Sunday, August 09, 2009

khamis malam ke jumaat, sabtu, dan hari ini - sehingga 2pm.

khamis malam jumaat.
dari machang ke kuala terengganu.

singgah rumah ayahanda pereka batik kami -- Amir dan Huda. rumah kayu klasik berlatar bendang padi. kata Amir, rumah itu lambang kasih ayahandanya pada arwah isteri tercinta - bonda Amir. 7 tahun menyiapkannya dengan bekal tenaga dan belanja sendiri. melangkah masuk dan aku takjub memandang seluruh sudut rumah. indah, sudah tentu dikerjakan dengan penuh cinta.

sayangnya, kami tiba hampir jam 10 malam. sekeliling sudah gelap. tentu seronok dapat menembak gambar bila berlatar cahaya siang hari.

misi ke situ, membikin kompilasi produk hamper oleh Kak Jee, kakak si Amir. sekali lagi aku sedikit kesal kerana dengan D40 yang tak seberapa ini, hasilnya kurang memuaskan (pada mata aku). built-in flashnya menghilangkan kecantikan semulajadi hamper Kak Jee.

itu sebab aku suka ambil gambar siang hari. haiyaa.

tapi kerana faktor masa, ambil saja yang sedapatnya. cuma aku berjanji sendiri untuk luangkan satu siang untuk mengambil gambar-gambarnya semula. sayang bingkisan yang sebegitu cantik tidak diserlahkan seperti sepatutnya.


untuk sebakul ini, ada 4 jenis biskut dengan 50 keping setiap sebalang -- tat gulung bluberi, coklat potong dengan mint drizzles, tat nenas dengan choc dip, sebalang lagi yang belum pasti dan kek buah kukus seberat 1.3kg atau kek moist coklat kukus, ikut pilihan hati. hasil tangan Kak Jee yang dulunya pastry chef di PJ Hilton.

sebakul ini diletak tanda harga RM300. berbaloi, percayalah cakap aku. sesuai untuk bingkisan VIP atau tanda hati sempena Aidilfitri nanti. semuanya sedap.

sebelum bergerak meneruskan perjalanan ke kuala lumpur, Kak Jee bekalkan kek moist coklat kukus yang sinfully sedap (sampai tak sempat ambik gambar!) dan kek buah juga.

Kak Jee, lagi sekali orang datang ambik gambar jangan segan-segan nak bagi kek tau. hahah.

jumaat
kuala lumpur

sampai jam 5.30 pagi, abah jemput aku dari plaza tol Karak-Gombak. sebaik masuk pintu rumah, bukak kek coklat dulu. sarapan paling tinggi kolestrol. pukul 8 pagi tu tinggal separuh je. aku, Yana dengan Mama dah ngap dulu. menjilat pisau sedapnye. =P

agenda Jumaat tu ialah perjalanan ke Lumut, Perak. majlis nikah sepupu aku - si Hanis pada malamnya. dan majlis nikah Pak Uteh pada tengahari Sabtu di Ipoh.

tujuan aku balik KL nak ikut memeriahkan kenduri, akhirnya tak jadi. ada pula bakal klien yang bikin janji siang Sabtu.

lewat tengahari Jumaat, Mama ajak ke klinik ECPi. ada yang menempah air minum berkotak-kotak. rezeki Mama, Alhamdulillah. sambil itu aku uruskan business card (masa bukak gerai di UTM hari tu, leceh juga bila mendalah ni takde. tak mantaplaa wat pemasaran kan?) dan langsung ke pejabat Mama. ada potential client yang nak tengok design baru. nasib baik ada bawak balik dalam 4 pasang. begitu-begini Alhamdulillah, confirm projek baru.

yana dah bertolak ke Lumut dengan keluarga Mak Lang awal pagi lagi, jadi malam tu lepas makan di AEON jusco AU2, Mama-Abah-Izzat-Naufal pun bertolak. tinggal aku keseorangan di rumah, layan Nur Kasih kat TV3 malam tu.

aku ni jenis yang tak minat sangat nak ikut drama bersiri. apatah lagi drama melayu. yang terakhir aku ikut, drama siri Sephia. sebab nak tengok member aku si Sabrina Ali berlakon, siap dia mesej suruh tengok dan komen. hahah. tapi bestlah, walaupun Sab mati kat tengah-tengah cerita tu. Nur Kasih ni aku mula tengok pun lepas 2-3 siri ke, tapi lama-lama layan pulak. siaplaa nanti tetiba aku terlangkau satu episod mesti lepas tu aku taknak tengok dah.

sabtu
kuala lumpur

bangun pukul 9 lebih kot. Naqiuddin sms, kata mungkin akan balik KL. wah agak teruja weh, lama tak borak dengan budak kecik ni. lepas tu siap-siap pegi tengok layout business card yang aku tempah semalamnya. dari situ, gerak pegi Jusco Wangsa Maju, hantar kasut Nike si Izzat yang rabik sikit tapaknya nak dijahit. makan yong tau foo dengan sup sambil baca Kosmo.

sms pada Leeya, ajak jumpa. lupa pulak aku dia ada ceramah memandu sepanjang hari tu. tapi memang tak berharap sangat, sebab setahu aku pergerakan dia agak terbatas kecuali kalau AG ada. aku pulak agak serik laa nak memandu ke kelana jaya. apa nak buat, aku mafhum sekitar tengah KL, ampang dan cheras tu pun cuma kawasan sri permaisuri je. Yana pulak takde, lagilaa mati kutu nak atur mana hala jalan nak pergi. dulu masa ke Itudio Studio untuk gathering Raingers tu, 2 jam aku melalut. itu kira berteman dengan Yana, inikan sorang-sorang. tapi masa tu masih agak awal untuk buat keputusan sebab Leeya pun masih dalam kelas, aku rilek je.

dah selesai semua, elok je tengah laju nak pergi lif hala ke tempat letak kereta -- terserempak Ashraaf, anak Kak Normah ex-colleague aku masa jadi cikgu dulu. memang berpelukan laa kami kat tengah Jusco tu. Kak Normah boleh dikatakan 'geng kakak-kakak' aku laa, selain Kak Norsita, Kak Hasni Azura, Kak Faridah & Kak Anita Azlina. jadi panjang juga bual petang tu sambil melayan kerenah anak bongsu dia.

Kak Normah kata aku KURUS! nak pengsan aku dengar, hahah.

masuk S&I giftshop, jumpa pulak Farah Iman, sepupu aku. lepas SPM masih kerja kat situ. keputusan SPM ok je, aku hairan laa buat apa kerja lagi. rupanya tunggu Kolej SEGI, target nak ke UK. memang takde memohon IPTA pun. macam-macam. tapi aku kagum tengok dia ni. asal mula dulu dia datang temuduga kat S&I memang pengurusan tak pandang kat dia, kira tolak mentah-mentah laa. sekali dia belasah cakap mandarin, terus dapat kerja. ala-ala terdiam jugak orang yang temuduga dia tu. jangan pandang orang sebelah mata, weh!

selesai dari situ, aku pergi ambik business card aku. 100 keping RM23. macam best je dah ada kad ni, ewah.


jadi harapnya lepas ni, memudahkan sikit kerja aku untuk buat pemasaran dan kenalkan diri. ini kejap-kejap kena picit nombor kat handset. dahlaa nombor '0' tu dah rosak. seksa+segan jadinya kena picit kuat-kuat baru masuk, berderet-deret nombor '0' tu. huhu.

dari situ, pergi KLCC. jumpa potential client yang janji semalamnya, tuan punya agensi pelancongan. tapi tak cerita panjang sebab dia ada hal. jadi aku terlanguk berjalan sorang-sorang. best juga sebab dah lama tak luang masa untuk diri sendiri macam tu. lepak kat Kinokuniya dan cuci mata tengok Converse (ish, bila laa nak ada duit buat beli kasut baru. aku ada sepasang tu je laa. masuk pejabat pun Converse yang tu juga!)

paling wajib, pergi Galeri Petronas. nampak aja muka aku, abg. Zam kat kaunter tu dah hulur kunci loker siap-siap. haha. tulis nama kat buku pelawat pun ambik syarat je. dia kata, muka aku ni buat panjang berbaris je semata nak tulis dalam buku tu. hahah.


aku suka berseorangan kat sini. layan hati sendiri. masa dengan tut-tut (oops!) dulu, tempat ni makin intim dengan aku, selain Balai Seni Lukis Negara. mungkin sebab 'dia' dan abangnya pun pelukis juga dengan karya-karya yang dah masuk segala macam galeri. aku minat kerja 'dia' sebelum aku jumpa 'dia', masa tu pameran Bakat Muda Sezaman kat Balai Seni Lukis Negara. dua tahun lepas tu masa latihan perguruan baru aku jumpa orangnya. kenal, sayang... hmm.

tapi, begitulah. Tuhan lebih tahu kenapa aku bukan tercipta untuk dia.

move on, Yuz. move on.

sms Leeya balik. tak jadi jumpa. kelana jaya ke KLCC atau KLCC ke kelana jaya agak mustahil. jam pun dah 4.30 petang. lain kali saja, InsyaAllah.

Naqiuddin sms, tak jadi balik. alamak, bosan betul.

Izzat yang bertolak balik dari Lumut pun, lambat lagi nak sampai. jadi pujuk diri dengan java chip frappuccino kat Starbucks. dengan extra whipped cream. wuuuu.

tiba-tiba terjumpa Hafiz, sepupu belah Abah. rupanya kerja sambilan di Petrosains. teman dia pegi farmasi nak beli Dettol hand sanitizer. lepas tu sebab dah tak tau nak merayap ke mana, langsung hantar dia balik ke rumah, jumpa Mak Andak. Hafiz pun bergegas nak pergi kerja malam tu, sebagai pramugara bas Odyssey -- KL ke Singapura.


ni laa basnya. si Hafiz yang nombor 3 dari kanan. cewah promosi!

dari rumah Mak Andak, aku gerak pegi Puduraya ambik Izzat. malam tu makan di Carrefour Wangsa Maju. tiba-tiba bekas anak murid aku, si Angah datang tegur.

berubah dah budak ni. dengan telinga bertindik. kening bercukur halus. aku tengok kat myspace pun, dia dah jadi 'lain'. sedih sebenarnya kalau tengok myspace budak-budak ni. aku jadi ngeri. mana mak abah diorang?

tapi macam Angah ni, terang-terang dia datang Carrefour tu pun dengan ayah dia. jadi, terserahlah. aku tak berhak bersuara lebih-lebih, cuma aku kata -- "jangan nakal sangat, jangan ponteng sekolah."

i did my part. cukup.

serius ramai jugak orang yang aku jumpa dengan tak sengaja semalam. Leeya dengan Naqiuddin yang bersms nak jumpa, tak jadi pulak.

ahad, hari ini --
kuala lumpur

sepatutnya aku balik Machang dengan Amir dan Huda. tapi selang beberapa hari lagi aku kena turun KL balik. macam tak berbaloi sebab kewangan aku agak kritikal untuk dibazirkan di perjalanan pergi-balik.

jadi sepanjang siang tadi, aku uruskan cuci dan keringkan baju, terutamanya baju sekolah Naufal. kasut sekolah dia pun aku kapurkan siap-siap. Izzat ralit dengan kerjanya, kena buat design untuk interior komuter KTM. kejap lagi dah nak kena balik ke rumah sewa dekat tempat praktikal di rawang.

aku tengah uruskan nak cari klien untuk minggu ni. sekurangnya walaupun aku bukan di pejabat, kerja aku tetap jalan.

oh ye, ada yang minat dengan hamper Kak Jee kat atas tadi tu, khabar-khabarkan. kalau bukan hamper, mana tau berkenan dengan kek atau biskut dia. =)

panjang gak bebel aku hari ni. haha.

dahlah, nak pegi makan nasi lak.

dan buat pertama kalinya aku letak 'Label' untuk entri aku di blog ni.

2 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

hai salam lalu..visit ma blog juga ya...daaa

y u z said...

shema:

ada masalah sikit,mana alamat blognya? kat profile pun takde?

gtau oke. thanx datang. =)