinggal sudah zaman-zaman menjaja tshirt dan CD di atas bangku sambil terjerit-jerit ya noh?

jangan lupa setelah lama OAG dan Butterfingers kian pudar warnanya di arus perdana, Hujan yang kembali memecah tradisi dan membuka jalan pada indipendent bands yang lain.

kamu dan sekalian Hujan sudah jadi hero.

noh.salleh to msYuz on 22 Dec 2007 at 0:12 >> terbaeekk!!

msYuz to noh.salleh on 22 Dec 2007 at 23:33 >> hey Noh~! yg terbaekkk itu kamu dan mereka - Hujan!! =D


selamat sudah. syukur, syukur Alhamdulillah.

p/s : esok diajak leeya berlibur di the curve menonton Hujan. nak pergi, nak pergi! huhuhu.

16 comments:

IY.LEEYA said...

yeaaaaaaaaaaaaaaaaaa betuuuuuuuul!!!!
tahun 2007, dimana kugiran hujan baru saja memulakan perjuangan mereka, terbaik.
pada sesiapa yang telah mengenali dan menyokong kugiran hujan pada tahun 2007 itu adalah 'hujanness'.
pada waktunya kawan-kawan karib masih punya peluang untuk berjoget di hadapan pentas segala.
pada waktu sebelum isitlah 'indie' menjadi perbualan orang ramai.
kemudian pada waktu yang sama kugiran hujan hendak melonjak,
pada waktu yang sama juga hampir rebah dicaci oleh mereka yang penuh dengan hasad dengki.
tapi alhamdulillah, noh terus berjuang dengan yang lain dan akan terus berjuangggggg!
tak lama lagi akan record album kedua ;)

msYuz said...

leeya :
excited gile nih menulis penuh semangat tengah malam tadi. abis korek inbox myspace ngan comments cari balik bual dengan noh.

sebenarnya menyanjung semangat noh. tabek lah, serius terbaekkk. tengok penutup AIM malam tadi, rasa cam best je.

hihi. gileLAH!

oshie||aus mahmud said...

cikgu..sgt panjang entri kali ini..
tp sy sehat aja bce (:

msYuz said...

ahaha.
sebab tetiba idea laju je kan, lagi ditaip lagi datang idea.

nasib baik reti stop. hihi.

fynn jamal said...

pergh.
zaman2 panjat kusi jual cd.
zaman2 selit2 backstage dgn AG.
zaman2 jadi drebar utk noh dan budak2.
zaman2 perform kat ole cafe.
zaman2 main muzik kerana muzik.
zaman2 leeya masih budak kecik.

zaman2 org tak minat lagi bawah tanah.



aduh...
rindu sangat.

awak buat saya teringat SEMUA itu kembali.
haih...

msYuz said...

fynn :
kalau dihitung jaraknya masa -- lewat 2007 ke awal 2009 kini, dari pengamatan saya sendiri rasanya transformasi yang dilalui Hujan begitu magikal. apatah lagi sekalian anda yang sama-sama menjadi penggerak mereka, pahit-manis yang dulu lebih lagi mencuit rasa.

saya kira kemenangan mereka juga membunga senang dan syukur di hati anda, bukan? =)

cekgu dila said...

whooaaa....pjgnye!!heheh...
salam msyuz....
waaa sempat mengenali hujan sebelum lebatnya mereka...
sy cuma tau mereka di awal 2008..
tp...yup!kagum dgn semangat hujan nih...hehe


p/s:sy tak terpengaruh dgn media yg kononnya buat homework tu...hihihi...

msYuz said...

cekgu dila :
kalau kita selalu cuba letak diri dalam kasut orang lain, sebenarnya tidaklah susah mana untuk mengenal seseorang itu. InsyaAllah.

tidak mendabik dada yang saya kenal noh dan Hujan. orang-orang di atas ini -- iy.leeya dan fynn jamal lebih dekat lagi dengan mereka.

ini cuma hippotesis saya sebagai 'orang luar'. apapun jika cekgu dila hargai semangat mereka, jadi tidak ada sebab untuk kita membenci mereka kan?

media yang tak buat homework? biasalah dia nak jual paper / majalah dia juga. ;)

abdullah al-habsyi said...

wow... satu artikel yang saya rasa terbaik... kudo's to cikgu indie!! hehehe salam ingatan dari saya Syed..
tahniah hujan!

Syazwan Yazid said...

hujan...!
hujan...!
HUUUJJJJAAANNNNNNN.......!!!!!!

msYuz said...

abdullah al-habsyi aka syed :
Allahuakbar! sudah lama tak bertukar salam. ke mana saja menghilang?

Syazwan Yazid :
yeap, kerana hujan itu biasanya rahmat... =)

si Comot (VIP boy) said...

Ahh.. *yawn
but thats cool

abdullah al-habsyi said...

mana ada hilang... ada je... che'gu jek lupa saya..sampai nama pun tak disebut dalam artikel ni.. hehehe sedey laa... hahahah gurua jek k..

lidah said...

shit rinduuuuuuuuuuuuuuuu masa ni. shit. shit shit..

masa ni boleh amik gamba dengan bebas.

sekarang nak kluar slr pon pikir 2 kali. nanti org cop poser macam budak budak. sheyt.

teharu ada nama i.
havana, ole cafe. pehh kenangan gila.


selamat hari guruu

msYuz said...

kareem si lidah :
anda memang kool.

berani orang mau kata kamu poser? budak-budak kecik tu tau apa, tak kenal dunia lagi sih.

=)

neyra shazeyra said...

wow..nice entry!