Saturday, June 13, 2009

read between the lines.

ini yang aku kerjakan sepanjang seminggu sudah.
harap dapat siap paling lewat minggu depan sebelum gotong-royong tadika.

rabu lepas aku luangkan masa dengan mak uda di KLCC. bual kosong, bertanya khabar masing-masing. tapi besar juga belanja semata untuk duduk berbual. bermula dengan minum teh tarik di La Cucur. beralih ke makan tengahari di al-Marjan. cuci mata di Parkson dan Kinokuniya mencari buku curhat yang sesuai. kemudian balik semula ke La Cucur untuk minum petang. aku sendiri tidak pernah minum dan makan di tempat semewah itu (bagi aku laa, orang lain biasa kot).

tapi yang penting -- isi bualnya. ceritaceriti yang kami kongsi. bertolak daripada kecewa dan sebal dibelenggu 'keldai-keldai' yang besar diri. intipatinya seiring tindakan aku meninggalkan sistem sekolah. apabila tekanan yang melanda menjadi virus pemusnah yang mula memamah pertimbangan diri, nah, lantas keputusannya -- pergi.

cuma banding beza -- mak uda sudah 14 tahun, aku baru menjejak tahun ke-4.

kelmarin dalam sunyi petang abah singgah menjenguk aku. juga berkeluh isi yang sama. bosan kerenah birokrasi yang bergincu politik. walau tidak terang, tapi cukup untuk menimbulkan rasa meluat. semacam satu 'state of denial', kalau kamu tidak akur jadi kamu yang dipersalah. walaupun kamu tahu ia tidak benar pada nilai moral, insan dan akad kepada Tuhan.

aku bukan beria hendak mengangkat diri. tidak. ilmuku terlalu sedikit. tapi aku jelas apa yang patut atau tidak.

segala macam urusan di bumi bertuah Malaysia ini semacam diketatkan dengan politik. semuanya main wayang. semuanya politik.

bersaing untuk jawatan tinggi -- politik.
membida untuk projek -- politik.
rebut tempat di ipta -- politik.

pendidikan pun sudah dipalit hitam politik.

markah kerja kursus aku di universiti dulu pun pernah ditukar kerana aku tak minat mendamping encik pensyarah itu berduaan atas nama "consultation hours". sekarang encik pensyarah dah bertahun dinyahkan kerana salahlaku dengan pelajar. aku yang seksa menanggung pointer rendah dari semester satu sebab digagalkan subjek dengan nilai 4 jam kredit! apahal!!

aku kerap membaca di akubimbo serta obefiend, dari banyak segi aku selalu setuju dengan tulisan mereka. semakin kurang menonton berita dan membaca akhbar. kosmo yang dilanggan saban hari itu pun aku baca yang patut-patut saja.

kata abah, mengenang kerenah politik pejabat sekarang -- andai saja dia masih bertugas dengan kerajaan maka setiap hari pasti timbul radang dalam hati serta bertingkah kata. balas aku padanya -- you're just lucky, you left the f**king environment like 15 years ago already. and now you are complaining because they looked down on you.

abah dulunya penyelaras latihan vokasional kebangsaan. memilih bersara awal di usia 40 kerana mula terbelingas dengan serabut politik pejabat. kerana dia dilatih dari sistem kemahiran, lebih banyak pengalaman dan pengetahuan secara hands-on, bukan gebang teori atas sandar ijazah atau diploma. tapi dek kurangnya segulung kertas itu, dia dipinggirkan walaupun dalam banyak isu dia yang menangani.

sekarang ini abah antara penilai luaran untuk pusat-pusat latihan dan kolej serta pentauliahan pekerja asing. itulah, walaupun bekerja di luar kerenah pejabat tetapi bahang birokrasi tidak pernah kenal hormat. banyak yang cuba "hulur bawah meja", pernah juga dihamun orang besar kementerian berkaitan bila abah bertegas enggan meluluskan kes-kes pekerja asing tertentu.

biasa juga dipandang rendah selayaknya pengemis bila mengurus dokumen-dokumen di kaunter kerajaan. paling tidak, hormatlah orang tua. baru setahun dua dilantik kerja tapi rasa besar bila duduk di bahagian pejabat. yelah, kerja macam tahi pun gaji tetap masuk hujung bulan kan.

i think the ruling government have had enough, in a sense that they are overpowered. kesannya terlalu ramai Melayu yang merasa mereka berkuasa tanpa meletak TANGGUNGJAWAB dan AMANAH sebagai pegangan kerja.

tak perlu pula aku menceceh hal politik yang terpampang di muka depan akhbar. lebih pening dan memualkan. semua etika dicampak ke longkang.

aku pernah respon pada salah satu tulisan akubimbo -- banyak daripada kita hari ini dah jadi macam dalam filem "V for Vendetta". tengok berita dan juih balik -- "bollocks!"

betul kan?

terlalu banyak sampah yang dipaksa untuk rakyat telan dan terima dalam derita. aku lebih lagi geram kalau disebut hal pendidikan.

the annoying PPSMI issue dan gejala ponteng di sekolah.

i so agree dengan komen yang satu ini dari bapak gulagula di akubimbo -- Ingat tak when I wrote about gangsterism in school? How does the minister knows about the school kalau anak depa ramai yang sekolah private?

maaf, saat paling aku benci bila keputusan peperiksaan umum Malaysia dihebahkan. "prestasi semakin baik" -- rata-rata yang akan ditulis.

kerat jari kalau ada cikgu yang tidak tahu markah lulus subjek Matematik untuk SPM ialah 20%.

blahlah.

berambus dengan Falsafah Pendidikan Negara. cuma retorik yang ditulis cantik dan semua bakal cikgu dan cikgu yang akan ditemuduga untuk sah jawatan mesti hafal ya!

tidak ada yang murninya lagi kalau kau "read between the lines" dalam banyak hal-ehwal negara hari ini.

aku tidak pro kepada yang kanan atau kiri, tapi sebagai warga yang sayangkan negaranya aku tahu ada perkara yang patut atau tidak.

tapi tolonglah -- jangan buli sistem pendidikan wahai pembesar sekalian. aku pernah di situ. aku tahu. bila pelajar tidak lengkap data folio Pendidikan Seni SPMnya, aku yang dikerah menyiapkan segalanya. sebab apa? malas nak mengulas lagi. aku dah tulis pun sebelum ini. semata cerita atas kertas yang kau mahu pandang. yang di depan mata ini bukan robot boleh aturkan arahan kerjanya.

ah. lantaklah. masih ramai yang sanggup mengabdi. aku saja yang dituding orang -- gila ke berhenti kerja kerajaan masa ekonomi gawat macam ni?

yang aku tahu denda RM2,800++ masih terhutang kepada kerajaan Malaysia kerana notis berhenti kerja 24 jam yang aku serahkan dulu. denda kerana meninggalkan keselesaan bergaji tetap setiap bulan dengan hati yang beku, akal yang mati.

whatever the world may end up to, i am still struggling to understand.

6 comments:

cekgu dila said...

cantikya mural!!!
kreatifnye msyuz...:)

msYuz said...

dila :
tak ada lah yang kreatif pun. tiru balik je.

=D

ayobkelubi said...

dude, ayah ko PPL kah?. wahhh ayah kau sama aliran dengan aku lah!.rasanya dia dulu kerja MLVK kah?.

silap-silap aku kenal ayah kau!. hehehehe

msYuz said...

incik ayob :
ada orang menyahut ni! haha.

yup, abah saya PPL. dulu di MLVK sampai mid 90's (tak ingat exact year abah bersara).

jeng-je-jenggg dunia ini kecil!

wmy said...

salam cikgu,
tulisan ni mengingatkan aku kepada seorang kawan yang turun ke jalan semasa bantahan ppsmi tempoh hari. Oh ya, dia seorang guru di pedalaman sabah.

msYuz said...

wmy:
terima kasih membaca tulisan yang tak seberapa ini. saya cuma menulis melalui pengalaman saya. guru2 di pedalaman juga ada coretannya tersendiri.