Monday, August 31, 2009

bergambar raya di tengah puasa.



sayangnya abah tak dapat turut serta. hmm.

aku minat fotografi. suka ambil gambar sejak zaman kamera yang guna filem lagi.

dah tentu, memiliki dslr sendiri merupakan kepuasan kerana fungsinya yang pelbagai dan hasil gambar yang lebih cantik dan terang.

tapi itulah, kalau sudah aku yang tukang pukul gambar -- siapa yang nak ambil gambar aku?
aku rasa ini memang biasa berlaku kepada mereka-mereka yang bekerja di belakang kamera kan?

selama aku rajin merayau-rayau di dunia internet ini, aku kerap singgah dan tumpang membelek foto-foto hasil air tangan seorang ibu muda yang menjadikan anak-anaknya sebagai model bergambar. nampak perubahan dan peningkatan bila didedahkan dia mula berguru dengan saiful nang melalui sesi photomama anjuran gagasan candidsyndrome.

sangat benar alam siber ini mendekat yang jauh, mengerat yang kenal, menyapa yang tak pernah bersua. siapa sangka dari blog juga aku menghulur salam dan langsung semalam mengambil kesempatan bersesi foto dengan yang empunya badan -- munirah hanim.

dari 'rumah' sibernya aku kenal anak-anaknya harith, athirah dan uzair. nah semalam akhirnya berjumpa juga anak-anak manis ini.

ini Harith. abang long. hero kebanggaan. tengok tu bulat matanya kehairanan melihat tetamu asing yang galak memanggil semacam kenal lama!

ini pula Athirah. kak ngah. semalam tidak begitu ceria. kata mommynya, athirah baru bangun tidur. memanjang mahu dikelek didukung.


hoho ini abang chik -- Uzair! semangat kan? becok mulut melabun mengagah kami. tengok dahi luasnya. cerdik, InsyaAllah.

geram rasa nak pinjam bawak balik. haha. melalak pula mommy nanti.

tengoklah betapa gigihnya cik puan munirah mengambil gambar. oh ya, semalam tema sesi bergambar ialah "Beraya di Kampung". jadi berhamparlah tikar, berselerak kulit bawang dikoyakkan. gurau aku, lepas ni senang orang dapur kat rumah nak masak sebab bawang dah berkupas! ketupat tu, nasib baik guna riben je kalau tak tinggal masukkan beras dan rebuskan.

ahaaa gotcha mun!

paling menarik bila encik suaminya si juruterbang pun sama-sama turun padang mempamer bakat terpendam. siap pasang lagu raya segala. mau jiran tetangga pening je -- beraya hapa baru 2 minggu puasa ni? haha. habis mercun masuk angin pun masuk dalam set. bangku, tangga pun diusung turun. what a teamwork!

kata izzat pada naufal -- "ini api. jangan main api. bahaya." hantam sajalah. haha.

yang harith ni, sambil tu kena pandang-pandangkan sama. tapi pandai juga dia tau mommy papanya tengah buat kerja. dia perhati je sambil sesekali buat lalu-lintas. biasalah budak.

bergambar kat dalam kawasan rumah munirah je ni, tapi macam-macam gaya dapat dirakam. bagus ideanya bekerja dari rumah begini sambil-sambil jaga anak. sambil buat kerja anak pun bebas di sekitar pandangan mata. selesa je berguling tak berkasut di rumput hijau. kalau macam kami yang duduk pangsapuri ni, manalaa nak jumpa halaman nak bermain.

oh si naufal cukup suka yang ini. jenuh kejap-kejap kena panggil dia suruh datang bergambar. lebih teruja tengok mainan di keliling rumah. siap ada trampoline!

itu yang masa balik tu dah tergedik-gedik tanya -- "ibu, bila lagi nak pergi main kat rumah auntie yang ambik gambar tadi?" hish, pergi rumah orang nak main pulak. adehlaa budak.

sambil yang mommy ambik gambar lagi, aku mengekor si harith ni. suka betul tengok budak lepas bebas sekitar rumah. tengok tu mana pakai kasut!

apa tu?

eceh eceh nak tengok line clear ke tak laa tu. botol tak lepas juga. haha.

ahaa ambik posto!

bagi kat sapa tu? =)

buat tuan rumah, pn. munirah hanim dan suami -- terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga. tahniah juga sebab berjaya meranapkan ke'macho'an izzat yang pertama kali mencium pipi mamanya! haha kan sudah kantoi sebab kena ambik gambar lagi. balik rumah sakit perut ketawa tengok gambar dengan muncung cium yang segan-segan dan malu alah tu.

kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi dari pn.munirah (dan suaminya juga, tertakluk kepada masa lapangnya lah. semalam kami bernasib baik sebab en. syauqi baru balik dari bertugas di awan biru) bolehlaa berjalan-jalan ke http://www.tripletsplusone.com/ dan menempah sesi anda sendiri. untuk hasil kerja setakat ini, boleh ke www.flickr.com/photos/tripletsplusone dan cuci mata.

sebelum habis ceritaceriticerutu pagi ini, nah ada drama sebabak ----

"......................."
"......................."
"......................."
=)

12 comments:

mOmmy of Triplets plus One said...

thanks for the post on the photo session semalam.
very happy to know u sekeluarga had a good time, ha smpai ade yg malu2 sbb kena suruh cium mak..hihi

oh anak i mmg jarang pakai kasut. pantang pintu umah bukak, laju je diorang kuar berkeliaran. tgk lah kaki diorang...tumit pecah mengalahkn org tua..haha

y u z said...

mommyMunirah :

tapi takpe kawasan pun bersih je. tak risau sangat nak lepaskan merayau macam tu. barulaa berkesan macam iklan susu kat tv tu kan.

of course we had fun yesterday. next time kena bawak abah pulak. =)

mOmmy of Triplets plus One said...

ha bleh2 tunggu pas raya buat outdoor portraiture pulak!

y u z said...

mommyMunirah :

belum apa2 dah prebooked untuk next session ni?hahaha

Drama Mama said...

wahh sunggu enjoy ya u guys, tengok kat blog munirah ur pics. tengok blog ni dapat plak tengok pic di sebalik tabir. dasat munirah punya aksi to capture the pics ya hahaha

y u z said...

hello dramaMama! :

really u should book a session with her. sangat bersemangat! masa tengok tetiba dia meniarap tu i dah macam -- wah ekstrim betul minah ni! hahah. i myself yg biasa ambik gambar pun belum sampai tahap meniarap macam tu!

amalhaj said...

memang hebat tapi teman:-

timang tinggi-tinggi
sampai cucur atap
dah tumbuh gigi
masih tak tahu baca kitab

buah cempedak di luar pagar
tepi pokok ditanam peria
sungguh hebat dia tu ambik gambar
nape mike tak ambik dia

pisang emas dibawa belayar
masak setandan atas peti
pade dia teman nak belajar
nak ambik gambar pelbagai aksi

huhuhuhuhuhu

y u z said...

amalhaj :

berpantun pulak.
klik laa 'rumah' blog dia tu,mintak izin nak berguru.

Basuh Baju said...

sampai terbaring2 ha nak tgkp gmbr..hehe

btw, nice pic..guna model apa?

y u z said...

basuh baju :

bukan saya si fotografer.
klik pada link TripletsPlusOne di bawah entri ini ya.

=)

Hazrey said...

Yuz, grayscale kan gambo tarik upih tu. Mesti lagi classic. Try babe.

y u z said...

incik hazrey :

tu diaa reporter tersohor dah sampai sini niii...
hahah,lagi 2-3 hari nak raya baru laa keluarkan gambar superedit tu.ni baru intro.. =P