Saturday, May 14, 2011

Hujan inspirasi.

tiba-tiba petang itu aku ditanyakan --

"yuz, do you want to give it a try?"
"have you ever done copywriting?"


antara segan, gementar dan rasa teruja -- aku lebih dari sudi menerimanya sebagai cabaran terbaru.

medan penulisan memang sejak bangku sekolah jadi makanan aku. selain di sini untuk aku curhat, atau coretan-coretan ringkas yang seiring kemajuan bersosial terkini maka ada saja yang bakal terpapar di twitter dan facebook.

tapi tawaran petang itu, dengan skop menulis mengenai korelasi muzik, fesyen dan gaya hidup?

terbaik.

aku penggemar muzik. secara universalnya aku boleh terima dengar apa saja jenis muzik. dari komposisi klasik asli, jazz, dangdut, pop atau rock -- semuanya aku ok. cuma barangkali yang jadi inti untuk dititikberatkan ialah puisi dalam lagunya. cerita yang tak meleret-leret tentang putus kasih versi melutut dan merayu sambil berjuraian air mata. ;)

oh fesyen? kalau biasa melihat aku secara berdepan, maka maaf kerana aku tak pandai benar mahu melaram gaya. tapi secara harfiahnya memang aku suka melihat gaya terkini. biasanya ada cemburu memandang orang-orang yang nampak cantik saja biar menyarung apa jua reka dan warna.

perkaitan dengan gaya hidup? untuk aspek ini, ada pengalaman sebagai intipati, lebih banyak dari pengamatan kepada remaja dan cabaran semasa. untung jadi anak muda pasca dekad ke-21, semua maklumat di hujung jari. semua input senang jumpa asal saja mahu cari. tak kira kisah politik, rencana perundangan, khabar ekonomi, telatah hiburan -- tinggal bukan untuk salahguna tanpa spesifik haluan.

bagi aku --
muzik adalah hiburan.
fesyen semata berpakaian.
gaya hidup itu pertembungan antara elemen tatasusila, adab dan adat serta amalan beragama.

tapi kalau digabungkan semuanya maka kau akan jumpa kehidupan.

sebelum ini juga kalau sudah selalu maklum akan isi tulisan aku di sini, pernah saja aku nyatakan tentang rasa kagum dan hormat pada band Hujan.

dari sekadar menggemari muzik, aku jadi terkesan dengan pendirian dan semangat yang didokong mereka. barangkali bertuah juga bila tertempias dapat berada dalam lingkungan rakan dan kenalan. semuanya serba tak sengaja. kalau asalnya cuma pemuzik dan pencinta seni, kebelakangan ini dengan tanggungjawab menjadi dewasa maka masing-masing mula ada anjakan tersendiri, menjadi komposer, pengarah dan usahawan, selain mencipta label yang lebih dinamik.

dari band Hujan, kini ada Morning Rocket.

jadi bila dari Hang Dimas sendiri yang bertanya -- "yuz, do you want to give it a try?"

I mean, how would I say no, man? Music, fashion and lifestyle all in one, while working with among the best example of people who worked their tears and sweat to be where they were now?

Yes, I'm in!


apparently, they're my bosses now. hee


harus aku akui ini -- bergelumang kembali dengan stok pakaian, teknik produksi dan cetakan baju serta menyusun atur produk, aku seperti perlahan-lahan kembali ke keharusan aku. sebagai graduan bidang rekaan tekstil, barangkali akhirnya Tuhan sudah letakkan aku di jalan penghabisan. benar, sejak selesai di universiti aku langsung tak mempraktik ilmu yang dibelanja habis wang PTPTN dulu. kesibukan kerjaya hanya seputar dunia pendidikan.

semacam kembali ke cinta pertama? ;D


*gambar dari facebook -- Morning Rocket dan Dollsstore.

*baca juga! --
http://ceritaceriticerutu.blogspot.com/2009/06/hai-nama-saya-naufal.html
http://ceritaceriticerutu.blogspot.com/2009/05/dedikasi-tanpa-segan-silu-untuk-hujan.html


ya, Hujan itu inspirasi!

No comments: