Tuesday, August 11, 2009

kata encik TT -- Kalau Dia Boleh Depa Lagi Boleh


Aku rasa macam hidup dalam filem V for Vendetta.

"Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal ada paku-paku tajam ditaburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – TukarTiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :-
1. Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat
2. Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
3. Melahir kan musuh sebagai strategi politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi bio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kissinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kissinger:

‘There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’

Dalam bahasa yang senang Henry Kissinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu diwarwarkan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak dari Jabatan Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1. Mengurangkan penduduk dunia
2. Menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Gulf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntungan besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kissinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kissinger adalah sampah yang akan membawa masalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk diswastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan. TT

Nota : Sebaik sahaja tulisan ini siap angka kematian telah bertambah dari 26 ke 32 - jam 3.20 petang 10 Ogos 2009.

Nota : Tulisan ini boleh diciplak demi membuat kebaikan"


-------------------------------------------------------------------------------------------------

terima kasih untuk Wikipedia, terlalu banyak yang aku pelajari hari ini.

terima kasih juga Hishamuddin Rais, kalau bagi orang lain dia kental berhaluan kiri tapi penulisannya selalu bikin aku berfikir di luar kotak. walaupun ideologi sosialisnya itu kurang best untuk dihujahkan.

yang penting, baik buruknya kita nilaikanlah.

Abah dapat berita, ada isteri kakitangan ILPKL yang meninggal dunia kerana H1N1. pagi ini aku hantar Naufal ke sekolah, terdetik juga bimbang -- biarlah berterusan sihat, cerdik dan ceria begini. terbayang ibu ayah yang hari ini menyerahkan anak-anak ke sekolah dalam gembira ria, sihat walafiat dan dua-tiga hari kemudiannya teresak sayu di kaca tv setelah anak kesayangan meninggal dunia.

terkini -- tadika yang berjiran Bayu Mewah sudah ditutup untuk 3 hari kerana ini.

mulai hari ini, ayuhlah jadi masyarakat yang celik dengan kebenaran.

bak kata pengkomen di TukarTiub ini :-

mosabit --
apa yg perlu kita lakukan ialah.;

buang KAPITAL ambil IS dan tambah LAM.
maka kembali kita kepada ISLAM.


ilmu yang baik untuk memulakan hari ini.

sudah Yuz, masuk kerja pulak. hahah.

8 comments:

Nizam Mahmud said...

Cik,

Kenapa cik kata '..walaupun ideologi sosialisnya itu kurang best untuk dihujahkan...'

Apa yang jijik nya dengan sosialisme?

Hujahan-hujahan ini antara cara untuk kita mencari kebenaran.

Jangan takut dengan hujah.

y u z said...

encik nizam :

saya sangka Niexam in Thoughts ada isinya. too bad,saya harap encik nizam akan menulis juga.

saya tidak kata ia jijik untuk dihujahkan. cuma saya rasa entri ini akan terlalu berjela-jela sebab kalau saya dah mula menulis, hujan pun pandai berhenti.

"kurang best untuk dihujahkan" -- buat masa ini. =D

Nizam Mahmud said...

Kalau begitu maafkan saya.

Cuma sosialime ini asasnya adalah mudah saja, bagaimana kita hendak berlaku adil sesama manusia.

Cik pergi ke sesetengah bangunan, disediakan lorong untuk mereka yang berkerusi roda.

Hukum kapitalisma mengatakan, kalau ramai pelanggan kerusi roda, baru kita bina lorong kerusi roda.

Hukum kapitalisma juga kata, kalau pelanggan sanggup bayar lebih, kita bina escalator.

Hukum sosialime mengatakan tak kira sedikit atau ramai orang cacat, kita bina juga lorong kerusi roda. Yang sempurna dan yang cacat sama-sama senang dan sama-sama susah.

Hukum sosialisma kata, kita bina escalator tak kira pelanggan nak bayar lebih ker tak. Janji semua orang dapat rasa.

Itu asasnya cik. Itu sebab saya tak faham kenapa sesetengah orang begitu jijik dengan sosialisma.

y u z said...

encik nizam :

tidak mengapa. semua orang ada hak bersuara. negara kita negara demokrasi.

cuma,
kadangkala bila berlaku keadaan 'demokrasi terkawal', ia akan cenderung membibitkan 'dictatorship'.

seperti banyak orang yang akan menempik bila kita kata sosialisme itu bagus kerana yang mereka lihat ia cenderung menjadi komunisme.

dalam soal ini, saya mahu menjadi neutral. semua ideologi ada baik-buruk yang boleh kita pertimbangkan. sudah saya ulas di tulilsan saya -- di akhirnya kita kembali kepada Islam, kepada agama, kepada hukum yang telah Allah SWT gariskan kepada kita. Islam itu cara hidup, itu ikrar yang kita laung sebelum keluar dari rahim ibu. tapi lihatlah sekeliling kita, di mana kebenaran yang sebenarnya?

saya tidak sempurna, masih tertatih-tatih. maaf jika ini tidak signifikan.

terima kasih, encik nizam juga berkongsi ilmu yang baik dengan saya hari ini. =)

ayobkelubi said...

oh ya, isteri staff tu ialah kepada kawan aku. terkejut juga.

Nizam Mahmud said...

cik yuz,

Sosialime ini secara umum nya merujuk pada keadilan dalam pembahagian hasil mahsul negara.

Politik pula satu perkara yang lain. Anda boleh saja menjunjung konsep Sosialis Demokrat yang percaya pada amalan demokrasi dan sosialisma.

Atau boleh saja anda menjadi seorang Komunis yang percaya bahawa setiap pemikiran dan pergerakan rakyat perlu dikawal.

Menjadi seorang sosialis tidak akan menjadikan anda seorang komunis. Malah bisa saja seorang sosialis itu menjadi lebih demokrat dari seorang kapitalis.

Contoh negara yang ramai ahli politik nya adalah sosialis demokrat- Negara Denmark dan juga negara2 Scandinavian yang lain.

Negara-negara ini dipanggil welfare state. Demokrasi ya, malah lebih demokrat dari Malaysia dan pada yang sama lebih sosialis dari Malaysia yang condong pada kapitalisma.

Mengenai agama dan politik, saya tidak mahu komen terlalu panjang sebab nanti ramai marah. Nanti tuduhan pada TT pula dilemparkan pada saya juga.

Cuma saya teringat sebelum pilihanraya umum, seorang ulama dan pemimpin agama terkenal mengumumkan hendak memperkenalkan konsep "Negara Kebajikan".

Seruan ini saya sambut dengan kesyukuran yang amat sangat walaupun saya amatlah tidak meminati tokoh itu.

Cuma malangnya selepas pilihanraya, slogan "Negara Kebajikan" nampaknya sudah masuk bakul sampah. Slogan "Perpaduan Islam-Melayu" pula dilaungkan.

Dan diluar sana, jurang diantara yang miskin dan yang berada semakin lebar.

Tak perlu lah saya nak mengkritik lebih lagi. Saya manusia yang banyak berdosa, cuma harapan saya dosa saya banyak antara saya dan Tuhan dan tidak melibatkan sesama manusia.

Tapi tokoh ini, entah lah. Mungkin penipuan kepada jutaan rakyat itu tidak di kira sebagai berdosa. Seperti mahfumnya hadis Machiavelli, matlamat itu menghalalkan cara.

y u z said...

encik nizam :

saya harap encik nizam sendiri akan mula mengisi sesuatu di In Thoughts.

saya rasa rakyat sedang diledakkan dengan informasi berhaluan kiri sekaligus mencetus gerakan-gerakan yang bertentangan dengan 'demokrasi terkawal' yang dijunjung haluan kanan selama ini.

saya tidak pasti kita-kita ini yang mana,tidak pula bermazhabkan TT semata rasanya.

politik,kanan atau kiri saya tidak peduli. saya sayang Malaysia tanah tumpah darah saya. saya duduk dalam gerabak Islam, mencari hujung perhentian yang tenang abadi.

saya harap tanah tumpah tidak rebak dek gempa, gerabak agama tidak tergelicir membawa bala.

itu saja.

y u z said...

encik ayob :

abah ada di pengkalan chepa jumaat ini.