Friday, July 04, 2014

La Taghdab!

"Rasulullah SAW, was once asked by a man to give him advice. 
The Prophet told him, "La taghdab!"' Which means, "Don't be angry!' 
But the man didn't listen, and kept on repeating his request. 
Rasulullah SAW, just kept on telling him the same answer, 
"Don't be angry! Don't be angry!"


Salam Ramadhan 1435H.

Dah masuk hari ke-6 berpuasa. Menahan lapar dan dahaga. Menahan geram dan marah. Aduuh.

Sangka diri mampu jadi yang peka dengan situasi semasa. Segala info dan maklumat menderu-deru di zaman serba pantas serba laju tanpa batas hanya dengan ketipan-ketipan jari jemari di papan kekunci.

Baik sumber berita itu yang mengundang kemarahan membawa kepada pendapat-pendapat tangkap muat hinggalah yang berakal singkat. Belum masuk lagi yang dijenakakan atau yang disibuk-sibukkan hingga jadi kejelikan yang tak diundang.

Andai saja mampu tulikan diri dari ambil tahu semua ini. Sia-sia berkeruk perut berlapar.

Hoi Yuz, ini baru hari keenam lah!

Tuesday, April 01, 2014

banyak

banyak benda difikirkan. banyak perkara berlaku luar kawalan. banyak sebab orang jadi hilang kewarasan dan kepercayaan.

bila banyak kau membaca dan mencelik pancaindera, kau secara sesuainya memang lebih banyak tahu.
tapi bila lebih banyak tahu, tanggungjawab juga harus didahulu.

"ini yang aku tahu --
banyak bagusnya kalau disiarkan atau lebih banyak bagusnya bila disimpan?"

banyak.

Thursday, February 20, 2014

mengeluarkan isi otak

p/s: macamana nak jadi ignorant? serabutan kalau dapat tahu dan rasa nak mencelah juga dengan argument sendiri. ish.

kisah anak-anak sweden ini, rumit.  


aku, macam awak semua juga. diam-diam aku ikut perkembangannya. sambil timbang-timbang dan fahamkan;


ikut pengalaman sendiri.

ikut pembelajaran masa dalam latihan guru.
ikut pengamalan masa jadi guru. 
ikut apa yang dipraktikkan masa jadi staf di NGO untuk kanak-kanak dan remaja.
ikut tatacara sebagai pekerja di sebalik jenama-jenama besar yang juga wujud di media sosial.

imbas-imbas baca segala macam respon untuk kes ini. baik dari yang bertindak hinggalah kepada yang cuma nak ajak bertekak.


kadang-kadang kita terlampau taksub dengan apa yang kita anggap sudah paling tahu dan setuju. sedikit pun tak sudi bagi ruang untuk lebih ambil tahu. hasilnya, kes ini ditubi macam-macam komentar 'kejam' khasnya di media sosial, walhal sebenarnya ia penghakiman semberono kita-kita.


macam biasa, perkara-perkara begini dibangkit dan dibincangkan sesama kawan-kawan. 

komen pertama:

"Kids made mistakes. Adults made mistakes. Pokoknya, selepas itu bagaimana.  Bab undang-undang di Sweden atau bab rotan mendidik, aku tak reti nak komen. Aku lebih berminat nak tahu apa yang dilakukan untuk betulkan balik keadaan. Ada kaunseling ke, kelas agama ke, sokongan moral ke."

komen kedua:


"It is a case study. For us here, its either we listen to what the parents say against what the kids say. At this point both parties are being cautious saying anything that could turn back to haunt them, hence there might be a little inaccuracy of what really happened. I'm just open to any thoughts/ perspective.

Ini bukan saja soal kaedah didikan anak, tapi juga ideologi didikan agama sepertimana yang kerap kali kita dengar media tempatan mempertahankan pasangan ibu dan bapa ni."


clearly, it'll be a long and winding road for the family. aduhai, semoga dikuatkan rasa-rasa hati. 

aku suka bagi contoh begini, 

kita boleh lihat satu bentuk mindset masyarakat yang sudah boleh bersetuju -- belanja nikah kahwin tidak perlu sampai membazir. cukup yang rukun, cukup yang wajib.

jadi, apakah keterlaluan untuk aku berharap, yang satu masa nanti -- aku, kau dan kita semua boleh sama-sama persetujui dua baris ayat di bawah ini?

"It’s time that we take children seriously as individuals with human rights.

If slapping an adult is considered criminal assault, why do we think it’s okay to slap children?"

take it this way -- marilah belajar sesuatu. dan kadang-kadang kena akur, apa yang kita kata sudah tahu, sebenarnya banyak yang kita masih langsung belum tahu.


paling hebat kalau kita mampu, nyahkan persepsi tradisi dan amal jalani hidup dengan ilmu? 


http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/three-things-about-the-alleged-malaysian-child-abuse-case-in-sweden

Wednesday, January 29, 2014

Human, being perfectly human.

We have arguments in our minds. 
We have doubts in some decisions. 
We have regrets over certain pasts. 

Because we're human. 

Vulnerability and fragility are a Godsend gift, 
For being without -- is a heartless, soulless entity.