Monday, August 31, 2009

bergambar raya di tengah puasa.



sayangnya abah tak dapat turut serta. hmm.

aku minat fotografi. suka ambil gambar sejak zaman kamera yang guna filem lagi.

dah tentu, memiliki dslr sendiri merupakan kepuasan kerana fungsinya yang pelbagai dan hasil gambar yang lebih cantik dan terang.

tapi itulah, kalau sudah aku yang tukang pukul gambar -- siapa yang nak ambil gambar aku?
aku rasa ini memang biasa berlaku kepada mereka-mereka yang bekerja di belakang kamera kan?

selama aku rajin merayau-rayau di dunia internet ini, aku kerap singgah dan tumpang membelek foto-foto hasil air tangan seorang ibu muda yang menjadikan anak-anaknya sebagai model bergambar. nampak perubahan dan peningkatan bila didedahkan dia mula berguru dengan saiful nang melalui sesi photomama anjuran gagasan candidsyndrome.

sangat benar alam siber ini mendekat yang jauh, mengerat yang kenal, menyapa yang tak pernah bersua. siapa sangka dari blog juga aku menghulur salam dan langsung semalam mengambil kesempatan bersesi foto dengan yang empunya badan -- munirah hanim.

dari 'rumah' sibernya aku kenal anak-anaknya harith, athirah dan uzair. nah semalam akhirnya berjumpa juga anak-anak manis ini.

ini Harith. abang long. hero kebanggaan. tengok tu bulat matanya kehairanan melihat tetamu asing yang galak memanggil semacam kenal lama!

ini pula Athirah. kak ngah. semalam tidak begitu ceria. kata mommynya, athirah baru bangun tidur. memanjang mahu dikelek didukung.


hoho ini abang chik -- Uzair! semangat kan? becok mulut melabun mengagah kami. tengok dahi luasnya. cerdik, InsyaAllah.

geram rasa nak pinjam bawak balik. haha. melalak pula mommy nanti.

tengoklah betapa gigihnya cik puan munirah mengambil gambar. oh ya, semalam tema sesi bergambar ialah "Beraya di Kampung". jadi berhamparlah tikar, berselerak kulit bawang dikoyakkan. gurau aku, lepas ni senang orang dapur kat rumah nak masak sebab bawang dah berkupas! ketupat tu, nasib baik guna riben je kalau tak tinggal masukkan beras dan rebuskan.

ahaaa gotcha mun!

paling menarik bila encik suaminya si juruterbang pun sama-sama turun padang mempamer bakat terpendam. siap pasang lagu raya segala. mau jiran tetangga pening je -- beraya hapa baru 2 minggu puasa ni? haha. habis mercun masuk angin pun masuk dalam set. bangku, tangga pun diusung turun. what a teamwork!

kata izzat pada naufal -- "ini api. jangan main api. bahaya." hantam sajalah. haha.

yang harith ni, sambil tu kena pandang-pandangkan sama. tapi pandai juga dia tau mommy papanya tengah buat kerja. dia perhati je sambil sesekali buat lalu-lintas. biasalah budak.

bergambar kat dalam kawasan rumah munirah je ni, tapi macam-macam gaya dapat dirakam. bagus ideanya bekerja dari rumah begini sambil-sambil jaga anak. sambil buat kerja anak pun bebas di sekitar pandangan mata. selesa je berguling tak berkasut di rumput hijau. kalau macam kami yang duduk pangsapuri ni, manalaa nak jumpa halaman nak bermain.

oh si naufal cukup suka yang ini. jenuh kejap-kejap kena panggil dia suruh datang bergambar. lebih teruja tengok mainan di keliling rumah. siap ada trampoline!

itu yang masa balik tu dah tergedik-gedik tanya -- "ibu, bila lagi nak pergi main kat rumah auntie yang ambik gambar tadi?" hish, pergi rumah orang nak main pulak. adehlaa budak.

sambil yang mommy ambik gambar lagi, aku mengekor si harith ni. suka betul tengok budak lepas bebas sekitar rumah. tengok tu mana pakai kasut!

apa tu?

eceh eceh nak tengok line clear ke tak laa tu. botol tak lepas juga. haha.

ahaa ambik posto!

bagi kat sapa tu? =)

buat tuan rumah, pn. munirah hanim dan suami -- terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga. tahniah juga sebab berjaya meranapkan ke'macho'an izzat yang pertama kali mencium pipi mamanya! haha kan sudah kantoi sebab kena ambik gambar lagi. balik rumah sakit perut ketawa tengok gambar dengan muncung cium yang segan-segan dan malu alah tu.

kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi dari pn.munirah (dan suaminya juga, tertakluk kepada masa lapangnya lah. semalam kami bernasib baik sebab en. syauqi baru balik dari bertugas di awan biru) bolehlaa berjalan-jalan ke http://www.tripletsplusone.com/ dan menempah sesi anda sendiri. untuk hasil kerja setakat ini, boleh ke www.flickr.com/photos/tripletsplusone dan cuci mata.

sebelum habis ceritaceriticerutu pagi ini, nah ada drama sebabak ----

"......................."
"......................."
"......................."
=)

merdeka tanpa hati yang hitam.

2007 -- sambutan merdeka ke-50 di Stadium Merdeka.
2008 -- sambutan merdeka ke-51 di Dataran Merdeka.

kalau mau tau kisahnya, klik saja pada baris ayat itu. mudah kan?

dua tahun aku berjemur di tengah padang Pusat Kokurikulum Cochrane, daripada asalnya sebegai guru pengiring dan diangkat menjadi jurulatih pada tahun berikutnya.

dua tahun yang menyaksikan aku lengit berpeluh setiap pagi ke tengahari bermula pertengahan julai ke hujung ogos.

sambutan ke-50 paling hebat dan paling bersejarah kerana menyaksikan acara diadakan di Stadium Merdeka yang dirombak sesuai suasananya pada 1957. tambahan mengendali persembahan sebelah malam, pada malam-malam terakhir raptai dan hari sebenar memaksa aku pulang ke rumah hampir jam 3 pagi.

sambutan ke-51 di Dataran Merdeka, statusku sebagai jurulatih untuk sekalian 3,000 anak sekolah yang terlibat untuk formasi di tengah padang mengajar aku sabar yang bukan sedikit. biasalah, ada yang merungut tidak puas hati atau mesyuarat jawatankuasa yang terkadang berpuak dan tidak sefahaman. memang tidak mudah mengendali majlis besar di peringkat negara.

sambutan tahun lepas juga paling kontroversi di peringkat sekolah. dari urusan mendapatkan guru pengiring, mencukupkan pelajar hinggalah pembayaran elaun.

entah berapa bakul caci-maki yang aku dapat di belakang. semacam tak berbaloi lelah yang tercurah menjadi jurulatih dan guru pengiring sekaligus. hangit hitam aku ke tengah padang memantau setiap satu anak-anak supaya selalu berdisiplin dan berlatih dengan sesungguh hati cuma jadi bahan umpat orang.

sesungguhnya, Merdeka cuma retorik pada luaran, tapi minda masih terjajah.

kalau diingat-ingat, bermula itu aku menyimpan rasa kecil hati yang bukan sedikit dengan semua yang mengaku rakan sekerja aku.

sehinggalah akhirnya aku mengangkat kaki dari dunia mendidik yang selalu aku dambakan sejak kecil. sistem itu sudah tidak terkejar dengan budaya yang anak-anak kita amalkan sekarang. aku cuma diberi dua pilihan saja semasa di situ -- jadi cikgu habis kelas dan tutup buku atau jadi cikgu yang di alam berinternet ini pun masih mencurah ilmu lagi sebenarnya celik mata melihat apa yang meronta di hati muda-mudi zaman sekarang.

sebenarnya, cukup mengerikan menjadi cikgu masa ini. aku kalah dalam perang rasa tanggungjawab yang terlalu kuat. aku tidak mampu memejam mata melihat kebejatan nilai hidup yang membelenggu kita, terutamanya anak Melayu sebangsa aku. anak Cina, anak India kalaupun bermasalah di sekolah tetapi motivasi hidup mereka sangat kuat. tapi anak Melayu, terbiar ralit. sudahlah jiwanya kosong, agamanya luntur pula. tiada siapakah yang sebenarnya mahu menolong?

apa sudah jadi?

jadi merdeka tahun ini, benar kulit aku tidak sehitam tahun-tahun yang sudah. hati aku juga tidak sehitam dulu, terlalu berconteng dengan rasa marah yang sebenarnya tiada siapa sudi mendengarkan.

nasihat 'berguna' yang selalu aku dapat -- "biarlah diorang, kerja kita mengajar, itu saja."

oh maaf, aku rasa aku berbohong besar dengan amanah yang Tuhan beri. guru mesti mendidik. maaf sangat kalau aku terlalu degil dengan peraturan dunia ini.

sekarang tanpa gaji ribuan yang didamba orang lain, benarkan aku untuk membersih sisa-sisa hitam yang masih berdaki sepertiga hati ini.

benarkan aku di sini. mengasihi segenap ceruk jiwa aku yang bertahun dibiar tak diendah makan, minum dan sejahteranya.

izinkan aku mengecapi Merdeka tahun ini.

terima kasih.





dari http://15malaysia.com/, saksikan ini.
harapan aku, ia memberi makna untuk jiwa merdeka kita hari ini.

dan juga, ia menampilkan antara blogger kegemaran aku -- bro Pyanhabib!

Tuesday, August 25, 2009

ubat hati.

terlalu banyak yang ingin aku katakan dalam waktu yang agak suntuk ini. sebentar lagi siang datang. baju masih belum diseterika sedang masa semakin mengejar tanpa simpati.

tik-tok-tik-tok

mujur saja mesyuarat akan mula jam 9 pagi nanti.

aku pandang duduk berdiri aku sekarang. hidup yang masih belum selesai. setiap hari dengan persoalan yang baru. setiap hari ada saja isu yang mesti ditangani pada saat itu dan ketika itu tanpa bertangguh.

semuanya buat aku lebih menghargai hidup.

semuanya buat aku lebih insaf yang kita tidak mampu menentukan titik noktah mengenai siapa kita hari esok. setiap hari mesti bingkas dan diteruskan demi kelangsungan kehidupan.

tidak semua senang menerima yang aku dulunya cikgu sekolah.

yang di hadapan aku sekarang, sekumpulan lepasan graduan universiti yang masih menghitung "apa aku nak jadi" pada setiap hari. solusi mudah dan tipikal -- jadi cikgu.

sinis saja aku mendengar.

langsung encik pensyarah menuding pada aku -- "ini haa, bekas cikgu sekolah. kau tanyalah kenapa dia ke sini sekarang."

aku tidak menyesal. memberi ilmu dan mencari ilmu itu sehingga menutup mata pun tidak habis. tidak semestinya diseru "cikgu" dan mesti dalam lingkungan sekolah.

barangkali tidak ramai orang segila aku yang sanggup melepaskan rasa selesa dan selamat sebagai kakitangan kerajaan. ada yang sebenarnya sudah mengangkat jari tengah kepada sistem yang harus diakur setiap hari, tapi bila mengenang gaji beribu yang masuk akaun setiap 25 haribulan, langsung menikus.

aku tidak ejek mereka. semua orang berhak memilih.

seperti aku yang kini sudahlah jangan mimpi merasa bermewah-mewah, lagi pula masih berhutang. tapi aku lebih tenang. tinggal sudah hari-hari aku meratap bila kerja mendahului kebajikan diri sendiri.

semua orang berhak memilih. betul.

dan hidup mesti diteruskan. aku suka menelan rasa positif ini. sangat terbuka dan redha.

seorang pensyarah aku telah menyebut :
"umpamakan kita sedang dalam perlumbaan arnab dan kura-kura. pilihlah menjadi kura-kura kerana meski dia tidak mengecap kemenangan dengan mudah, tetapi sepanjang perjalanan dia tidak mengalah dan bijak mengatur strategi. arnab merasakan dia akan menang mudah, sampai pada satu ketika dia selesa mendahului dan memilih untuk tidur. kura-kura masih berjalan, penat dan perlahan tapi terus mara."

siapa yang menang akhirnya?

hari ini aku titipkan di blog seorang bekas anak sekolah dulu --
"kita kalah bukan kerana orang lain, kita kalah kerana diri kita sendiri."

mulakan hari ini dengan lapang hati, ayuh!




"People leaving all the time
Inside a perfectly straight line
Don't you wanna curve away
It's such
It's such a perfect day
It's such a perfect day"
kredit kepada youtube dan metrolyrics


p/s : kongsikan positiviti anda kepada Hafiz dan Asrol hari ini. mereka anak-anak yang suka memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik pada setiap hari. terima kasih.

Sunday, August 23, 2009

oh Kampung ku.

untuk seorang yang dilahirkan di Kuala Lumpur, aku selalu menghadapi masalah bila orang bertanya -- "kampung kau kat mana?"

aku kata -- "Perak", sebab selain menghabiskan zaman tadika dijaga Uwan dan Tok, setiap tahun bila datang musim balik kampung untuk raya kami sekeluarga akan pulang ke sana.
sebab Mama nak balik kampung dia tiap-tiap tahun. hehe.

"kau lahir Perak ke?" "tak, aku lahir KL" "habis kampung kau bukanlaa Perak, dol. KL lah."

dan itu juga yang aku pelajari dari cikgu-cikgu aku dulu -- "Kampung ialah tempat lahir kamu."

tapi camnelaa aku nak panggil KL tu kampung?
gila canggih kampung aku ada KLCC weh. ada lrt. ada Cineleisure. kampung kau ada ayam-itik je.boohoo.

oklah, Kampung Baru. bagi chan.
stesen berikutnya, Kampung Baru. next station, Kampung Baru.

tengok, Kampung Baru pun ada lrt. iskh-iskh.

sejak di sekolah, setiap kali tiba tajuk "Kampung Saya" yang mana cikgu akan suruh huraikan satu-persatu tentang rumah kayu beratap nipah, ada pokok kelapa condong di halaman, ayam itik bertebaran di bawah rumah, basikal tua tersandar di pangkal tiang, aku secara tak langsung sebenarnya meminjam imej kampung Mama, tempat aku habiskan 6 tahun sebelum masuk darjah 1 di Kuala Lumpur -- kampung sebenar aku.

aku rasa, kebanyakan kawan sekelas aku juga melalui keadaan yang sama. tapi sebab aku sangat kritikal jadi aku rasa "Kampung Saya" adalah pembohongan semata-mata. hahah.

sekarang pada usia hampir 30 tahun dengan jiwa yang semakin sentimental (cewah), aku mula mencari 'kampung' aku.

10 tahun dahulu aku diperkenalkan dengan Kelantan. negeri yang aku tak pernah terfikir akan dijejaki. mula-mula dapat surat tawaran belajar di sini, semua orang macam -- "Machang, Kelantan? weh, kau ok ke kat sana nanti?"

masa tu aku tak dapat nak bayangkan apa dia imej Kelantan yang akan aku jumpa. yang aku tahu ia sangat sinonim dengan pemerintahan politik bukan kerajaan pusat, tutup aurat (maya karin di papan iklan pun pakai tudung kat sini), makanan yang manis-manis, tak ada nightlife, dan dialek percakapan yang bukan bahasa Melayu standard.

"mek nok gi mano mek?"
"abe we nok tubik mache pah ni."
"acu ghoyat memolek weh, kawe tok pehe go dio mung kecek nih."

SMS dalam bahasa Melayu Kelantan sangat mengelirukan. aku dah berhenti mencubanya. penat!

tapi Alhamdulillah, semua paranoia terhapus. aku tak hadapi banyak masalah memula dan meneruskan hidup di sini.

mungkin kerana aku dah mula bertudung sejak habis SPM, memang tak diajar keluar bernightlife, dan jenis suka mencuba makan (aku suka diri aku yang ini).

dan bahasa Melayu Kelantan akhirnya aku kuasai dalam terpaksa kerana semua rakan sekelas aku berasal dari sana.

paling tenang bila musim balik kampung, tiket ke Kuala Lumpur tak pernah habis walaupun pada saat akhir. tiket untuk kembali ke Kelantan pun tak pernah bermasalah untuk didapatkan, juga pada saat akhir.

sapa je nak balik KL weh. haha.

jadi selepas 10 tahun menamatkan zaman universiti dan akhirnya kembali ke sini, aku rasa senang hati. barangkali kesibukan dan kegilaan Kuala Lumpur tidak relevan untuk jiwa diam aku.

dengan pemandangan sayup hijau sepanjang jalan.

dan langit birunya selalu memukau aku.

luas mata memandang.
komuniti Cina di Kelantan, gaya cakapnya tak kalah orang Melayu.

masjid bandar Machang.

tanda-tanda aku dah kena bersiap angkat beg untuk turun bas.

bangunan rendah-rendah aja. seronok tengok langit terbentang, biru.

cuma INI yang aku kurang minat -- bas dua tingkat buat aku loya!

nanti bila berkesempatan ke bazar Ramadan, aku sambung cerita lagi. semuanya aku teringin nak makan!

Sunday, August 16, 2009

naufal's speedy recovery. kiss the flu goodbye!

naufal with his urine sample bottle, one of the must-haves to create the DNA-based medication. among others, they'll need to take a strand of your hair, your saliva and a tiny prick on the thumb for your blood sample.

last time i wrote about naufal being treated for influenza with ECPi medication. sometime before this in june, my sister fell seriously sick due to the same viral flu.

we took him to ECPi clinic on friday. by saturday noon, Alhamdulillah he's already very active and happily prancing around. just look at him!




as of today on sunday morning, his appetite is improving and he even finished a whole bowl of chicken and mushroom soup without even bothering to offer us a spoon or two!

thanks for all the calls and smses from relatives and friends, wishing naufal and the family well and content.

i shared our family's experience with the influenza attack on mOmmyofTRIPLETSplusONE weblog. basically our family has tried the hospital treatment before but my mom is always not happy with the conventional drug medication.

i'll just paste the comment i made to mOmmyofTRIPLETSplusONE :-

munirah & fellow readers, ai terpanggil nak berkongsi pengalaman yang berlaku dalam keluarga kami sendiri.

my sister antara yang paling awal disyaki positif H1N1 sekitar jun. tak silap ai pada hari ketiga dihebahkan wabak tu menular di Malaysia dan baru dua sekolah ke yang ditutup. tapi adik ai memang takde pegi oversea pun, cuma ulang-alik pegi keja naik lrt. antara hentian lrt ialah bandar tasik selatan right? di mana ERL pun akan stop kat situ. yang naik ERL dah tentu orang-orang yang berkenaan dengan urusan ke KLIA.

ai bawak dia pegi klinik kerajaan pada pagi tu. sampai-sampai pakcik jaga tanya “baru balik dari oversea ke?”, adik ai kata “tak”. pastu ada MA (medical assistant) datang pulak tanya lagi benda yang sama, adik ai kata tak. berjam-jam kami tunggu. seems that diorang tak amik heran pun kalau patient tu bukannya balik dari luar negara. memang laa the symptoms kan sama je ngan demam selesema tapi kenapa memilih pesakit pulak?

lepas tu, pakcik jaga suruh pegi belakang klinik, ada temporary cabin diorang utilise jadi klinik khusus untuk pesakit yang baru balik oversea dengan simptom-simptom demam. dah naik lenguh sampai habis paper ai baca, baru doktor datang. lagi sekali dia tanya — “baru balik oversea ke?”, ai mulalaa meradang. takde possibility ke jangkitan tempatan boleh berlaku sebab yg disahkan ada virus tu kan lepas berapa hari dia balik, surely dah berjalan merata-rata turun naik lrt ERL semua baru konfem dia dapat H1N1 kan? ai kata, ”kami salah tempat ke? kalau bukan kerana bimbangkan penyakit ni takde sebablaa nak tercanguk lama-lama kat klinik ni.” doktor tu pandang kat ai, then dia isi laa prescription gitu-gini, takde buat apa swab test pun cuma bagi ubat demam biasa je! dia kata after 3days kalau still tak baik baru pegi kuarantinkan diri terus ke hosp. sg. buloh.

but of course, keadaan adik ai makin teruk. badan lemah, hidung berair sepanjang masa dengan sesak nafas. kebetulan family kami pengguna produk ECPi. after two days my mom tak sampai hati, we decided to take her to ECPi cllinic nearby. kat situ dia ambik darah sikit, rambut, air liur dan air kencing dan buatkan ubat dengan DNA daripada sampel yg kita bagi tadi. Alhamdulillah, dua hari lepas tu dia pulih sepenuhnya. ubat doktor semua tolak tepi. cuma continue minum air ECPi.

tulah masa mula-mula pegi klinik kerajaan nak check tu doktor malas layan sebab dia bajet yang baru balik oversea je akan suspected H1N1. ai rasa esoknya dah keluar dalam suratkhabar mengenai kes jangkitan tempatan pertama. serius doktor tu harus tepuk kepala tak buat swab test betul-betul kat adik ai.

semalam anak sedara ai pulak ada tanda-tanda demam yg seakan my sis kena, we straight away bawak dia pegi klinik ECPi. sepanjang malam tadi memang dia melepek habis. tapi after 3 dose of the medication, this morning basically dia dah cergas cuma badan dia masih hangat dan ada batuk berkahak sikit. ai ada put up gambar-gambar masa kami pergi klinik semalam di blog.

i’m here not to promote the product, cuma berkongsi kebaikan dan keberkesanannya dalam keluarga kami. tak salah kan mungkin boleh sama-sama kita ambil maklum dan setidaknya kita ada alternatif lain selain mengharapkan ubat doktor. lagipun ECPi dijamin oleh majlis perubatan elektronik malaysia, dan ada doktor bertauliah untuk memberi rawatan serta perhatian susulan sebaik kita mengambil ubatan mereka.

InsyaAllah, semua penyakit tentu ada ubatnya. saya suka nak berkongsi kebaikan ini dengan pembaca semua sebab ia dah berlaku dalam keluarga kami.

*thanks to munirah for publishing it. i guessed it's quite too long to be regarded as a comment itself!

readers,

i don't dismiss the conventional hospital treatment, nor who i am to question the credibility of the doctors who serves wholeheartedly in the hospitals. i have friends who worked with government hospitals and i know how bad the situation has becoming to. but still they want to give you the best they may offer, despite they're gambling with their life themselves, dealing with the deadly virus every now and then.

i am sharing this story because it has happened in the family. and i believe there is always other options available. i know there are other alternative treatments and products to maintain the body's immunity towards the virus.

the thing is, whatever preventive measures available should be taken seriously. among all, let's wear the mask, wash the hands accordingly and keep a healthy lifestyle. if it is not much important, perhaps it is better to avoid public-laden areas. we do not want any of our loved ones to be the next victim.

so far our family has survived, Alhamdulillah. we wish all of you well, and please take good care of everyone around you.

note : munirah is a mother of a triplet (one has passed away as a premie) plus one. her babies are not well at the moment, the youngest has been hospitalized in PPUM with lung infection and the elder two has been down with fever for quite some time. she is updating her weblog from the hospital. do share your care and support by visiting her at http://www.tripletsplusone.com/.


=)

Friday, August 14, 2009

2nd influenza attack in the family.







yana caught the influenza earlier, sometime in June.
now it's naufal. no more to the hospital, straight away to alternative medication with ECPi.
Alhamdulillah. yana has been well with the treatment. naufal has been showing a lot of progress too.
i'll write more later. have to attend to naufal.
pray for his health ya!