Monday, March 07, 2011

malam ini hujan. dan aku dibawa kenangan.


suatu ketika yang dulu.

jadi cikgu kadet bomba ialah best tahap naga berapi!

rindu baju celoreng bersepahan dalam stor, but yang bersusun-susun, malam-malam perkhemahan, sesi burung hantu, tidur tersengguk tepi padang, hos bomba dan jentera besi merah!

selain rela sama hitam tatkala latihan persembahan hari kebangsaan, berhujan berpanas dengan budak-budak pada waktu begini adalah bahagia tak bertepi. biar bersempadan sahut "cikgu" dan "murid", tapi akrabnya hingga kini.

intelek dan ihsan biar setara. memanusiakan orang, bukan dari sederet gred A lambang berjaya semata.

aku bukan cikgu hebat di dalam darjah, memadai susah-senang bersama yang seketika itu dapat mencelik manusiawi.

entah apa yang dipandangnya jasa aku dilaung "Cikgu Fairuz" hingga kini. jujur aku tak pernah tahu, malah aku malu sebab sumpah ikrar aku menjadi pendidik itu belum pernah terlengkapi.

ini harga diri aku. jangan hakimi aku kerana sifat cela yang terzahir pada permukaan semata. iya mulut aku jahat. benar kataku tak berlapik. tak guna berpura-pura yang dunia ini manis semata. tak guna disuap santak kalau bukan syukur yang kau bekaskan di hati mereka.

teladannya hari ini, yang mengerti tidak pernah sesuka hati membenci.

bila nanti aku pergi, merekalah harta yang tinggal buat menitip surah suci.

InsyaAllah.

4 comments:

ayobkelubi said...

jasa yang sedikit tapi ikhlas tu paling orang ingat cikgu.percayalah.

aku sudah ada dalam bidang yang lebih kurang untuk tahun ke 11 dan ia, kadang-kadang semangat tu mmg hilang bilamana orang tidak memandang akan jasa yg kita buat, bukan mahukan perhatian ataupun ganjaran tapi sekurangnya ucapan terima kasih sudah memadai bukan?.

apa-apa pun

kau pasti sentiasa rindukan kerja yg dahulu bukan?. :P

Anonymous said...

hi fairuz. stumble upon ur blog via twitter tipah. omg u have such a good BM.kenapalah aku tak sedar org mcm kau ni utk masuk jadi crew mag zekolah dulu :)

keep on rocking err writing!

- Ann Azis

y u z said...

incek ayob,

sudah lama kan saya berdiam diri. barangkali tuan harus tau, tugas terkini saya masih berlegar di ruang sama -- dengan pengertian yg lebih dalam dan senario yg lebih mencabar lagi! terima kasih masih sudi singgah ke mari. =)

y u z said...

ann,

aku pemalu sikit (banyak kot) ahahaa.
rasa terharu pulak dapat komentar sebegitu. segan aku. =">