Sunday, May 24, 2009

hari guru aku. versi 2009.


aku selalu dengar -- the grass is always greener on the other side.

dari Wiktionary, ia memberi hujah ini - other people’s circumstances seem more desirable than one’s own.

lazimnya, ia menempelak cita-cita bila kita teringin hendak berhijrah, berubah, beralih tempat dan yang seangkatan ia.

untuk nota, hampir dua bulan aku tinggalkan jawatan cikgu di sekolah menengah yang tersohor itu.

dan hari ini, aku di sebuah tadika dengan gelar "Teacher".

awal dulu, biasa juga aku ditembak dengan perumpamaan the grass is always greener on the other side itu.

"hilang akal", "jangan cari pasal", "mana ada yang senang", "tak guna", "pengecut"... segala macam sudah dihambur ludah ke muka aku.

jika kau mahu kata aku ego dengan usia hayat kerjaku dua bulan di tempat ini berbanding tiga tahun di sekolah menengah itu, aku terima.

kalau dulu gaji bulananku hampir RM2,800.00 sebulan dengan jaminan sebagai pekerja kerajaan, hujung april sudah aku cuma menerima RM250.00. apa yang aku kerjakan, itulah bayaran upahnya.

hujung bulan ini, mungkinlah ada sekitar RM700.00 untuk genap sebulan bekerja.

dompet duitku tidak pernah ada walau sekeping RM10.00 sejak aku di sini. makanku mengikut menu anak-anak tadika ini. kalau nasi sup sayur, itulah yang aku tumpang jamah. esoknya sup daging kicap, Alhamdulillah kenyang dapat merasa. RM250.00 hujung april itu, habis membeli serba-sedikit keperluan mandi dan membasuh. juga sebeg kopi campuran dan scott's emulsion.

dan stok megi untuk sabtu dan ahad bila tadika ditutup dan dapurnya tidak berasap.

kereta yang dulu dipandu dari hujung ke hujung kota kini dalam kawalan abah. aku cuma memandu kenderaan tadika sekali sehari menjemput anak-anak yang ditransit ke sini dari sekolah masing-masing. semata memastikan aku tidak gayat memandu jika ditinggal lama.

hidup aku saban hari di tadika ini juga. tidak lagi di rumah abah mama. celik mata setiap pagi, bersiap minum dan terus masuk kerja.

tiada lagi belanja minyak kereta. cuma bulan ini sudah mula berkira-kira mesti membayar hutang p1 wimax yang tertunggak dua bulan, atau nanti mati kutu aku jawabnya.

ekonomi keluarga agak sempit kebelakangan ini. itulah sebabnya. aku akur dan mengalah, mencari hijau rumput yang dapat aku tumpang.

Alhamdulillah, aku baik sahaja di sini.

cuma tidak mewah, dan sunyi amat terutama di hujung minggu. seperti hari ini.

kalau disebut beza RM250.00 dan RM2,800.00 itu, memang amat jauh. tapi dengan duit sebanyak itu dulu pun, tiada bahagia yang dikecap aku. ikhlasnya, duit habis tak merasa untuk diri sendiri. sedang sabun mandi pun menumpang yang dibeli mama.

komuniti cikgu dan kakitangan di sini sangat kecil, sekitar 10-11 orang. masing-masing ada kesibukannya. habis mengajar akan ke dapur, membantu menghidang makan tengahari. seterusnya anak-anak akan dimandikan, tidur tengahari, dikejutkan petangnya untuk disiap-siapkan sebelum dijemput mak ayah masing-masing. dijirus mandi, dipakaikan baju, dibedakkan comel-comel dan disikat rambut. ada cikgu lain yang kalut mengatur botol susu dan dibancuh satu-persatu mengikut sukatan masing-masing.

itulah rutin aku seharian. kerenahnya anak-anak kecil ini, jangan disebut. comot makannya, nakal sepahnya, menjerit sakan bila bergaduh tak dapat yang dimahu -- tapi usai petang melihat kekeh ketawa mereka sambil bermain, aku senang hati.

jadi, bila aku ingat kembali wajah-wajah yang pernah menyindir aku dengan kata jangan ingat the grass is always greener on the other side itu, aku ingin ucapkan terima kasih kerana mencabar aku yang terlalu berani mengangankan hijau rumput ini selamanya.

mendidik anak-anak kecil yang baru mengenal huruf, angka, warna dan bentuk tidaklah mudah. harus ingat yang anak-anak ini memandang kita sebagai mama mereka, kata-kata perlu lebih tersusun supaya tak terseranah atau terkasar seperti mengajar remaja lelaki dulu. lebih berhati-hati dengan hayun tangan yang dulunya geram mencubit, kulit anak kecil yang begitu mulus mudah membiru tanda.

yang penting, aku lebih sabar kini.

hari guru tahun ini di sini, aku kira hadiah kesabaran yang bukan sedikit.


terima kasih untuk asrol, mubarak, azri, hafiz md. rom, azwan, hairul, md. nor dan naqiuddin untuk ucapan hari guru dalam mesej, di myspace dan tribute di blog masing-masing. *hugs*
kredit foto oleh muhammad naqiuddin yang akan ke UiTM melaka pada 27 jun nanti mengambil jurusan diploma seni lukis & seni reka. bila nak beli D300 la? =D

10 comments:

RUMAHMARIKH2010 said...

buat cikgu siti.
asrol harap cikgu dpt tamabhkn hati dlm menempuh aper aper dugaan.
allah selalu bersame org org yg beriman.cikgu mendidik ank murid yg baru nk knl huruf adalah jauh lebih bagus drpada ank murid yg dah perasan tahu A,B,C,HITAM,PUTIH,HIJAU,JALINAN SERTA ALIF BA TA pdhl xtahu aper aper.
mendidik ank murid yg kecil adalah lebih happy kerna ukiran senyuman yg diukir jauh lebih cantik cikgu.
adap sopan tatatertibnyer smua terkawal.x la terburai air mate.x la hilang suara hati. x la berpent pent nk siapkn pentas.x la nak kna balik lewat lewat.cikgu pilih semua ini ats dsr kpercayaan cikgu sendri.asrol percaye aper yg cikgu buat adelah yg terbaik utk cikgu.tiada hadiah semahal maner untk asrol berikn tnda penghrgaan cikgu cuma ucapan SELAMAT HARI GURU serta mendoa kan kebhgian cikgu jer yg asrol mampu.di sini asrol ader buah tgn untuk cikgu.klu x keberatan boleh x bg alamat tadika cikgu..

ayobkelubi said...

kalau cikgu tadika anak aku yg baju hitam tu. konpom awal sejam aku tunggu luar pagar nak jemput anak aku.leh borak2 dulu. ;)

apa-apa pun, mmg the grass always greener on the other side. cuma kadang2 kita expect lebih dari itu..mahu kan yg lagi banyak. greener grass siap ada pokok mangga dgn durian atas dia. itu sikap bangsa kita.

tak nak susah.

apapun, aku tabik!. selamat hari guru yus!.

y u z said...

asrol :
ironik kan kamu berkata begini sedangkan suatu masa dulu kamu yang beria marahkan 'ketidakprofesionalan' cikgu.

terima kasih, asrol. =)

ayobkelubi :
orang kata aku tak sedar diuntung, sudah senang sengaja mencari susah pula. meninggalkan gaji besar dan situasi selamat makan gaji ngan kerajaan.

tindakan yang tak berbaloi dengan gesture tabik itu, heh.

*sempat pula ya mengusya cikgu baju hitam tu, ewahh. =P

in.cek.syah said...

taufik batisya pergi ke lendu?.

suruh dia kirim salam manusia2 ini.

1. pakgad matsom (kalau idop lagi lah)
2. sya'aban salim.
3. omar tukang gunting ayer pa'abas


cakap, student yang suka2 main padam2 lampu dining gemilang tu, kirim salam maut...

hah.

*cikgu baju itam kotak2, agak menarik. sudah berpunya kah?. mau jadi mak tiri saya?*

*wink*

y u z said...

inceksyah :

=)

hatrikirana said...

kak yong sangat tabah...


*tabik!*

ingat sok dating sama aku ngan opal...

mrberett said...

setiap pengorbanan pasti ada hadiahnya...

tahniah kerana berani membuat keputusan dalam mencari bahagia

y u z said...

yana si hatrikirana :
sampai hari ni aku tak leh nak figure out menda apakah "hatrikirana" tuh?

haiyaa.

esok jadik. haha.

mrberett :
oh dari manalah encikberett dapat jumpa blog ini. terima kasih singgah, baca dan komen. =)

bahagia itu infiniti, tidak ada mutlaknya kan?

Anonymous said...

Hi Yong, this is Mak Uda (sorry I have to go by the anonymous tag, I don't have an account). Somebody told me about this blog, so here I am.
My dear Yong,
Almost everything you described sounds so familiar to me...I think we need to meet, say this Friday (5/6/09)? This is my number 013-3999191. In the meantime, I have something for you to read. I like this poem a lot...I have been enlightened...

THE ROAD NOT TAKEN (Robert Frost)

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

y u z said...

mak uda :
i have been crying alone for too long.

until today.

='<