Monday, September 14, 2009

on awie & aida

aku upload gambar untuk entri ni saja dah makan DUA hari. sampai hilang mood untuk update. jadi kepada yang masih rajin ulang-alik jenguk rumah hitam ni, terima kasih.

sekurangnya aku tau ada yang masih teringin nak singgah sini. =)

ahad sudah aku dijemput berbuka di rumah teman sekuliah di UiTM dulu -- awie dan isterinya yang juga junior aku -- aida.

rasanya dah lebih 7 tahun tak berjumpa.

kami agak akrab juga dulu. awie semacam saudara kandung aku sendiri, dan aku pernah sebilik dengan aida. kiranya taklah kekok berbual dengan tuan rumah. hebat juga jodoh mereka hingga akhirnya ke jinjang pelamin.

awie sekarang guru di sekolah rendah. jadi dengan status baru aku sekarang, bertubi-tubi juga soalan yang aku kena jawab. nasib baik aida sangat rajin membaca semula A-Z segala coretan aku di blog ini jadi kiranya cuma perlu pengesahan rasmi dari diri aku sendiri.

rezeki masing-masing.

aku kira awie dan aida sudah agak kukuh kedudukan mereka sebagai pasangan suami-isteri. sudah berkereta dan bermotor, juga rumah sendiri. aida bekerja dari rumah dan sambil awie dengan kesibukan biasa di sekolah, sokongan untuk kerjaya isterinya tidak dilupa.

aku tak diizin masuk dapur. habis apa lagi, ambik gambar jelah!
antara hiasan rumah, dan gambar kenangan hari pernikahan.
ini hasil kerja aida si jurugambar pengantin. jenguk-jenguklah di :-
http://www.freewebs.com/kumokinokostudio/

pesanan dari si isteri. comel je.
pasangan bahagia di dapur.
tadaaa --- ikan siakap tiga rasa. sedap!

yang makan tiga orang je, hidang macam lebih 5 orang.

Alhamdulillah, dengan pertemuan yang cuma seketika tapi silaturrahim yang lama kembali terjalin. apa lagi yang kita mahu selain dari persahabatan yang saling mengingati?

minggu ini minggu yang sangat menarik. syukur.

5 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri.

ahamad fauzi said...

hari ini dan semalam adalah sebahagian daripada diri kita...melihat kebahagian orang apatah lagi sahabat lama pasti menyentuh jiwa. Suatu hari perkara yang sama insyaAllah akan menjengah cik yuz...dan tika itu akan ada orang seperti cik yuz menumpang bahagia! kehidupan ini berputar seperti itu....

aida said...

k.yuz,thanks a lot 4 this entry...and also for the promo.
Len kali bole datang lagi..bole sembang banyak2..

coratcoretsenyuman said...

hye asalamualaikom cikgu ku..!!
what up berbuke kat chop n steak n saw aqmal rite?
hahahah..ader juga dceritakan di dalam kls td.
amik kesemptn ni nak wih selamat hari raya aidilfitri...

y u z said...

ya maulana Pyanhabib! :

barangkali sepanjang Ramadhan ini dipenuhi dengan beriktikaf di masjid ya? blognya diam terlalu lama bro!

salam Aidilfitri juga.
(ya, murtabak raja belum sampai kan. jangan bimbang dengan janji saya, cuma dibelenggu ruang masa.)

cikgu fauzi :

begitulah pesan dari seorang ayahanda. terima kasih en.fauzi yang selalu kirim doa untuk saya. Syukran!

aida :

tidak ternilai dengan sedapnya ikan siakap tiga rasa. lain kali datang lagi? terussss!! haha.

asrol coracoretcenyum :

saja nak tukar selera, ok what. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir!