Sunday, August 23, 2009

oh Kampung ku.

untuk seorang yang dilahirkan di Kuala Lumpur, aku selalu menghadapi masalah bila orang bertanya -- "kampung kau kat mana?"

aku kata -- "Perak", sebab selain menghabiskan zaman tadika dijaga Uwan dan Tok, setiap tahun bila datang musim balik kampung untuk raya kami sekeluarga akan pulang ke sana.
sebab Mama nak balik kampung dia tiap-tiap tahun. hehe.

"kau lahir Perak ke?" "tak, aku lahir KL" "habis kampung kau bukanlaa Perak, dol. KL lah."

dan itu juga yang aku pelajari dari cikgu-cikgu aku dulu -- "Kampung ialah tempat lahir kamu."

tapi camnelaa aku nak panggil KL tu kampung?
gila canggih kampung aku ada KLCC weh. ada lrt. ada Cineleisure. kampung kau ada ayam-itik je.boohoo.

oklah, Kampung Baru. bagi chan.
stesen berikutnya, Kampung Baru. next station, Kampung Baru.

tengok, Kampung Baru pun ada lrt. iskh-iskh.

sejak di sekolah, setiap kali tiba tajuk "Kampung Saya" yang mana cikgu akan suruh huraikan satu-persatu tentang rumah kayu beratap nipah, ada pokok kelapa condong di halaman, ayam itik bertebaran di bawah rumah, basikal tua tersandar di pangkal tiang, aku secara tak langsung sebenarnya meminjam imej kampung Mama, tempat aku habiskan 6 tahun sebelum masuk darjah 1 di Kuala Lumpur -- kampung sebenar aku.

aku rasa, kebanyakan kawan sekelas aku juga melalui keadaan yang sama. tapi sebab aku sangat kritikal jadi aku rasa "Kampung Saya" adalah pembohongan semata-mata. hahah.

sekarang pada usia hampir 30 tahun dengan jiwa yang semakin sentimental (cewah), aku mula mencari 'kampung' aku.

10 tahun dahulu aku diperkenalkan dengan Kelantan. negeri yang aku tak pernah terfikir akan dijejaki. mula-mula dapat surat tawaran belajar di sini, semua orang macam -- "Machang, Kelantan? weh, kau ok ke kat sana nanti?"

masa tu aku tak dapat nak bayangkan apa dia imej Kelantan yang akan aku jumpa. yang aku tahu ia sangat sinonim dengan pemerintahan politik bukan kerajaan pusat, tutup aurat (maya karin di papan iklan pun pakai tudung kat sini), makanan yang manis-manis, tak ada nightlife, dan dialek percakapan yang bukan bahasa Melayu standard.

"mek nok gi mano mek?"
"abe we nok tubik mache pah ni."
"acu ghoyat memolek weh, kawe tok pehe go dio mung kecek nih."

SMS dalam bahasa Melayu Kelantan sangat mengelirukan. aku dah berhenti mencubanya. penat!

tapi Alhamdulillah, semua paranoia terhapus. aku tak hadapi banyak masalah memula dan meneruskan hidup di sini.

mungkin kerana aku dah mula bertudung sejak habis SPM, memang tak diajar keluar bernightlife, dan jenis suka mencuba makan (aku suka diri aku yang ini).

dan bahasa Melayu Kelantan akhirnya aku kuasai dalam terpaksa kerana semua rakan sekelas aku berasal dari sana.

paling tenang bila musim balik kampung, tiket ke Kuala Lumpur tak pernah habis walaupun pada saat akhir. tiket untuk kembali ke Kelantan pun tak pernah bermasalah untuk didapatkan, juga pada saat akhir.

sapa je nak balik KL weh. haha.

jadi selepas 10 tahun menamatkan zaman universiti dan akhirnya kembali ke sini, aku rasa senang hati. barangkali kesibukan dan kegilaan Kuala Lumpur tidak relevan untuk jiwa diam aku.

dengan pemandangan sayup hijau sepanjang jalan.

dan langit birunya selalu memukau aku.

luas mata memandang.
komuniti Cina di Kelantan, gaya cakapnya tak kalah orang Melayu.

masjid bandar Machang.

tanda-tanda aku dah kena bersiap angkat beg untuk turun bas.

bangunan rendah-rendah aja. seronok tengok langit terbentang, biru.

cuma INI yang aku kurang minat -- bas dua tingkat buat aku loya!

nanti bila berkesempatan ke bazar Ramadan, aku sambung cerita lagi. semuanya aku teringin nak makan!

6 comments:

ayobkelubi said...

huk aloh mek ni. silap gayo mu kawe gok ngan jante klate ni deh!.

hahaha.

aku suka kelantan sebab makan murah beb!. awek dia pun manis semacam gak.

anyway, kau dan aku senasib. kita dilahirkan dan dibesarkan di kuala lumpur.
cuma sekarang aku menetap di melaka.
bila orang tanya aku asal mana, aku cakap KL, semua pakat menjuih.

dok melaka, berlagak KL pulak!, derang kata.

laaaaa,macam tu pulak?. Lepas ni aku nak pindah New York, sedap sikit nak bagitau asal mana kan?.

anyway, selamat berpuaso yo mek?. hok siso mee goreng tu ado kat bibir atas nu!.

y u z said...

incik ayob :
mano mee goreng lak abe yob nih,
spaghetti laa! haha.

bab makan,memang murah.dengan cuma RM400 sebulan dah cukup sangat untuk survive seadanya sebagai orang bujang.aku memang patut duduk kat sini je sebab aku suka makan,kat KL banyak juga yang nampak sedap tapi bila makan -- dahlah tak sedap mana,mahal je lebih.nasi kerabu nilai RM3 kat sini,turun KL kena ketuk RM7.chisttttt.mahal agaknye tambang budu tu ke sana.

bab nikah kahwin jangan sebut weh.mak aku tak berkenan.hahahahahhhh harap maaf.

=P

amalhaj said...

mase teman dok kat kelate dulu2makan budu 1hari1botol seleradiutamakan..... makcik kedai tuh kate, oghang kelate pun tak makan macam mu.... hehehehehe

y u z said...

amalhaj :

1jam1sudu tekak diutamakan laa kaedahnya ni.ish ish.

membina antibodi kot.sah2 dah kebal di musim H1N1 ni.hahah

Pyanhabib said...

mek, kampung mung mano? perok? kolompo? (betul ka gua speking ni, ha?)
*selamat berpuasa penuh! (tih tih tih...)

y u z said...

bro pyanhabib :
hantam sajalah!hahaa.

lahir di KL,kerja di Kelantan,
raya di Perak.habis timur-barat gua rentas.

harap dapat berpuasa penuh suatu masa nanti,mungkin menjelang 50-an kot.tih-tih-tih.