Tuesday, May 31, 2016

menulis, dan padam

baiklah. di mana mahu mulakan kali ini.

sudah lama tidak menulis, walhal suatu masa dulu inilah hobi, inilah ruang menarik nafas yang paling melegakan. setiap hari aku hela rasa lapang pada noktah terakhir. 

reformat, & menjadi kosong kembali. jadi span yang diperah habis & bersedia untuk menyerap seberat-beratnya basahan akal yang baru.

aku sudah lupa betapa bahagianya di buku gelap ini aku menulis tanpa rasa akan dihakimi.

ini adalah zaman lucu yang sebenarnya setiap hari kau jadi orang keliru. cuba meletak pandangan bebas atas hak ekspresi sendiri-sendiri tapi tetap mengharap ia diterima -- kalau tidak semua mungkin boleh cuit hati seorang dua.

& begitulah setiap ketika hingga tidak ada satu usaha yang betul-betul berdiri dengan jaya cuma tinggal cerita-cerita syok sendiri yang basi.

orang sudah jalan satu dunia tapi kau masih terkurung dalam bilik sendiri.

orang sudah tulis satu buku & kau masih tulis-tulis & padam, sebegitu jugalah malapnya keyakinan diri.



nampaknya mimpi, suka selesa jadi mimpi.

No comments: