Wednesday, August 05, 2009

hello...anybody home?

sepanjang minggu lepas, aku sibuk dari timur ke barat. kerja banyak sampai otak jadi padat. itupun ada lagi yang diletak jauh-jauh ke tepi.

aku perlu rehat di tepi pantai. atau terjun ke laut biru dan hanyutkan diri melihat karang laut dan ikan. rindunya pulau redang. aih.

ok, tiba-tiba teringat masalah administration password untuk website yang dah hilang. kapisH!

dem.


ini sekitar karnival jualan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. berkongsi gerai dengan dyanarahman (siapa nak webportal harga RM50 boleh cari dia ni, promote sikit). gerai kami menjual perkhidmatan untuk tapak laman web dan custom-made batik yang dibuat di inkubator UiTM Machang.

sebelah tu, mama buat jualan produk ECPi. sambil tu tolong-tolong juga, sebab kami semua pun pengguna jadi lancar nak menerangkan kesan dan khasiatnya.

esoknya, sukan Tadika Bayu Mewah di Kg. Baru. rehab aku lepas tinggalkan sekolah dulu. selain melayan si naufal, lepas rindu pada si comel-si comel yang biasa bermanja dengan aku dulu.


ini mirza!

dan damia. =)

semua orang yang datang.

... dan barisan tenaga pengajar, yang baru dan yang lama.

Balik dari Kuala Lumpur pada ahad petang, awal pagi isnin gerak ke Kuantan untuk sambung kerja, melawat pengusaha-pengusaha batik yang berkenaan.

esoknya ke Runchang, Pekan.

perasmian Zon Ekonomi Khas ECER dan Agropolitan Pekan, Pahang oleh
Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

balik Machang dan tengok bengkel. bincang strategi. permintaan bagus, VIP clients takde masalah. tapi permintaan masyarakat biasa pun kena ambil kira. setakat dua hari kat UTM tu, Alhamdulillah. banyak respon yang menarik dan boleh dipertimbangkan.

ini Qaira Damia, ubat sepi aku. menggelitik keletah kalau diagah.

................................


kerja banyak.

aku nak pergi pantai.
=(

4 comments:

IY.LEEYA said...

nak pergi pantai jugak!!

y u z said...

iy.leeya :

jom2! bila cuti?
haiiii macam laa orang tu boleh nak holiday2 ke sini.huhu.

Precious said...

Promote batik Malaysia. Cantik!
Pantai! Jauh sangat lah!

y u z said...

precious :
batik bukan sebarang batik,ahah!

pantai yang dekat ada je -- pantai dalam,hospital pantai.

=P