Tuesday, August 25, 2009

ubat hati.

terlalu banyak yang ingin aku katakan dalam waktu yang agak suntuk ini. sebentar lagi siang datang. baju masih belum diseterika sedang masa semakin mengejar tanpa simpati.

tik-tok-tik-tok

mujur saja mesyuarat akan mula jam 9 pagi nanti.

aku pandang duduk berdiri aku sekarang. hidup yang masih belum selesai. setiap hari dengan persoalan yang baru. setiap hari ada saja isu yang mesti ditangani pada saat itu dan ketika itu tanpa bertangguh.

semuanya buat aku lebih menghargai hidup.

semuanya buat aku lebih insaf yang kita tidak mampu menentukan titik noktah mengenai siapa kita hari esok. setiap hari mesti bingkas dan diteruskan demi kelangsungan kehidupan.

tidak semua senang menerima yang aku dulunya cikgu sekolah.

yang di hadapan aku sekarang, sekumpulan lepasan graduan universiti yang masih menghitung "apa aku nak jadi" pada setiap hari. solusi mudah dan tipikal -- jadi cikgu.

sinis saja aku mendengar.

langsung encik pensyarah menuding pada aku -- "ini haa, bekas cikgu sekolah. kau tanyalah kenapa dia ke sini sekarang."

aku tidak menyesal. memberi ilmu dan mencari ilmu itu sehingga menutup mata pun tidak habis. tidak semestinya diseru "cikgu" dan mesti dalam lingkungan sekolah.

barangkali tidak ramai orang segila aku yang sanggup melepaskan rasa selesa dan selamat sebagai kakitangan kerajaan. ada yang sebenarnya sudah mengangkat jari tengah kepada sistem yang harus diakur setiap hari, tapi bila mengenang gaji beribu yang masuk akaun setiap 25 haribulan, langsung menikus.

aku tidak ejek mereka. semua orang berhak memilih.

seperti aku yang kini sudahlah jangan mimpi merasa bermewah-mewah, lagi pula masih berhutang. tapi aku lebih tenang. tinggal sudah hari-hari aku meratap bila kerja mendahului kebajikan diri sendiri.

semua orang berhak memilih. betul.

dan hidup mesti diteruskan. aku suka menelan rasa positif ini. sangat terbuka dan redha.

seorang pensyarah aku telah menyebut :
"umpamakan kita sedang dalam perlumbaan arnab dan kura-kura. pilihlah menjadi kura-kura kerana meski dia tidak mengecap kemenangan dengan mudah, tetapi sepanjang perjalanan dia tidak mengalah dan bijak mengatur strategi. arnab merasakan dia akan menang mudah, sampai pada satu ketika dia selesa mendahului dan memilih untuk tidur. kura-kura masih berjalan, penat dan perlahan tapi terus mara."

siapa yang menang akhirnya?

hari ini aku titipkan di blog seorang bekas anak sekolah dulu --
"kita kalah bukan kerana orang lain, kita kalah kerana diri kita sendiri."

mulakan hari ini dengan lapang hati, ayuh!




"People leaving all the time
Inside a perfectly straight line
Don't you wanna curve away
It's such
It's such a perfect day
It's such a perfect day"
kredit kepada youtube dan metrolyrics


p/s : kongsikan positiviti anda kepada Hafiz dan Asrol hari ini. mereka anak-anak yang suka memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik pada setiap hari. terima kasih.

8 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

saya mahu jadi kura-kura itu dengan bersemangatkan semangat arnab..;)

y u z said...

shema :

kura-kura bersemangat arnab? wah ini kura-kura pakai bateri duracell ni.

semangat ya!

RUMAHMARIKH2010 said...

THNKS CIKGU..
walaupon diri tdk lgi bertemu...bersua muka di teknologi ini menjadi lalu perhunbgn kita.
terima kasih sbb sllu mndekati hati pelajar2 cikgu melalui cara ini..
saya sentiasa doakn kebhgian cikgu..
semoga ramadan kali ini memberi makna buat cikgu

y u z said...

asrol :

InsyaAllah saya masih suka memberi perhatian untuk kamu semua, selama saya masih ada.

Pyanhabib said...

murtabak raja? hem...

y u z said...

bro pyan :
hem?

maksudnya apa? xP

Pyanhabib said...

hem... maksudnya, dok fikir sat, pas tu jawab, `mau mau mau!' (takkan orang ofer rezeki nak tolak, tuhan marah kang, ha! tih tih tih...)

y u z said...

bro pyan :
boleh!boleh!boleh!

doakan sampai ke meja bang pyan sekeluarga di pagi Aidilfitri.

=D