Wednesday, July 15, 2009

masterpiece. dari Creative Minds.

aku pernah menulis mengenai en.danuri dan bengkel batiknya dulu.

semalam aku singgah lagi ke bengkel nya, dan terbentang kain ini dalam proses. ya, corak wayang kulit. tak sabar hendak tengok hasilnya.


batik-batik dari bengkel ini khusus untuk kemeja lelaki. sesekali ada juga tempahan untuk kain pasang bagi busana wanita. yang pasti, tidak ada yang sama. setiapnya berbeza. selayaknya ditakrif sebagai Adicipta -- Masterpiece.

pasaran khusus untuk jualan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di kompleks kraftangan jalan conlay, dengan harga yang eksklusif selain diprofilkan sebagai pilihan Y.A.B Perdana Menteri melalui sentuhan emas jahitan Radzuan Radziwill.

ini proses QC.

dicuci dari sisa lilin, digosok kemas dan diteliti supaya bebas dari cela dan silap mengikut standard. ya, usahasama dalam keluarga. sedang anak bongsu menggosok, abahnya terbongkok menelek kain.

akan datang, meneroka pasaran sari dengan motif batik. yang berwarna biru lembut ini, prototaip pertama, dari material kain crepe chiffon.

sesi menyeterika sambil menonton berita. oh ya masa ini sibuk dengan liputan keputusan pilihanraya di manek urai kelmarin.

tak pasal-pasal kelantan cuti satu hari. hahah.

.........................................

tidak. ini bukan sesi promosi. Creative Minds akan tampil dengan laman blognya sendiri nanti. mungkin laman web? InsyaAllah, semuanya dalam perancangan.

dan tidak, aku bukan di kelantan dengan misi menjadi pengusaha atau penjual batik.

yang tersirat di sini, bagaimana kelebihan kreativiti boleh dijana sebagai pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk graduan bidang ini. bukan semata meraih keuntungan, tidak. tetapi proses perkongsian ilmu yang sentiasa berterusan.

yang berkhidmat di bengkel seliaan en.danuri ini, rata-ratanya anak-anak didik graduan ijazah dan diploma seni reka tekstil dari UiTM yang pernah bergelar pelajarnya sendiri. tentunya, dari sekian puluhan dan ratusan mereka, ada beberapa yang terpilih -- yang sekian lama telah dinilai dari segi usaha, kesungguhan, perkembangan idea dan hasil kerja mereka.

buat masa ini, memang cuma "perusahaan belakang rumah" saja. itupun dalam kawasan kampung, cukup tenang dan damai sambil kucing dan ayam pun menumpang lintas di sekitaran.

tapi prospeknya besar, dan berkembang. aku tidak terlibat secara langsung di sini, cuma hal ehwal R&D dan dokumentasi. rindu juga bergelumang comot warna.

kalau dapat, mungkin esok aku letakkan beberapa rekacorak yang telah siap di sini.

siapa tahu, ada antara kamu yang berkenan? ayuh, silakan! :)

No comments: