Wednesday, August 01, 2007

salah AKU...atau salah KAMU...??

masa : 12.36 am / umah
situasi : blur...
iTunes :
micheal bolton (bringing back d 80's...oh ye zaman itu adik-adik belum lahir yah?)


maaf, aku dah buat laporan polis.

tapi tipulah, aku tak sekejam itu sebenarnya. aku buat laporan tu sebab dah tak ada cara lain yang lebih berkesan. tapi siang malam aku fikirkan sama ada tindakan itu melampau atau sepatutnya aku buat kerana dah tiba masanya.

petang tadi baru selesai ambil keterangan dari suspek-suspek yang berkenaan. dan aku tak mampu bersuara bila mak ayah pelajar masing-masing nyata mendakwa aku terburu-buru.
yang pasti, ada juga yang tak masuk akal. ada ibu bapa yang sebenarnya tak pernah menjenguk hal ehwal anak di sekolah tapi bila dibangkitkan ke balai polis jenuh nak mempertahankan anak kesayangan. bukan cakap kosong, sampai inspektor yang semak rekod disiplin diorang pun leh bangkitkan mengenai kad rekod disiplin yang berkeping-keping dan macam-macam kesalahan yang tercatit.

ibu bapa sekarang terlalu sibuk untuk mengambil berat (dalam erti kata ambil berat sahsiah dan rohani anak-anak yang sebenar), itu senario yang aku dapati.

banyak pelajar yang aku dapati terlalu dipercayai oleh ibu bapa mereka, di mana sikap di rumah sememangnya berbeza dengan apa yang kami guru-guru di sekolah hadapi. kami diherdik, dilawan kata, dijelir lidah di belakang, diajuk kata...dan kemuncak tidak hormat itu bila berlaku kecurian, di mana pelajar itu tidak endah dan tidak peduli milik siapa hatta hak guru sekalipun disapunya.

wajarkah?

bila dah terheret ke balai polis, guru didakwa menganiaya masa depan pelajar sendiri. jadi berbalik kepada situasi asal - seorang guru boleh dianiayai sesuka hati sesedap rasa?

begitu?

kenapa pelajar itu sendiri tidak ada kewajaran supaya tidak melanggar hak sesama manusia?


tiada kesedaran supaya beliau harus hormat pada peraturan dan orang yang lebih dewasa?

jadi dalam kes ini, aku cuai dan pelajar boleh ambil kesempatan dan ibu bapa boleh dakwa semula cikgu yang cari pasal?

aku betul-betul tak faham.

what is the world going up to these days?

cuai tercicir aku rasa memang tak boleh nak mendakwa. tapi bila tersimpan elok dalam beg, kawasan aku ditutup dan kamu yang pandai-pandai duduk di situ - duit hilang, kamera hilang...siapa yang teraniaya sekarang?

tolonglah, pergi hantuk kepala kamu sekarang supaya kamu boleh jawab SPM baik-baik. dan juga, supaya kamu tahu kamu betul-betul Manusia yang boleh merasa sakit, bukan terlindung dalam sarung empuk anyaman mak ayah kamu sepanjang masa.

kepada yang berkenaan, maaf, tapi cikgu dah bagi peluang kan?


...not a pretty sight to see...and please bear me the strength to move on dear Almighty!

3 comments:

Len Bkn Nama Sebenar said...

x melampau la..
wajar je aku rasa..
brg mahal tu.. kalu bende 10 hinggit lain citer la..
mmg sakit ati tul kn..
aku lak bedak maybelline aku kna curik.. bengkek tul.. dh la baru beli.. dh la aku jenis beli mekap sethn skali..
sabo je la my pren.. doa bebyk mitak pencurik tu insaf..

msYuz said...

ahah!!now we hv another Teacher in da house...jmputlaa ye wat mcm umah sendiri :D

sedih kan len?aku serius jd blur arituh,mcm - why r u guys doin' dis 2 me?????

dan aku xpnah ngajar diorg,suck,ko saja2 kaco cikgu kan?ko nak tengok cikgu fairuz nak amik tindakan camne.

anyway len,aku da tau sapa yg curi tp...let d police do their job lah kan.

apsal ko xjadi cikgu pengiring budak utk merdeka?kalu tak leh gosip xhengat haha..

~love 2 hear from u again dear~

aslilin said...

hiee..marahnya.

takpa kak yuz..sabar ye. dugaan semua tuh..