Wednesday, June 24, 2009

hai, nama saya naufal.

hensem tak saya? haha. jangan bagitau ibu ya saya tulis kat sini.

hari ahad baru ni, ibu bawa saya dan mama pegi kelana jaya. ibu kata, dia nak jumpa kakak leeya dan auntie fynn. mula-mula dia tak bagi ikut tapi saya nangis-nangis-nangis pastu dia bagi. kena buat muka comel sikit. hehe. lagipun saya tau ibu tak sampai hati.

ibu kata dekat tempat tu jangan nakal-nakal sebab orang ramai nanti budak comel macam naufal hilang. susahnya jadi comel macam saya ni.

haih.
kami pergi naik kereta. ibu drive tak tau masuk mana. kejap-kejap dia telefon kakak leeya. apalah ibu ni. sampai ngantuk naufal. lapar jugak. dahlah susu tak bawak. hahah.

sampai kat sana, ibu dengan mama bawak pegi giant kelana jaya makan nasi ayam. tapi naufal nak nugget. pastu mama bawak pegi beli kat burger king. sedapppp.

lepastu, ibu dengan mama dengan naufal jalan pegi belakang giant. ibu kata parking giant free, hahah. kakak leeya cakap tempat yang kami nak pergi tu belakang bangunan giant tu je.
sampai sana ibu telefon kakak leeya sebab takut tak boleh masuk. mulanya tak dapat-dapat. lepastu kakak leeya kata dia tunggu luar. dia kata naik tangga dekat orang ramai-ramai tu lah. apalaa ibu ni.

sampai depan pintu Itudio Studio tu, tiba-tiba naufal tengok ada abang tinggi baju putih suruh masuk. eh eh naufal rasa pernah tengoklaa abang ni. ibu kata itulaa abang AG. tapi naufal macam konfius lagi, kenapa dia ada dekat sini?

lepastu kakak leeya datang. dia ajak masuk. tapi dia tak boleh duduk dengan kami sebab kena duduk dengan orang lain. hahah. kakak leeya kata duduklah mana-mana kami suka.

lepastu naufal nampak banyak benda makan. ada karipap, ada popia. tapi ibu tak bagi ambik. dia kata itu orang lain punya, tak elok makan makanan orang nanti tak halal. betul kan?

masa naufal monyok tu, tiba-tiba mama tunjuk satu abang ni. rambut dia macam Dora the explorer. mama kata "tak kenal ke tu? yang nyanyi kat tv?" mama kata nama dia Noh. dia salam dengan naufal. dia kata - "welcome to my house". alah takkanlaa dia tido sini kan. apalahh. haha.
tak lama lepas tu, ada orang cakap dekat mikrofon suruh duduk sebab dah nak mula. naufal panaslah mama, nak keluar!

ibu bagi naufal pegang kamera nikon yang berat tu. tapi naufal suka sebab boleh main-main. tengok ni naufal ambik gambar lampu, gambar aircond, gambar kipas. hehe.

lepastu ada kerja-kerja seni foto yang menarik. mama kata inilah dia tuan punya tempat ni. nama dia Sue Anna Joe. tapi naufal tak nampak dia pun. dia pergi mana ye?

naufal suka lukisan ni. macam-macam warna ada. ada love, ada pelangi, ada matahari pusing-pusing. cantiklah!

yang ini pun cantik. banyak lukisan kat sini tapi naufal tak larat nak ambik gambar semua sebab kamera tu beratlah!

oh ya, masa mula-mula sampai ada orang nama otam tengah nyanyi. ibu frust sebab lambat sampai, dia suka otam punya style lagu dan gitar. hmm.

lepastu kumpulan ni nyanyi. Joanna & Co. tapi apasal dia menari goyang-goyang macamtu? malu lah naufal tengok. eeei. kat depan dia semua orang lelaki pulak tu.

ini kakak leeya. ibu kata kakak ni baik. orang baik naufal suka jadi naufal ambiklah gambar dia tengah main handset. klik!

aaaa...itulaa abang AG yang jemput kami masuk awal-awal tadi. dia pun baik macam kakak leeya. yeay!

ini kumpulan Coco. abang AG tererlah main gitar. ibu ada gitar tapi dia tak pandai main. lepastu dia marah bila naufal usik-usik gitar tu. naufal pun suka jugak nak main gitar. ibu kata nanti dah kaya sikit lagi dia hantar masuk kelas belajar main gitar. lepas dah pandai mesti dia tak marah naufal nak main gitar dia yang berhabuk je tepi dinding tu. hahah.

mengantuk naufal dengar lagu diorang ni. ish. i'm sorryyyy!

lepastu Hujan pun nyanyi. banyak lagu. lagipun ini majlis diorang. barulaa naufal faham kenapa ramai orang datang. ibu kata orang-orang yang datang ni dipanggil "Raingers". aik, ibu pun Raingers ke?

abang ni nama Alef. dia pakai baju baru Hujan. tapi naufal tak dapat nak beli sebab mama tak bawak duit. oh ye, payung Hujan pun cantik, warna hijau.

tiba-tiba auntie fynn sampai. ibu pun hepi sebab awal-awal tadi auntie fynn sms kata doktor tak bagi dia keluar rumah kerana demam. tapi kuatlah auntie fynn ni. dia nyanyi pun macam tak sakit je.

masa show ni, ibu paling seronok sebab dapat dengar lagu Dikala Bulan Bermain Biola secara live. dia dah lama berangan nak dengar lagu tu. wahh mesti senyum lebar dalam tidur lepas ni.

hahahah. kesian abang ni. dia senyum sikit punya hensem tapi naufal salah ambik gambar lah pulak. nampak gigi je. jari dia tunjuk 'peace' pun hilang. sorry ye abang.

kalau jumpa abang ni, kirim salam kat dia ya?

ini dari kamera abang Alef tadi, ada pulak muka naufal tengah petik kamera walaupun tak fokus. terima kasih ya abang Alef.

last sekali auntie fynn nyanyi lagu Creep dari Radiohead. feeling habis dia melalak. penuh jiwa. tapi ibu kata dia sakit lagi tu. hebatlah auntie fynn ni.

inilaa kakak leeya dan auntie fynn. ibu sayang sangat diorang ni. ibu kata walaupun selama ni tak pernah jumpa, tapi diorang baik dan tak sombong. Alhamdulillah dapat jumpa masa ni sebab lepas ni ibu dah nak pergi kelantan sebab kerja.

bila laa nak habis. naufal nak balik ni. tapi mama suruh naufal ambik gambar dengan abang Noh dulu. wajib!

tadaa! inilaa gambarnya. nanti naufal pun nak simpan rambut macam abang Noh lah.
boleh tak mama?

balik rumah, mama bagi makan ubat takut naufal demam. lepastu ibu suruh tidur sebab esok dah sekolah. senang je, dah dapat botol susu kan.

ZZZZZzzzzzzzz...

psst, ibu kata - sori lambat sangat nak tulis cerita naufal ni sebab dia banyak kerja. hehe.

kredit gambar untuk
alefhujanisme. yang lain tu naufal punyelah!

Saturday, June 13, 2009

read between the lines.

ini yang aku kerjakan sepanjang seminggu sudah.
harap dapat siap paling lewat minggu depan sebelum gotong-royong tadika.

rabu lepas aku luangkan masa dengan mak uda di KLCC. bual kosong, bertanya khabar masing-masing. tapi besar juga belanja semata untuk duduk berbual. bermula dengan minum teh tarik di La Cucur. beralih ke makan tengahari di al-Marjan. cuci mata di Parkson dan Kinokuniya mencari buku curhat yang sesuai. kemudian balik semula ke La Cucur untuk minum petang. aku sendiri tidak pernah minum dan makan di tempat semewah itu (bagi aku laa, orang lain biasa kot).

tapi yang penting -- isi bualnya. ceritaceriti yang kami kongsi. bertolak daripada kecewa dan sebal dibelenggu 'keldai-keldai' yang besar diri. intipatinya seiring tindakan aku meninggalkan sistem sekolah. apabila tekanan yang melanda menjadi virus pemusnah yang mula memamah pertimbangan diri, nah, lantas keputusannya -- pergi.

cuma banding beza -- mak uda sudah 14 tahun, aku baru menjejak tahun ke-4.

kelmarin dalam sunyi petang abah singgah menjenguk aku. juga berkeluh isi yang sama. bosan kerenah birokrasi yang bergincu politik. walau tidak terang, tapi cukup untuk menimbulkan rasa meluat. semacam satu 'state of denial', kalau kamu tidak akur jadi kamu yang dipersalah. walaupun kamu tahu ia tidak benar pada nilai moral, insan dan akad kepada Tuhan.

aku bukan beria hendak mengangkat diri. tidak. ilmuku terlalu sedikit. tapi aku jelas apa yang patut atau tidak.

segala macam urusan di bumi bertuah Malaysia ini semacam diketatkan dengan politik. semuanya main wayang. semuanya politik.

bersaing untuk jawatan tinggi -- politik.
membida untuk projek -- politik.
rebut tempat di ipta -- politik.

pendidikan pun sudah dipalit hitam politik.

markah kerja kursus aku di universiti dulu pun pernah ditukar kerana aku tak minat mendamping encik pensyarah itu berduaan atas nama "consultation hours". sekarang encik pensyarah dah bertahun dinyahkan kerana salahlaku dengan pelajar. aku yang seksa menanggung pointer rendah dari semester satu sebab digagalkan subjek dengan nilai 4 jam kredit! apahal!!

aku kerap membaca di akubimbo serta obefiend, dari banyak segi aku selalu setuju dengan tulisan mereka. semakin kurang menonton berita dan membaca akhbar. kosmo yang dilanggan saban hari itu pun aku baca yang patut-patut saja.

kata abah, mengenang kerenah politik pejabat sekarang -- andai saja dia masih bertugas dengan kerajaan maka setiap hari pasti timbul radang dalam hati serta bertingkah kata. balas aku padanya -- you're just lucky, you left the f**king environment like 15 years ago already. and now you are complaining because they looked down on you.

abah dulunya penyelaras latihan vokasional kebangsaan. memilih bersara awal di usia 40 kerana mula terbelingas dengan serabut politik pejabat. kerana dia dilatih dari sistem kemahiran, lebih banyak pengalaman dan pengetahuan secara hands-on, bukan gebang teori atas sandar ijazah atau diploma. tapi dek kurangnya segulung kertas itu, dia dipinggirkan walaupun dalam banyak isu dia yang menangani.

sekarang ini abah antara penilai luaran untuk pusat-pusat latihan dan kolej serta pentauliahan pekerja asing. itulah, walaupun bekerja di luar kerenah pejabat tetapi bahang birokrasi tidak pernah kenal hormat. banyak yang cuba "hulur bawah meja", pernah juga dihamun orang besar kementerian berkaitan bila abah bertegas enggan meluluskan kes-kes pekerja asing tertentu.

biasa juga dipandang rendah selayaknya pengemis bila mengurus dokumen-dokumen di kaunter kerajaan. paling tidak, hormatlah orang tua. baru setahun dua dilantik kerja tapi rasa besar bila duduk di bahagian pejabat. yelah, kerja macam tahi pun gaji tetap masuk hujung bulan kan.

i think the ruling government have had enough, in a sense that they are overpowered. kesannya terlalu ramai Melayu yang merasa mereka berkuasa tanpa meletak TANGGUNGJAWAB dan AMANAH sebagai pegangan kerja.

tak perlu pula aku menceceh hal politik yang terpampang di muka depan akhbar. lebih pening dan memualkan. semua etika dicampak ke longkang.

aku pernah respon pada salah satu tulisan akubimbo -- banyak daripada kita hari ini dah jadi macam dalam filem "V for Vendetta". tengok berita dan juih balik -- "bollocks!"

betul kan?

terlalu banyak sampah yang dipaksa untuk rakyat telan dan terima dalam derita. aku lebih lagi geram kalau disebut hal pendidikan.

the annoying PPSMI issue dan gejala ponteng di sekolah.

i so agree dengan komen yang satu ini dari bapak gulagula di akubimbo -- Ingat tak when I wrote about gangsterism in school? How does the minister knows about the school kalau anak depa ramai yang sekolah private?

maaf, saat paling aku benci bila keputusan peperiksaan umum Malaysia dihebahkan. "prestasi semakin baik" -- rata-rata yang akan ditulis.

kerat jari kalau ada cikgu yang tidak tahu markah lulus subjek Matematik untuk SPM ialah 20%.

blahlah.

berambus dengan Falsafah Pendidikan Negara. cuma retorik yang ditulis cantik dan semua bakal cikgu dan cikgu yang akan ditemuduga untuk sah jawatan mesti hafal ya!

tidak ada yang murninya lagi kalau kau "read between the lines" dalam banyak hal-ehwal negara hari ini.

aku tidak pro kepada yang kanan atau kiri, tapi sebagai warga yang sayangkan negaranya aku tahu ada perkara yang patut atau tidak.

tapi tolonglah -- jangan buli sistem pendidikan wahai pembesar sekalian. aku pernah di situ. aku tahu. bila pelajar tidak lengkap data folio Pendidikan Seni SPMnya, aku yang dikerah menyiapkan segalanya. sebab apa? malas nak mengulas lagi. aku dah tulis pun sebelum ini. semata cerita atas kertas yang kau mahu pandang. yang di depan mata ini bukan robot boleh aturkan arahan kerjanya.

ah. lantaklah. masih ramai yang sanggup mengabdi. aku saja yang dituding orang -- gila ke berhenti kerja kerajaan masa ekonomi gawat macam ni?

yang aku tahu denda RM2,800++ masih terhutang kepada kerajaan Malaysia kerana notis berhenti kerja 24 jam yang aku serahkan dulu. denda kerana meninggalkan keselesaan bergaji tetap setiap bulan dengan hati yang beku, akal yang mati.

whatever the world may end up to, i am still struggling to understand.

Wednesday, June 10, 2009

kompang-kompang-kompang-tepuk-kompang-kompang-kompang-tepuk!

masih menulis dengan ehsan line orang sebelah. harap maklum.

hujung minggu yang agak terisi sehingga semalam (rabu). oh ya, sehari suntuk rabu aku dihabiskan dengan Mak Uda yang sudi memasang telinga -- walaupun aku sebenarnya dah mula 'blah' dari kepiluan-kelukaan-kesedihan-blablabla itu. tak pasal-pasal menitis juga air mata yang dah mula mahal kebelakangan ini. tapi Alhamdulillah, ada hasilnya bual itu. aku cerita kemudianlah ya!

sabtu dan ahad lepas aku sekeluarga memenuhi jemputan kahwin dari sepupu sebelah emak. a grand wedding, i must say. siap VIP touch lagi. tapi manis, dan tak berlebih sebab ia diadakan dalam persekitaran kediaman rasmi mereka. tak sibuk dengan protokol majlis dewan. mungkin kerana pekarangan rumah yang luas dan Alhamdulillah cuaca pun elok, jadi semuanya lancar dan baik-baik saja.

tengok gambar dululah. senang nak ceritaceriticerutu yeah!

keraiannya berlangsung dengan nikah pada petang sabtu dan bersanding kecil pada malamnya. aku tak pergi majlis nikah tapi kata abah, memang sakan dengan berbalas pantun -- menghalusi adat Melaka adanya. bersanding kecil malam tu siap marhaban dan merenjis oleh keluarga kedua mempelai dan sanak-saudara yang terdekat.

SABTU 6/6/09

berani-berani je main D40 aku kan? nak tengok apa hasilnya?

tadaa -- 'hasil tangkapan' si budak kecik di atas. haihaih.

bosan. khemah punyalah banyak, dekat 20 buah rasanya.
dah habis majlis malam tu pun tak siap-siap pasang.

rumah pengantin.
or should i say kediaman rasmi pegawai kewangan negeri melaka
sebab obviously itu bukan 'rumah' mereka.
duh.

perarakan pengantin dan persandingan diiringi marhaban.

AHAD 7/6/09

the adik dan the sepupu posing depan pintu tuan rumah.

ketibaan pengantin yang berkereta kuda. seriously, cuaca sangat cantik.
Alhamdulillah.


"wani!"

ibu bapa kedua-dua pengantin, pengantin dan orang-orang besar Melaka.

main tolak-tolak pulak kat pintu. heh.

makan beradap.

hadap jelah! haha.

ali mamak membingitkan suasana.

pencak silat pun ada.

the auntie a.k.a bunda pengantin bertudung kuning.

the uncle a.k.a ayahanda pengantin a.k.a tuan rumah berbaju melayu kuning.

the KL vs Malacca clan.

pengantin yang manis.
suka aku tengok mekap pengantin perempuan yang simple tapi tetap cantik berseri.

terima kasih juga dari kami sekeluarga!

p/s : balik kenduri aku sakit perut memanjang. tulaa sapa suruh belasah makan tapai banyak-banyak! haiyoh!