Monday, August 31, 2009

merdeka tanpa hati yang hitam.

2007 -- sambutan merdeka ke-50 di Stadium Merdeka.
2008 -- sambutan merdeka ke-51 di Dataran Merdeka.

kalau mau tau kisahnya, klik saja pada baris ayat itu. mudah kan?

dua tahun aku berjemur di tengah padang Pusat Kokurikulum Cochrane, daripada asalnya sebegai guru pengiring dan diangkat menjadi jurulatih pada tahun berikutnya.

dua tahun yang menyaksikan aku lengit berpeluh setiap pagi ke tengahari bermula pertengahan julai ke hujung ogos.

sambutan ke-50 paling hebat dan paling bersejarah kerana menyaksikan acara diadakan di Stadium Merdeka yang dirombak sesuai suasananya pada 1957. tambahan mengendali persembahan sebelah malam, pada malam-malam terakhir raptai dan hari sebenar memaksa aku pulang ke rumah hampir jam 3 pagi.

sambutan ke-51 di Dataran Merdeka, statusku sebagai jurulatih untuk sekalian 3,000 anak sekolah yang terlibat untuk formasi di tengah padang mengajar aku sabar yang bukan sedikit. biasalah, ada yang merungut tidak puas hati atau mesyuarat jawatankuasa yang terkadang berpuak dan tidak sefahaman. memang tidak mudah mengendali majlis besar di peringkat negara.

sambutan tahun lepas juga paling kontroversi di peringkat sekolah. dari urusan mendapatkan guru pengiring, mencukupkan pelajar hinggalah pembayaran elaun.

entah berapa bakul caci-maki yang aku dapat di belakang. semacam tak berbaloi lelah yang tercurah menjadi jurulatih dan guru pengiring sekaligus. hangit hitam aku ke tengah padang memantau setiap satu anak-anak supaya selalu berdisiplin dan berlatih dengan sesungguh hati cuma jadi bahan umpat orang.

sesungguhnya, Merdeka cuma retorik pada luaran, tapi minda masih terjajah.

kalau diingat-ingat, bermula itu aku menyimpan rasa kecil hati yang bukan sedikit dengan semua yang mengaku rakan sekerja aku.

sehinggalah akhirnya aku mengangkat kaki dari dunia mendidik yang selalu aku dambakan sejak kecil. sistem itu sudah tidak terkejar dengan budaya yang anak-anak kita amalkan sekarang. aku cuma diberi dua pilihan saja semasa di situ -- jadi cikgu habis kelas dan tutup buku atau jadi cikgu yang di alam berinternet ini pun masih mencurah ilmu lagi sebenarnya celik mata melihat apa yang meronta di hati muda-mudi zaman sekarang.

sebenarnya, cukup mengerikan menjadi cikgu masa ini. aku kalah dalam perang rasa tanggungjawab yang terlalu kuat. aku tidak mampu memejam mata melihat kebejatan nilai hidup yang membelenggu kita, terutamanya anak Melayu sebangsa aku. anak Cina, anak India kalaupun bermasalah di sekolah tetapi motivasi hidup mereka sangat kuat. tapi anak Melayu, terbiar ralit. sudahlah jiwanya kosong, agamanya luntur pula. tiada siapakah yang sebenarnya mahu menolong?

apa sudah jadi?

jadi merdeka tahun ini, benar kulit aku tidak sehitam tahun-tahun yang sudah. hati aku juga tidak sehitam dulu, terlalu berconteng dengan rasa marah yang sebenarnya tiada siapa sudi mendengarkan.

nasihat 'berguna' yang selalu aku dapat -- "biarlah diorang, kerja kita mengajar, itu saja."

oh maaf, aku rasa aku berbohong besar dengan amanah yang Tuhan beri. guru mesti mendidik. maaf sangat kalau aku terlalu degil dengan peraturan dunia ini.

sekarang tanpa gaji ribuan yang didamba orang lain, benarkan aku untuk membersih sisa-sisa hitam yang masih berdaki sepertiga hati ini.

benarkan aku di sini. mengasihi segenap ceruk jiwa aku yang bertahun dibiar tak diendah makan, minum dan sejahteranya.

izinkan aku mengecapi Merdeka tahun ini.

terima kasih.





dari http://15malaysia.com/, saksikan ini.
harapan aku, ia memberi makna untuk jiwa merdeka kita hari ini.

dan juga, ia menampilkan antara blogger kegemaran aku -- bro Pyanhabib!

4 comments:

joegrimjow said...

tak pernah dengar pasal 15malaysia ni
terima kasih


nak pupuk semangat kat diri orang susah
baik pupuk benda tu kat diri sendiri
mana lah tau suatu ahri nanti orang tengok dan orang tu akan contohi kita

y u z said...

joegrimjow :

ikuti 15Malaysia selanjutnya. banyak ilmu dan pengisian akal yang hebat.

itulah, akhirnya diri sendiri yang keciciran. saya masih dalam proses transisi. terima kasih untuk kata-kata yang baik hati. =)

amalhaj said...

15Malaysia huhuhuhu, teman ni
1Malaysia pun tak pass lagi....

y u z said...

amalhaj :
15malaysia merumus kepada 1malaysia?
boleh?

ahaha.