Tuesday, June 02, 2009

god put a smile upon your face.

hah.

sementara sempat nak menumpang line orang sebelah ni, dapatlaa nak update. copek weh!

dah agak lama hati aku tak disentuh rasa sayang yang bukan dibuat-buat, bukan dipaksa-paksa, bukan setelah aku omel-bebelkan baru ditunjuk --- ini erti sayang untuk kamu oh bebeh. haha.

selepas semalam yang agak hampeh, dan handset yang gatal bersnorkeling dalam baldi penuh busa dynamo cuma menambah bengang semata --------

aku bangun pagi dengan kepala yang sakit. badan pun masih bersisa demam panas. batuk masih pekat. tapi muka seposen ni tak pandai nak tayang muka kesian, jadi bila tiba-tiba ada cikgu bagi usul suruh budak-budak ni mewarna instead of berlari berkejar-kejar sana-sini, aku mulalaa nak bertukar hijau.

awalnya masing-masing dah mula diam mewarna, aku ok lagi.

10 minit lepas tu -- "cikgu Fairuz... nak kaler lagi?" -- dengan ertinya meminta helaian gambar lain untuk diwarna.

7-8 orang yang pertama aku ok lagi. walaupun kepala dah mula rasa macam kelapa yang diketuk nak belah sebelum dikukur isinya tu. kuk-kuk-kukkk

tapi, bila 7-8 orang ni dah dapat gambar baru, yang lagi 30 orang pun mula tak senang duduk kelam-kabut mewarna ikut sempat aja sebab taknak ketinggalan mendapatkan helaian mewarna yang baru.

sudahnya, aku diam saja, duduk tegak di tepi dinding.

"cikgu... cikgu sakit ehhh..."

"cikgu..."

aku terus membatu. takut hendak mengeluarkan suara. tak sampai hati dan bimbang nanti jadi jerkah yang tak enak didengar telinga anak kecil.

kepala rasa kembang---------kuncup---------kembang-----------kuncup----------

aduh, ya Tuhanku apalah ujiannya hari ini pula nak datang sakitnya.

tiba-tiba datang si comel ini. dia diam saja menguit-nguit jari tangan dan lengan aku. kemudian dia bersuara -- "cikgu, aishah nak lukis cikgu."

aku senyum tawar saja -- "lukislah, cikgu nak tengok."

lama dia merenung aku, dan tangannya mula melakar. mulanya dilukis bentuk muka yang memakai tudung. kemudian dilukis mata lengkap kaca mata sekali.

kepala aku mula jadi sedikit ringan. hati sedikit teruja sebab untuk anak berusia lima tahun, dia pandai melihat detail features yang mesti dimasukkan ke dalam lukisannya.

"mana aishah? lukislaa gambar aishah jugak." -- jauh sedikit dari lukisan gambarku, dilukiskan dirinya.

sambil dia mewarna, ditiliknya satu persatu -- tudung rona hijau, baju biru dengan trek biru (siap jalur merah dan kuningnya!) dan jam tangan yang diwarnakan biru muda kerana tak berjumpa warna silver. sama juga dengan lukisan dirinya, baju oren dan seluar koko cerah.

"cikgu, tulislaa nama cikgu, nama aishah. aishah tak pandai nak eja."

"ok, aishah tulis ni balik." -- aku mencoret di atas perca kertas di sisi.

"c...i...k...g...u...f...a...i...r...u...z...a...i...s...h...a...h..." -- tekun dia menyebut sambil menulisnya semula. aku tambahkan simbol "+" di antaranya.

"yeay dah siap! paannndaiii aishah!"

"belum! belum!" -- tangannya mencapai warna pensel di sisi.

terasa basah kelopak mata melihat aishah melukis simbol hati. aduhhhh.

"baru lah siap! aishah sayang cikgu! cikgu tampal kat bilik cikgu tau!" -- sambil dia memegang lenganku.

serius, hilang sudah sakit kepala aku selepas itu.


the Masterpiece adorned with love.


the wonderful Aishah. comel kan?

sedikit tragisnya si kecil ini, sebelah telinganya pekak. kalau mahu berbual, mesti berdepan wajahnya, tidak di belakang. sebab nanti dia tidak menganggap kamu sedang bercakap dengan dia. haih.

terima kasih Aishah, lukisan tadi cikgu dah letak kat wallpaper laptop cikgu -- yeay!

budak
coMel saya, kamu masih dalam hati. cuma saya sunyi. hmm.

6 comments:

NULEYA said...

awwwwwww so sweeeeet.
and and dia cantik sangatttt.

comel said...

saya rindukan awk juga!!!!
makin lama makin sedih mmbaca blog ni,,,
evryday is a sad story,kan bagus kalo sy dpt happykn awk..hurmmm

anyway be strong,im always beside u.. :)

ayobkelubi said...

haihhhh, dah jadi ruangan komen luahan rasa rindu lak nie.hehehehe..

anyway. sebab tu aku suka kanak-kanak tapi tak ditakdirkan jadi cikgu sekolah rendah sebab aku panas baran.

:(

y u z said...

iy.leeya :
ohooh, dia memang sangat cantik.

macam kamu! ;)

incik ayob:
hahahahah itulaa akibat bila handset wat guna basuh baju kankankan. sesekali wat selingan, ekeke.

kalau nak bercerita hal panas baran, aku pun boleh tahan juga berapi tapi dengan yang kecik2 ni kena cubit diri sendiri lah. adeihdeihdeih.

budak coMel saya:
ada orang bising laa pulak kita borak kat sini. ish. ai mishew!

(jelir lidah kat incik ayob balek. haha)

hatrikirana said...

comel... sgt comel...
rasa nak nangis plak...
perut plak rasa lapar x henti2x...
haish!

y u z said...

hatrikirana:
aku pun lapar ni!!

nanti aku nangis kang! hikhikhik~~