Sunday, October 20, 2013

so what happened actually?

bingung.

bila semua yang dimulakan tak selesai.
bila semua yang dimahukan tak sampai.
bila semua yang dirancang tak langsai.
bila semua yang ditinggalkan melambai-lambai.

dan jadi terperangkap;

dalam celik pagi yang penuh dengan sebal.
dalam terang siang yang celaru dengan usaha yang tak jumpa hujung pangkal.
dalam lelap malam yang dipaksa dan air mata yang diseka dengan sesal.

apa sebenarnya yang berlaku?

lebih parah bila sekeliling jadi resah.
lebih susah bila sekeliling jadi menyampah.
lebih payah bila sekeliling mula marah.

aku juga resah, menyampah, marah.
apa lagi yang tak sudah?

apa lagi,
yang sepatutnya sudah jauh ditinggalkan pergi,
tapi masih memberat jadi batu dalam hati?



PAPER MEMORIES from Theo Putzu on Vimeo.