Wednesday, June 03, 2009

stuck in the moment.

cuma rm550.00 untuk mei.

haih.

jumaat sudah rm300, campur rm250 lewat petang tadi.


let's see apa jadi dengan duit rm300 aku sejak jumaat yang lalu :-

rm50 -- advancekan pada naqiuddin untuk upah photoshoot dia hari guru haritu. esok aku kena cetak bil dia untuk tuntut semula dari pengetua tadika.

lepas tu keluar dengan Baby, dah lama tak bual kosong sambil makan sushi -- abis rm60.

bayar mamak yang hantar Kosmo! setiap hari sama Mingguan Malaysia, Berita Minggu hari ahad -- lenyap rm53.

ziarah anak Maksu sama sebucket KFC untuk makan sama, gitu-gini -- rm50.

beli hadiah untuk harijadi budak tadika dan naufal -- ada gak dalam rm50.

hari ini berbaki dalam rm20 lebih, maknanya rm30 tu termasuk belanja miscellaneous -- tambang lrt, minum, jajan segala sejak jumaat sampai selasa semalam.

hari ini, rm250 lagi.

macamana ni.

encik danuri, bekas pensyarah aku dulu berkali mengingatkan aku supaya kembali ke bumi bertuah Kelantan. adalah beberapa lubang rezeki nak dikongsi sama aku yang nanti InsyaAllah besar juga labanya untuk jangka masa panjang. antaranya urusan membina laman web dan fotografi untuk coffeetable catalogue dan R&D produk kain batiknya. selain itu tawaran terbuka untuk mereka dan melukis batik eksklusif untuk jualan.


the Boss.

aku dah pernah pergi bengkelnya awal april dulu. best && carefree. diajak juga jadi pereka tetap di situ sebab tak cukup orang. yang ramai pun pekerja mahir tapi aesthetical elements tu dah tentu bukan kepakaran mereka. kesian tengok junior aku di UiTM dulu yang uruskan semua design kain. aku faham pelawaan en.danuri tu atas dasar percaya dan yakin memudahkan pemahaman idea dan kelancaran kerja sebab dia pernah mengajar aku kan.


the Junior -- Huda.


the Bengkel. sempoiiii. haih apa lak ada AC di sini nih?

untuk nota, batik keluaran bengkel ini dijual pada harga mencecah rm800 di kompleks kraftangan jalan conlay! masa aku pergi ni, semua tengah sibuk siapkan batik untuk kemeja Dato' Seri Najib Tun Razak yang ditempah melalui Radzuan Radziwill yang akan menjahitnya. aku tak pasti berapa harga sepasang kain tu tapi kalau dah dijahit jadi baju dengan cop mohor Radzuan Radziwill, dah berapa ganda lagi naiknya aku tak tahulah.

such exclusivity. pheww. harga untuk sepasang yang lain dari orang lain, Perdana Menteri lah pulak kan.

aku ingat nak pergi minggu cuti sekolah ni, tapi duit rm250 ni taklah banyak mana. paling tidak tentu rm100 habis. ishh.

apamacam pula nak membayar p1 wimax? kalau dah mula buat laman web, internet kena selalu ada. mana cukup dengan harapkan line orang sebelah je?

ishh.

makan aku tak kisah sangat. perkara remeh je kat tadika ni, nasib baik perut ni bukan memilih sangat. janji halal.

minum, air masak sudah. lagi bagus.

tapi tak boleh jadi dengan duit banyak ni. sepanjang malam aku lapang, kalau ada kerja-kerja design serba sikit aku suka nak buat. mula dengan job encik danuri dulu.

tapi, nak close deal pun dah satu hal ni. haih.

duit dah menunggu. come on lah Fairuz apasal tak boleh buat keputusan ni??

budak coMel saya -- harapan jelaa nak beli charger atau nak repair handset tu. huhuhu.

orang sebelah, jangan kedekut line ngan saya ok. please-please-please.

No comments: