Wednesday, August 01, 2012

mengalah itu mustahil

pada banyak masa, kita telah berusaha segala yang terdaya tapi dikalahkan oleh perkara-perkara yang datang tiba-tiba. selanjutnya dilihat sebagai si Gagal yang hanya lantang berkata tapi jadinya tidak juga.

itu sebab, suatu ketika aku memilih untuk diam dan tidak dipeduli walau siapa. anak-anak didik dari zaman mengajar juga aku tinggal biarkan. bimbang kerana sedar diri yang jauh dari sempurna untuk dipandang selaku mentor yang baik.

tapi tuntutan kehidupan harus dilunaskan. tanggungjawab untuk mak abah dan keluarga mesti dilangsaikan. anak-anak bekas didik tak berhenti meruntun dari cari, semata kerana melihat aku yang terlalu berani menjalani hidup secara tersendiri.

memang tak mudah, bila sekian tahun kau diam tak dikisah dan tiba-tiba tercampak di tengah ramai.

ada kekok. ada aneh. ada segan, sipu dan silu.

canggung.

malang sekali segala kriteria-kriteria tadi sangat kontra dengan peribadi yang harus ditayangkan aku bila berada dalam kasut yang kini. lantas aku jadi kritikal, terlalu berfikir dan sinis.

dalam kesimpulan yang lain -- aku hanya membuang masa. buang masa aku dan buang masa orang lain juga.

tapi ini bukan bererti mengalah. sesungguhnya akur masih banyak yang lemah dan salah. barangkali harus tenang dan diam sebentar dari menyanggup pada segala yang diserah.

sebab aku masih tergagau dan mentah. pencarian merit masih belum bernoktah. selalu bermohon supaya tidak rebah dan merelakan semuanya musnah.

musnah sekali lagi, seperti yang sudah pernah jadi.

aku refleksikan begini, peluang selalu datang seumpama pilihan haluan yang datang dari banyak simpang. tapi terkadang kita barangkali jadi terlalu tamak, gopoh atau terlalu mahu mencuba sedekat sempurna seperti yang orang lain jangka.

kesudahannya, tidaklah merana. cuma penat rasanya, apatah lagi ditebak depan mata dengan mesejnya -- sudah-sudahlah mencuba. kerana anda tetap si Gagal yang hanya lantang berkata tapi jadinya tidak juga.

aku yakin jalannya sudah tidak salah, cuma,
daripada jalan kaki, barangkali aku sepatutnya berbasikal atau mudah-mudahkan saja dengan berkereta?

Wallahu'alam.

2 comments:

ayobkelubi said...

w'salam

yus. alah bisa tegal apa tu peribahasa aku lupa lah!. hahahaha.

yg penting #KeepCalm orait?.

y u z said...

:)

wah cikgu ayob, sekali singgah terus kasi dua komen.

alah bisa tegal biasa. ya. sedang cuba tegalkan diri sedapat-dapatnya. mungkin juga kerana faktor usia jadi lelah untuk buang masa kalau memang di akhirnya jadi sia-sia.

itu sebab yg cuba disimbolikkan - masih mahu gagah berjalan kaki atau sepatutnya berbasikal atau berkereta saja? maksudnya, tak perlu memaksa sedang orang lain pun tak peduli mana. mudah kata, belajar untuk katakan 'tidak'.

sebenarnya, itulah yg paling payah. acamno?