Monday, July 13, 2009

bilaaaa aku sudah tiadaaaaaaa.


maaf. sedang bosan.

blog pun dah bersawang. masa yang aku teruja mahu mencoret, teraba-raba mencari internet.
bila elok bertalian, teraba-raba pula menguis idea. haih.

aku sudah tidak di KL. menjauh dari kegilaan kota. mengutip sisa-sisa harga diri yang masih ada di tempat orang dengan harapan ia mengukuhkan sebuah kekuatan untuk aku.

memang aku sedang melarikan diri. aku tinggalkan kota dengan marah, jelak melihat neon yang membohong aku dengan keindahannya. walhasil jiwa aku rompong dikunyah tinggal rangka.

mama masih marah.
abah sudah tak lalu untuk ambil pusing.
adik-adik pening memikirkan apa lagi akan terjadi selepas ini.

malam minggu terakhir aku isi dengan berlunjur malas di pondok laman santai, istana budaya. memandang gadis di sisi yang selamba, melayan tidak acuh kenalan yang terlebih bicara dan tumpang ketawa dengan gelagat rockstar dalam mode rehat sambil galak berjenaka.

entah kenapa aku rasa senang di situ. sedikit damai melihat bahagia orang lain.

hmm.

hampir dua minggu berubah angin dan aku demam selesema. iya, tidak mudah memulakan sesuatu. tanggungjawab agak berat di sini tapi InsyaAllah semuanya akan baik.

aku harap mama tidak marah lagi.
aku tahu abah akan lega nanti.
aku rasa adik-adik akan faham akhirnya.



selamat mencari diriku kembali!

2 comments:

fafarafa said...

good luck babe ~wink~wink~

y u z said...

fafarafa :
oh, hi! lama tak nampak ni... hahah.

terima kasih. =)