juga senang ketawa.
marah kerana terlalu kecewa.
menangis kerana terlalu hampa.
hiba kerana terlalu bingung hilang punca.
tapi yang anehnya, aku mudah ketawa kerana dalam haru-biru ini, sesekali ada manis yang buat aku senang hati.
terutama sekali, kalau jumpa si budak bulat ini.
aku mahu berjalan pergi.
*awak, saya selalu akan terus sayangkan awak. tapi maaf, saya tak mampu maafkan awak. awak tipu saya. awak berpura-pura dengan mama ayah dan semua orang. tak semua orang faham dengan jelas pasal kita, itu sebab awak senang-senang tinggalkan saya. mmm mama ayah dah tau belum awak hisap rokok? jangan hisap banyak sebab awak tu bukannya sihat sangat. tak macho pun hisap rokok tu kalau batuk memanjang. sebab saya sayang awaklaa saya tak pernah galakkan sangat awak hisap rokok. memang nampak seksi, tapi bawak mati pun tak guna. bawak sakit kepala pun tak guna. kecemerlangan awak bila awak study elok-elok, bukan tayang gaya, rupa dan suara semata. kalau awak extend sem, result tak bagus apalah maknanya awak. tapi tak apa, saya faham. saya pun memang tak sempurna. sibuk je kan.
saya harap kawan baru awak itu lebih sempurna untuk sayang awak sekeluarga. pegang tangannya dengan tanggungjawab. saya juga harap kawan-kawan lain kawanlah dengan awak sampai bila-bila. sokong awak dalam setiap masalah dan ketika, macam saya selalu sayangkan awak selama-lamanya. jawab pekse bebaik ye.
esok sudah November. kalau aku masih update blog dengan emo yang pelik-pelik selepas ini, sila tinggalkan pesanan penaja dengan ayat paling celaka supaya aku boleh tampar muka dan kata --
"Oi, umur dah masuk 30 bulan 12 ni. bawak-bawak pikir cerdik sikit."
perkara yang paling susah dalam hidup ialah untuk memulakan sesuatu!




4 said hello, peace be upon you.:
Siap ada pesanan penaja :p
hidup kena selalu berpesan dan dipesan, kalau tidak kita kerap hilang haluan langsung sesat jalan.
;)
everybody hurts... :(
atut,
yes. this one hurts so bad. i can't imagine how i may forgive him.
=(
Post a Comment